Isu azan memang sedang panas diperkatakan oleh umum terutamanya umat Islam. Di mana-mana sahaja isu ini tetap diperkatakan. Tidak boleh dinafikan lagi. Siapa yang tidak pernah membincangkan isu ini? Hampir semua umat Islam ambil sikap cakna. Yang tidak ambil pusing hanyalah golongan yang tidak peduli jatuh bangun Islam di bumi tercinta ini.
Hari ini penulis terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Utusan Malaysia (22 September 2008). Klik sini. Kenyataan Abdul Khalid ini sangat kontra dengan apa yang berlaku. Setelah meraikan YB Teresa Kok di sidang akhbar semasa pembebasannya dari tahanan ISA, pada hari ini Abdul Khalid mengeluarkan kenyataan yang sangat tidak dialu-alukan kerana seperti melepaskan batuk di tangga.
“Kerajaan negeri Selangor mahu masjid-masjid di negeri itu terus menggunakan pembesar suara semasa menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan untuk menyebarkan syiar Islam.” – Abdul Khalid Ibrahim, Utusan Malaysia, 22 September 2008.
Kenyataan di atas boleh penulis umpamakan hanyalah sebiji ‘gula-gula’ yang dihulurkannya setelah anak puas menangis merintih nasib! Setelah seluruh umat Islam memberikan tekanan kepada pihak-pihak yang membuat dan menyokong petisyen dan ‘tangan-tangan ghaib’ yang pura-pura lupa wujudnya petisyen itu yang mana seakan memberikan satu isyarat kepada pemetisyen bahawa tindakan mereka direstui secara tidak langsung oleh si pelupa aka si buat-buat lupa. Dalam erti kata lain ada sokongan secara tidak langsung sebenarnya.
Kenyataan Abdul Khalid boleh penulis sifatkan sebagai satu kenyataan yang hanya ingin mengembalikan sokongan semua pihak. Di awal kenyataan (iaitu perenggan pertama) lebih bersifat beliau mahu menunjukkan bahawa kerajaan negeri sangat prihatin dengan syiar Islam di Selangor dengan menyatakan pendirian kerajaan negeri berhubung isu tersebut. Kenyataan di perenggan pertama ini dibuat untuk menagih sokongan umat Islam yang muak dengan sikap lembab Abdul Khalid. Setelah isu basi, baru membuat ulasan.
Namun kenyataan yang berikutnya (iaitu perenggan kedua) beliau seakan menafikan wujudnya usaha pihak tertentu dalam mengikat pihak masjid dengan pelbagai tatacara dan peraturan yang tidak munasabah. Kenyataan perenggan kedua pula penulis sifatkan ditujukan khas buat kaum bukan Melayu dalam meraih undi di masa akan datang.
“Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri tidak menerima sebarang bantahan daripada mana-mana kumpulan ataupun persatuan penduduk mengenai penggunaan pembesar suara oleh masjid untuk melaungkan azan ataupun dalam ceramah-ceramah.” – Abdul Khalid Ibrahim, Utusan Malaysia, 22 September 2008.
Dengan kata lain, Abdul Khalid ketinggalan kapal atau sengaja meninggalkan kapal dengan niat tertentu. Dan sangat menarik apabila beliau seakan tidak mengakui wujudnya usaha oleh pihak tertentu di Selangor untuk mengikat kebebasan masjid menggunakan pembesar suara (mahu dikawal kuat atau pun perlahannya) dalam laungan azan (terutamanya azan Subuh) dan dalam segala bentuk aktiviti keagamaan Islam termasuklah kuliah dan ceramah agama.
Mungkin benar bahawa beliau tidak menerima petisyen itu, namun beliau tidak boleh menyangkal sama sekali bahawa petisyen itu memang wujud. Dan senarai nama pemetisyen turut didedahkan kepada umum. Rujuk sini. Tambahan pula, kenyataan Bahrudin Maskor, 47, Bilal Masjid Al-Ehsan, Bandar Kinrara, Puchong dalam Malaysiakini jelas menunjukkan usaha tersebut memang wujud. Rujuk sini. Kenyataan Abdul Khalid di perenggan kedua ini seakan memperlihatkan kebodohannya dalam mengulas isu azan!
"Dalam petisyen tu, penduduk minta supaya azan subuh diperlahankan dan kuliah subuh pada hari Sabtu dan Ahad tidak menggunakan pembesar suara. Kami akur dengan permintaan mereka," katanya. – Bahrudin Maskor, Malaysiakini, 18 September 2008.
Penulis pelik dengan tindakan dan kenyataan Abdul Khalid yang dianggap basi kerana tidak membawa apa-apa erti di mana Islam terpaksa akur dengan segala macam macam bentuk peraturan dan tatacara yang meyakitkan hati umat Islam. Mengapa tidak kerajaan negeri dengan kadar segera mengarahkan atau menasihati semua pemetisyen agar tidak meneruskan niat mempertikai penggunaan pembesar suara dalam hal atau aktiviti keagamaan Islam? Apa MB tidak boleh memainkan peranannya sebagai seorang Muslim?
Jika diamati, umat Islam yang merupakan majoriti sangat bertoleransi dengan rakan yang beragama selain Islam. Lihat sahaja contoh penggunaan colok yang dinyalakan setiap hari di rumah-rumah yang berjiran dan premis-premis perniagaan dan sebagainya yang mana baunya tidak menyenangkan. Tetapi atas dasar menghormati dan semangat muhibah sesama warganegara Malaysia maka umat Islam tidak membantah pun. Malahan umat Islam di Malaysia dengan semangat toleransi yang tinggi dapat meyesuaikan diri dengan segala bentuk kesulitan tersebut. Apakah bukan Islam tidak berupaya berbuat sedemikian demi perpaduan Malaysia tercinta?
salam ramadhan
BalasPadamselamat berblog. saya juga akan link kan blog saudara.
terima kasih, selamat berjuang.
Saudara azrinizam,
BalasPadamSama-sama :)
Salam Perjuangan!
1. Jelas kini MB Selangor pun sudah menghampiri tahap nyanyuk seperti pak lah juga. Kini MB telah faham bahawa bukan mudah untuk memerintah dan memuaskan hati rakyat.
BalasPadam2. Bangsa Melayu telah sekian lama bertolenransi dengan bangsa-bangsa lain di negara ini. Menghormati adat dan budaya mereka namun bangsa Melayu juga akhirnya dipersalahkan dan ditudud racis.
3. Lebih mengecewakan lagi yang menuduh dan mengepalainya adalah bangsa sendiri.
bagus blog anda...
BalasPadamjom kita basuh orang2 PR!
Khairul nazri:
BalasPadamBegitulah senarionya. Modus operandi yang sama...bak kata blogger JebatMustDie... PR-Kill with a borrowed knife.
melayu - kini:
Terima kasih. Moga blog ini dapat memberikan kesedaran buat semua tetamu. Selamat Berjuang!
saya gembira kerana masih ramai orang melayu Islam yg masih boleh brfikir secara waras dan bijaksanan, bukannya taksub dan penuh emosi.. moga2 ramai lagi akan mempunyai kematangan fikiran.. InsyaAllah.. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DAN SYAWAL
BalasPadamtanpa nama:
BalasPadamInsya-Allah...