Dipetik dari laman Minda Mufti, 28 September 2008 (klik di sini)
“Saya amatlah terkejut apabila ada ‘orang politik’ yang sanggup menyamakan zina yang dia akui melakukannya dengan sedekah yang disuruh oleh Islam. Sanggup dia menghalalkan perbuatannya yang buruk itu atas alasan dia diumpan oleh orang lain, maka itu baginya macam sedekah yang jika ‘diberi boleh diambil’.
Alangkah buruk perbuatan dan akidahnya. Dia samakan perkara yang Allah murka dengan perkara yang Allah suka. Apa yang lebih pelik, tidak pula kedengaran dengan jelas tokoh-tokoh agama dalam kem politik ‘si celupar itu’ mengulas perkara ini. Padahal ramai di kalangan mereka yang begitu tangkas dan cepat bertindak jika ada ucapan-ucapan yang menyalahi agama dibuat oleh musuh-musuh politik mereka.
Bahkan ucapan yang masih lagi samar dan boleh diberi maksud yang berbagai pun dibantai sampai tidak cukup tanah. Tiba-tiba apabila kena giliran sahabat sendiri yang mengucapkan perkataan yang buruk lagi parah itu, ramai yang menyepi diri. Tiada yang berani menyuruh dia bertaubat dan menarik balik secara terbuka, bukan menyuruh orang lain ‘berbahasa’ untuknya.
Di mana isu-isu agama dan moral yang diperkatakan selama ini? Ternyata, hukuman politik berbau agama tidak sama dengan pendirian agama mengenai isu politik. Bukan saya ingin bermusuh dengan sesiapa. Kolum saya ini telah mengambil risiko menegur rakyat dan pemerintah. Apakah mereka hanya dapat terima apabila saya menegur pemerintah, tetapi membantah jika mereka ditegur? Atau apakah mereka hanya berani menegur pemerintah dan mendiamkan diri apabila kesalahan itu dibuat oleh ‘geng sendiri’?.”
****************
ULASAN PENULIS:
1. Nampaknya telahan penulis tepat! Ulama’ PR dah jadi bisu! Berpakat menutup kesalahan ranjang geng sendiri. Tiada teguran sekeras yang diberikan kepada pihak seteru.
2. Hukum-hakam agama hanyalah berpilih-pilih. Jika pihak seteru buat silap…berlori-lori ‘teguran’ dihamburkan. Jika geng sendiri buat silap…dibisukan sahaja. Inikah yang dikatan Ulama'?
3. Apa nak jadi la orang yang menggunakan agama tapi menggunakannya secara berpilih-pilih? Kenapa mesti berpilih-pilih jika dakwa diri mereka berjuang demi Islam? Jika pihak seteru buat silap dalam hal agama…maka memang patut mereka menegur secara berhemah. Dan jika di pihaknya pula melakukan perkara yang sama…teguran yang sama perlu dilakukan juga. Bukannya bila kena atas batang hidung dia diam membisu!
4. Geleng kepala bila baca apa yang dinyatakan oleh Tuan Mufti Perlis. Tokoh agama pihak PR hanya berkokok bila jumpa dengan 'pagi yang mereka suka sahaja'. Jika pagi yang mereka tak berkenan, mereka pakat simpan kokokan! Semua terlena...tidur sampai ke pagi. Benarlah kata Tuan Mufti Perlis, kita semua zuriat Adam, bukannya zuriat Iblis!
Selamat Menjalani Ibadah Puasa & Salam Aidil Fitri.
Kpd penulis: mari lawat dan link ke http://kedapas.blogspot.com
BalasPadamOk. Sama-sama kita kongsi.
BalasPadamSelamat Hari Raya.
Maaf Zahir & Batin
Wahahaha, Ulamak PR??? wujudkah?? Brp jenis ulamak yg manusia nk wujudkan ni??? Ulamak UMNO, ulamak PKR, ulamak PAS, ulamak wahabi, ulamak PR....
BalasPadamDunia ni dh nk kiamat kot??
ps:- Ada pihak yg bertopengkan agama... pihak itu adalah PAS...(aku baca dlm blog malaysia-Today, jgn marah aku, marah RPK jer, hehehe)