-
[Kemaskini 8 Oktober 2009: Akhirnya beberapa persoalan fakta berkenaan isu tanah Perak terungkai. Berikut faktanya:
Kampung Baru - 55,233 geran tanah
Kampung Tersusun - 73,703 geran tanah
JUMLAH - 128,936 geran tanah
Melayu = 27.66% (35,663 geran)
Cina = 57.49% (74,125 geran)
India = 14.85% (19,146 geran)
Sila rujuk: Penasihat Undang-Undang UMNO, 19 Mei 2009]
**************
[Artikel asal - 16 September 2008]:
Oleh: Kembara Politik (kembarapolitik@gmail.com)
Keputusan pemberian tanah di Perak oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) membuatkan rakyat terutamanya rakyat Perak berbicara dan berbahas dengan panjang lebar. Ada yang kecewa, ada yang sangsi, ada yang mempertikai tindakan MB Perak iaitu Dato’ Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin dalam hal pemberian tanah tersebut.
Mulanya timbul isu pemberian tanah Kampung Baru. Kemudian diredakan dengan ‘gula-gula’ pemberian tanah Kampung Tersusun. Terbaru timbul isu kelulusan pemberian tanah kepada sekolah-sekolah Cina Persendirian. Reda kembali dengan kenyataan bahawa sekolah SAR Persendirian pun dalam pertimbangan untuk diluluskan permohonan tanah.
Adakah benar Nizar berlaku adil seperti apa yang diperkatakannya dalam beberapa siri jawapan kepada akhbar-akhbar tempatan berhubung isu tanah tersebut? Atau pun kenyataannya hanya sekadar mahu menutup tanggapan umum bahawa beliau ditekan oleh DAP dalam membuat beberapa keputusan yang melibatkan soal pemberian tanah di Perak ? Rakyat sedia maklum bahawa majoriti EXCO Perak terdiri daripada ADUN DAP. Adakah benar Nizar ditekan oleh DAP? Dalam erti kata lain, adakah Nizar menjadi MB boneka DAP?
Rakyat sedia maklum dengan cita-cita DAP yang ingin menjadi MB Perak namun terhalang dek undang-undang negeri Perak yang sedia ada. Niat DAP terhalang namun adakah segala apa yang dirancang oleh DAP turut terhalang? Bagi penulis, segala bentuk keputusan yang melibatkan soal pemberian tanah di perak jelas menunjukkan DAP punya pengaruh yang sangat kuat dalam pembuatan keputusan.
Melalui artikel ini, penulis ingin berkongsi fakta dan angka yang diberi dan disorok oleh Nizar selaku MB Perak kepada rakyatnya. Pada kali ini, penulis akan memberi fokus kepada isu pemberian tanah Kampung Baru dan Kampung Tersusun. Penulis akan membuat perbandingan agar dapat dinilai oleh semua pembaca. Moga difikirkan secara kritis fakta dan angka yang diberikan.
KAMPUNG BARU (60 000 penghuni)
80 % = Kaum Cina = 48 000 penghuni Cina
20% = Kaum Melayu + Kaum India
Keluasan tanah = 5 000 ekar
SOALAN BERKENAAN ISU PEMBERIAN TANAH KAMPUNG BARU:
1. Berapa keluasan tanah yang kaum Cina dapat di Kampung Baru berdasarkan peratus pecahan kaum iaitu 80 % tersebut?
2. Berapa pula peratus penghuni kaum Melayu di Kampung Baru? Dari 20 % yang dinyatakan berapa peratusan penghuni dari kaum Melayu di Kampung Baru?
3. Bagaimana pula dengan peratusan kaum India di Kampung Baru?
KAMPUNG TERSUSUN (72 000 penghuni)
44 % = Kaum Melayu = 30 800 penghuni
38 % = Kaum Cina = 26 600 penghuni
18 % = Kaum India = 12 600 penghuni
Keluasan tanah = 7 000 ekar
SOALAN BERKENAAN ISU PEMBERIAN TANAH KAMPUNG TERSUSUN:
1. Berapa keluasan tanah yang diberikan kepada penghuni Melayu?
2. Berapa keluasan tanah yang diberikan kepada penghuni Cina?
3. Berapa keluasan tanah yang diberikan kepada penghuni India?
FIKIR SEJENAK:
1. Adakah pemberian tanah di Kampung Baru dan Kampung Tersusun ini benar-benar adil jika kita teliti dengan pecahan kaum di setiap kampung tersebut?
2. Dari fakta dan angka, didapati penghuni kaum Cina ialah 74 600 iaitu merangkumi 57 % daripada jumlah penghuni di Kampung Baru dan Kampung Tersusun. Adakah maknanya kaum Cina mendapat habuan 57 % daripada tanah seluas 12 000 ekar iaitu 6 840 ekar?
3. Katakan penghuni Melayu di Kampung Baru sekitar 8 % maka jumlah penghuni Melayu di Kampung Baru dan Kampung Tersusun ialah 35 600 iaitu hanya 27 % daripada jumlah penghuni di Kampung Baru dan Kampung Tersusun. Adakah ini bermakna kaum Melayu hanya diberikan sejumlah 27 % daripada tanah seluas 12 000 ekar iaitu hanya 3 240 ekar?
4. Katakan penghuni kaum India di Kampung Baru sekitar 12 % maka jumlah penghuni India ialah 19 800 iaitu 16 %. Adakah maknaya 16 % daripada tanah seluas 12 000 ekar iaitu 1 920 ekar diberikan kepada penghuni kaum India?
Perlu diingat bahawa lebih 60 % penduduk Perak adalah terdiri dari kaum Melayu. Adakah pemberian tanah ini adil kepada rakyat Perak terutamanya kepada kaum Melayu? Jika diamati jelas berat ke arah kaum Cina. Adakah keputusan pemberian tanah Kampung Baru dan Kampung Tersusun yang sangat tidak adil ini menggambarkan Nizar hanyalah boneka? Pembuat keputusan sebenar ialah DAP?
Penulis tidak menyalahkan Nizar kerana mungkin beliau tersepit dalam hal ini. Pemenang dalam isu ini jelas ialah DAP. Kepada semua pembaca, penulis menyeru agar sama-sama kita jadikan sempadan di masa akan datang. Usah jatuh ke dalam lubang yang sama berkali-kali.
Melayu matematik lemah, & sebahagian laigi diberukkan Nuar
BalasPadamponing palo:
BalasPadamMenjadi tangggungjawab kita untuk menyedarkan bangsa kita. Kadang kala penyokong hanya mendengar penjelasan pemimpin mereka tanpa mahu mengkaji fakta dan angka yang sebenar.
Saya mengambil contoh terdapatnya penyokong PR yg tidak tahu fakta bilamana saya bertanyakan mereka berkenaan isu tanah. Mereka kata mereka akan rujuk kembali pemimpin.
Penyudahnya mereka diberikan fakta dan angka yang kabur dan angka yang sebenar disorok. Terdesak dengan fakta yang tidak dapat lagi disorok...akhirnya mereka bakal mendakwa...SEMUANYA SALAH UMNO. Haru!
Majoriti orang Melayu memang bodoh politik tetapi ada sebilangan kecil yang pandai.
BalasPadamCuba cari betul-betul berapa banyak tanah di negeri Perak sudah duberi kepada orang Melayu. Jangan ambil kira tanah tradisi. Pemberian baru sekitar 1980 hingga 2005.
Tanah lombong lama/tinggal; tanah hutan bakau; tanah persisiran pantai; tanah hutan; tanah tapak industri; tanah tapak perumahan; tanah ladang felkra; tanah tersepit, dll.
95% orang Melayu dapat. Orang Umno!
Beberapa orang orang Umno je!!! Datuk-Datuk, Tan Sri-Tan Sri!
Saudar tidak mahu ambil kira semua ini? Ini bukan 2, 3 atau 4 ekar. Ada yang capai ribu ekar, saudara!
Sedihnya, kebanyakan gagal di majukan atau di serahkan kepada Cina MCA untuk majukan atau dijual kepada Cina MCA untuk dijualkan