Isu meroboh rumah ibadat di tanah milik kerajaan sudah lama membarah. Apakah semua pihak sudah mengenepikan undang-undang yang ada? Adakah sewenang-wenangnya rumah ibadat boleh dibina walaupun dengan jelas ianya dibina di atas tanah milik atau hak orang lain? Jika begitulah keadaannya, maka mudahlah tanah di negara ini diceroboh dengan sewenang-wenangnya dengan membelakangkan undang-undang dan peraturan yang tersedia.
Walaupun Perlembagaan dengan jelas menjamin hak mengamalkan agama masing-masing, namun tidak pula dibenarkan pembinaan rumah ibadat di tanah bukan hak. Jelasnya, pencerobohan tanah milik kerajaan memang merupakan satu jenayah. Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bilangan 6/1979 berkenaan Kesalahan Hutan dan Penerokaan Haram Tanah Kerajaan dengan jelas memperuntukkan kuasa kepada Majlis Tempatan untuk menghalang dan mengambil tindakan perlu bagi sebarang pencerobohan ke atas tanah milik kerajaan.
“Pejabat-pejabat Tanah sentiasa mengambil tindakan di atas penerokaan-penerokaan haram di atas Tanah Kerajaan mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara. Tetapi perhatian hendaklah diberikan kepada Enakmen Hutan Seksyen 24(1) yang memberi kuasa kepada Pegawai Hutan dan Pegawai Polis menangkap seseorang yang disyaki telah terlibat dengan satu kesalahan hutan yang ditakrifkan sebagai kesalahan-kesalahan yang boleh didenda di bawah Undang-undang Hutan atau pun di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Seksyen 53 dan di bawah peraturan ini di antara lain tidak dibenar menebang, mengerat, ataupun merosakkan dengan api atau lain-lain barang mana-mana pokok di atas Tanah Kerajaan.” (rujuk di sini).
Tindakan merobohkan struktur binaan yang didakwa kuil oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Kampung Tasek Tambahan itu secara jelas mengikut garis panduan Pekeliling. Dan dengan jelas Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar menyatakan bahawa struktur binaan tidak didaftarkan dengan kerajaan negeri (haram) yang didakwa tempat suci itu dibina dalam hutan simpan yang mana jelas melanggar Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bilangan 6/1979 berkenaan Kesalahan Hutan dan Penerokaan Haram Tanah Kerajaan.
“Arahan merobohkan kuil Sri Maha Kaliamman dibuat oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di luar pengetahuan kerajaan Selangor, kata exco kerajaan tempatan Dr Xavier Jayakumar. Beliau juga mendakwa kuil berusia 19 tahun itu tidak didaftarkan dengan kerajaan negeri, tambahnya. Format disediakan supaya kuil-kuil di Selangor didaftarkan dengan negeri, tetapi kuil itu tidak terdapat dalam senarai kuil yang didaftarkan. "Dan ia bukan kuil, ia adalah tempat suci yang terletak dalam hutan simpan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.” (rujuk di sini).
Tindakan MPAJ yang menjalankan tugas dengan tegas selaras dengan Pekeliling nampaknya cuba dipolitikkan oleh pihak tertentu. Apakah Majlis Tempatan perlu merujuk kepada ahli politik tertentu apabila ingin melaksanakan tugas dalam lingkungan kuasanya? Kenyataan-kenyataan individu yang bercanggah dengan kuasa yang ada oleh MPAJ seolah-olah menunjukkan tiada gunanya segala undang-undang dan peraturan diwujudkan. Pakai undang-undang koboi sahaja lagi senang!
“Dr. Xavier, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Estet dan Kerajaan Prihatin berkata, tiada pihak berhak untuk merobohkan rumah ibadat sama ada masjid, surau, kuil, tokong mahupun gereja walaupun ia dibina secara tidak sah.” (rujuk di sini).
Ekoran tindakan tegas merobohkan struktur binaan tersebut Timbalan Yang DiPertua MPAJ, Abdul Hamid Husain telah digantung tugas. Penggantungan yang dibuat ke atas Abdul Hamid diumumkan oleh Ronnie Liu diputuskan oleh tiga orang EXCO iaitu Ronnie Liu, Teresa Kok dan Dr Xavier Jayakumar.
“State Local Government, Research and Study committee chairman Ronnie Liu said Hamid was being suspended pending investigations. The decision to suspend him was made yesterday. He said the state three-man committee on non-Muslim religious affairs comprising Teresa Kok, Dr Xavier Jayakumar and himself has begun their investigations into the temple demolition.“We are expecting the investigation results by Monday and we will look into the next course of action after that,” he said when contacted yesterday. The 19-year-old temple near Kampung Tasek Tambahan, which was built on forest reserve land, was ordered to be destroyed by the MPAJ about two weeks ago.” (rujuk di sini).
Rentetan peristiwa penggantungan tersebut, EXCO Selangor iaitu Iskandar Abdul Samad meluahkan perasaan tidak senang dengan tindakan yang diambil oleh Ronnie Liu, Teresa Kok dan Dr Xavier Jayakumar ke atas Abdul Hamid. Iskandar Abdul Samad menegaskan keputusan tersebut tidak dibawa berbincang dalam mesyuarat EXCO.
“Iskandar Abdul Samad memberitahu, walaupun isu berkenaan amat sensitif, kerajaan negeri sepatutnya tidak menjadikan pegawainya yang melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab sebagai mangsa.” (rujuk di sini).
Bagi penulis, tiada gunanya Iskandar Abdul Samad cuba berlagak hero kerana suaranya tidak memberikan apa-apa makna atau pun merubah keputusan yang telah dibuat oleh Ronnie Liu, Teresa Kok dan Dr Xavier Jayakumar ke atas penggantungan tugas pegawai yang melaksanakan tugas penuh tanggungjawab seperti Abdul Hamid kerana…KUASA DI TANGAN ‘MEREKA' BERTIGA!
Kepada semua pengundi Selangor, jadikan ini sebagai pengajaran dan ikhtibar. Penulis mengingatkan kepada semua pengundi di Selangor bahawa kuasa di tangan kita pada Pilihan Raya Umum akan datang. Usah benarkan ‘MEREKA’ memegang kuasa lagi kerana KUASA SEBENAR DI TANGAN KITA!
Saya nak berkongsi pengalaman sebenar saya masa laksanakan projek tebatan banjir di Perak bebrapa tahun lepas. Kebetulan ada satu kuil dibina di atas tanah rezab sungai (dah tentunya menumpang tanah kerajaan). Bila saya dan rakan sekerja pegi jumpa wakil kuil untuk arahkan mereka pindah sbb bangunan kuil terletak betul2 atas laluan longkang U-shape drain lebar 6 kaki, mereka bermati-matian taknak pindah, bertekak dan hampir2 berparang. Akhirnya, sbb nak jaga keharmonian, JPS arahkan konsultan buat pelan baru yang tak kacau kuil.
BalasPadamApa yang saya nak sampaikan ialah, kuil2 yang dibina kebanyakkannya asal2 kecik, tiada permit dan nak buat pun kena minta belas kasihan tuan tanah. Tapi tengoklah bila dia dah dapat tanah tu, tuan tanah pun tak dibenarkan masuk dah.
Jadi tak hairanlah kalau mereka ni nak ngamuk, sbb mereka memang keturunan yang macam tu. Jenis tak reti2 nak berterima kasih dan balas budi.
Robohkan kuil bukan secara membabi-buta. Tapi mengikut saluran yang betul. Diorang bukan tak reti nak pikir, tapi malas nak pikir.
saya sudah link blog saudara..
BalasPadamman:
BalasPadamTerima kasih kerana berkongsi pengalaman anda. Bagi saya, kerajaan banyak bertoleransi demi menjaga perpaduan kaum, namun masalahnya ada segelintir rakyat yang tidak menghormati undang-undang demi memuaskan hati segelintir.
PsyTroopers: Apa guna undang-undang yang digubal dan diluluskan jika rakyat tidak mahu nak ikut dan patuh?
Melayu-Kini:
Terima kasih kerana link blog saya. Sama-sama berkongsi.
PsyTroopers: Selamat Berjuang!
musuh kita adalah sama..mereka tidak sedar bahawa, mereka telah menjadi musuh kepada orang2 melayu.
BalasPadammuhammad azli shukri:
BalasPadamBenar...tapi apakah pengundi kita sedar dengan menterjemahkannya dalam bentuk undi?
P/S: Saya mohon kebenaran meletakkan blog saudara dalam blogroll saya. Boleh kan?
saya sokong pendapat saudara... berjuanglah untuk negara.
BalasPadamTanpa Nama:
BalasPadamTerima kasih atas sokongan saudara/i.