17 September, 2008

Kronologi kenyataan Anwar Ibrahim mengenai angan-angan kerajaan baru

8 Mac
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, PKR, Pas, DAP dan seorang Bebas memenangi 82 daripada 222 kerusi Parlimen. Pakatan pembangkang memerintah di lima negeri iaitu Kelantan, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor.

1 April
Anwar mengumumkan PKR, Pas dan DAP membentuk Pakatan Rakyat (PR) untuk menyatukan kerjasama antara mereka.

23 April
Di Kota Kinabalu, Anwar berkata, PR sudah bersedia untuk membentuk kerajaan dan mempunyai cukup Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang bersedia melompat parti. Anwar juga menegaskan pertukaran kerajaan akan berlaku selewat-lewatnya pada 16 September iaitu hari pembentukan Malaysia.

24 April
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tiada seorang Ahli Parlimen BN akan melompat parti dan mendedahkan Anwar “sedang mengarah sebuah permainan politik”.

25 April
Anwar mengulangi keyakinannya untuk memerintah Negara dan mewujudkan kerajaan baru kemungkinan pada bulan Jun, Julai atau 31 Ogos namun tetap tidak melebihi tarikh 16 September.

28 Jun
Bekas pembantu Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis mendakwa dia telah diliwat majikannya.

3 Julai
Naib Presiden PKR, Azmin Ali berkata kemungkinan terdapat penangguhan pada rancangan mereka membentuk kerajaan baru tetapi ia tetap menyatakan 16 September sebagai tarikh Anwar menjadi Perdana Menteri.

10 Julai
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyerahkan notis usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di pejabatnya di bangunan Parlimen.

31 Julai
Dr. Wan Azizah meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh berkuat kuasa serta-merta bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar untuk bertanding pada pilihan raya kecil Permatang Pauh.

26 Ogos
Anwar mengekalkan penguasaan PKR di kerusi Permatang Pauh apabila memenangi pilihan raya kecil kawasan itu. Dia menyatakan kerajaan baru akan dibentuk menjelang 16 September.

8 September
Seramai 49 anggota Parlimen BN berlepas ke Taiwan bagi melakukan lawatan sambil belajar mengenai teknologi pertanian yang diamalkan di negara kepulauan itu namun didakwa pembangkang sebagai langkah untuk menyekat perubahan pemerintahan.

12 September
Pemimpin PKR berlepas ke Taiwan selepas anggota Parlimen BN dalam perjalanan pulang ke Malaysia. PKR mendakwa memperoleh cukup ahli untuk membentuk kerajaan baru pada 16 September namun ia tidak berlaku walaubagaimanapun ia tetap mendakwa proses itu akan terjadi dalam sedikit masa lagi.

15 September
Anwar yakin boleh menubuhkan kerajaan baru tetapi memberi tempoh dua minggu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengadakan rundingan.

16 September
Anwar yang mengadakan siding akhbar di Petaling Jaya mendakwa mempunyai senarai 31 nama Ahli Parlimen BN yang akan melompat parti tetapi enggan mendedahkan nama-nama wakil rakyat terlibat.

(Sumber: Utusan Malaysia, 17 September 2008).
-------------------------------------------------

PsyTroopers: 17 September 2008 bukti penipuan Anwar.

2 ulasan:

  1. Tahniah kepada PsyTrooper kerana akhirnya berjaya membuat blog anda sendiri, sebelum ini saya selalu juga melihat artikel saudara, tetapi dengan adanya blog ini, harap boleh mengemukakan lebih banyak hujah yang bernas dan bukan hanya omong kosong sahaja. Syabas sekali lagi! :)

    BalasPadam
  2. Saudara my,

    Terima kasih atas dorongan yang saudara berikan :)

    BalasPadam

Pemilik blog tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda berikan. Adalah dinasihatkan setiap komen dibuat mengikut lunas undang-undang. Terima kasih.