Dalam pembentangan Bajet 2009 di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada 20 Oktober 2008, Teresa Kok bertikam lidah dengan Dr Khir berkenaan isu petisyen azan dan isu tulisan Jawi.
Isu azan telah penulis sentuh dalam artikel yang ditulis sebelum ini. Sila rujuk artikel 1, artikel 2 dan artikel 3 untuk kita fikir dan nilai. Terserah pada penilaian bijak pembaca! Kali ini penulis ingin memberikan respon isu tulisan Jawi. Sebelum itu pembaca dinasihatkan membaca di blog Teresa Kok berhubung isu tulisan papan tanda jalan Jawi (rujuk di sini).
Apa yang menarik perhatian penulis dalam pertikaman lidah semasa pembentangan Bajet 2009 tersebut ialah kata-kata Teresa Kok yang disiarkan oleh TV3. Dengan jelas Teresa Kok mempersoal tindakan Dr Khir membangkitkan isu tindakan Teresa Kok cuba menghapuskan tulisan Jawi pada papan tanda jalan di sekitar Kuala Lumpur.
Pada pengamatan penulis, Teresa menegaskan bahawa Dr Khir tidak mempunyai hak atau tidak relevan membangkitkan isu yang berlaku di Kuala Lumpur, kerana ianya bukan berlaku di Selangor. Petikan The Sun Daily di bawah menerangkan perihal respon Teresa Kok berhubung isu tersebut.
“Mohd Khir then brought up the issue of Kok’s erection of signboards with road names written in Bahasa Malaysia, Chinese and Tamil in several areas in Kuala Lumpur to reflect the multiracial composition in the country and in protest against the Kuala Lumpur City Hall’s use of Jawi on the signboards. Kok then stood up and said that she had already explained the issue and questioned why a matter that had happened in Kuala Lumpur was being brought up in Selangor.” (Rujuk di sini).
Teresa Kok mungkin terlupa bahawa tulisan Jawi yang dipersoal di Kuala Lumpur (atau di mana sekali pun) boleh dipertahankan oleh segenap rakyat memandangkan tulisan Jawi mempunyai nilai dari sudut sejarah Tanah Melayu (Malaysia) dan peradaban bangsa Melayu itu sendiri. Penulis tertanya-tanya, sejak bila pula Melayu tidak boleh pertahankan tulisan Jawi di Kuala Lumpur? Apakah justifikasi Teresa Kok berkata sedemikian?
Batu Bersurat Terengganu bertarikh 702H/1303M tertera tulisan Jawi. Batu Bersurat ini pula mempunyai pertalian dengan bukti kedatangan Islam di Tanah Melayu (rujuk di sini). Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu pun turut diabadikan dalam tulisan Jawi (rujuk di sini). Malahan Jata Negara sebagai Lambang Negara Malaysia pun jelas menukilkan slogan “Bersekutu Bertambah Mutu” dalam tulisan Jawi! (rujuk di sini).
Jadi kenapa fobia sangat dengan tulisan Jawi? Sila Jawab!
Mesej telah jelas. Bahasa Melayu (jawi/rumi)tidak boleh dicabar lagi oleh bahasa lain. Dah sampai masanya bahasa lain dihapuskan di papan-papan tanda. Bagi beri laluan kepada bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan, bahasa negara. Kewibawaan bahasa Melayu sebagai bahasa rakyat tidak patut lagi dicabar dan diperlekeh. Itu pun kalau ada keinsafan. Raja-raja telah cerdik, tetapi kerajaan bila pula...
BalasPadamawangsoh:
BalasPadamTerima kasih atas pandangan anda. Dan ahli-ahli parlimen yang berjiwa Malaysia tulen sepatutnya sudah lama mengemukakan seperti apa yg saudara utarakan. Tapi tulenkah mereka? Jangan hanya bercakap tentang kesamarataan tapi bila melibatkan Bahasa Melayu sbg bahasa rasmi dan bahasa perpaduan mereka tidak ambil peduli. Ikhlaskah mereka bercakap tentang perpaduan dan kesamarataan?