Penulis dua tiga hari ini asyik tersengih bila mengenangkan Anwar membuat kenyataan yang sama sekali tidak boleh nak pakai. Baca apa yang diboldkan di bawah. Membacanya pun sudah boleh buat semua tersenyum. Penulis cakap: Umpama beri tikus baiki labu. Habis disontotnya labu…punah labu!
Dakwa Anwar:
Sementara itu, pada sidang media sama, Anwar menambah beliau akan kembali beraksi sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen Isnin depan.
“Saya akan menyentuh masalah besar yang dihadapi negara iaitu masalah ekonomi, pengurusan ekonomi yang salah, rasuah dan pembelian kepentingan tambahan Maybank (Malayan Banking Bhd) dalam PT Bank Internasional Indonesia (BII) yang bersifat skandal,” tambahnya.
Pada perkembangan lain, Anwar berkata, negara akan terjerumus ke dalam bencana ekonomi yang teruk sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri.(berita penuh di sini).
Kenapa Penulis Tersengih?:
Penulis sengih sebab baca sindiran pedas dan jitu oleh blogger JebatMustDie.(baca sindiran JMD di sini). Lucu bila baca! Sengih sahaja sepanjang hari sampai isteri tanya Abang ni kenapa? Ada apa-apa ke? Hehe. Sengih je la...
Lagi la tergelak besar bila blogger Husin Lempoyang kasi bubuh lagi cili banyak-banyak sama itu 'Pakar Ekonomi'. (baca post Husin di sini). Sampai tergolek ketawa membaca. Isteri pula berlari masuk bilik tanya kenapa tergelak besar? Sama-sama baca dengan isteri dan tergelak lagi dua tiga hari…
Hanya satu je ayat yang terbayang di kepala otak penulis iaitu:
ANWAR KEMBALI BERAKSI SEBAGAI…BADUT!
.
SALAM UKHWAH...SALAM EID...SAYA LINK BLOG SAUDARA.
BalasPadamRaja Marzuqi:
BalasPadamSilakan. Sama2 berkongsi.
Dah lama dah Anwar jadi Badut. tapi kadang-kadang aku terkesiankan sangat dengan Anwar nie, aku takut dia jadi gila sebab nak sangat jadi PM ....
BalasPadamTakut bila dah tak dapat, gila meroyan plak mamat nie.
Dia fikir dia sahaja yang bagus, dia sahaja yang mampu takbir negara. Dia sahaja yang hebat...
memang dia hebat... kalau tak takkan US sanggup menaja Anwar nie....
Terima kasih atas respon saudara. Saya link blog saudara dengan blog saya. Mohon halal ye?
BalasPadamSalam psytroopers,
BalasPadamSelmaT harI rayE AidiLfitrI diucapkn jga kpD saudara sKluarga..
haRi raYe aD smpai Hjung Bulan cma kuih raye jer yag dh x deR..
bloG psytroopers jga sy link dBlog sy.
CERPANA:
BalasPadamWaalaikummussalam.
Tu la pasal...kuih raya dah tinggal sikit2 je...masa ni lah kuih raya ni kita asyik ulang bekas kuih raya kat atas meja...kat sebelah ni pun ada kuih raya..sambil blogging, surfing, etc etc sambil makan kuih raya :P
harap2 lepas ni org melayu kembali bersatu, ibarat "carik2 bulu ayam, lama2 bercantum jua"..dan "biduk berlalu kiambang bertaut..".. banyak agenda sosial yg perlu Umno lakukan untuk meraih kembali popularitu dikalangan rakyat, terutama golongan muda.., masalah dadah, gejala sosial dan macam2 peluang untuk umno raih bagi membantu masyarakat, jgn biarkan pembangkang ambil peluang tu! Menangi hati rakyat dan paparkan kesungguhan umno..buat kerja dan pastikan ada publisiti yg munasabah...yg penting kesan pada masyarakat... selamat berjuang!!!
BalasPadamahli kerdil
ahli kerdil:
BalasPadamSaya sangat bersetuju dengan pandangan anda. Berkerja biar cepat.
Semua pemimpin UMNO di semua peringkat perlu mengambil sikap 'tamak' dalam menyelesaikan setiap masalah masyarakat dengan kadar sesegera yg mungkin.
Salam Perjuangan!
kepimpinan negara/ UMNO harus bertindak dengan lebih tegas dan serius dalam menangani sebarang tuntutan daripada individu serta pertubuhan yang cuba mempertikaikan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu sebagaimana termaktub, telah diiktiraf dan diterima pakai dalam Perlembagaan Negara serta menyeru semua pihak berlapang dada merenung sejenak sejarah panjang Tanah Melayu sehingga tertubuhnya Malaysia serta bagaimanakah pemimpin-pemimpin semua kaum terdahulu memikirkan dan mensepakati kontrak sosial yang menjadi rentetan sejarah kemerdekaan negara.
BalasPadamwww.sahabatgunung9506.blogspot.com
sahabatgunung:
BalasPadamSokong sepenuhnya apa yang dipertahankan oleh saudara.