KESAL TIADA BANTUAN
Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
GEORGETOWN 25 Okt. - Penduduk Kampung Masjid, Jalan Air Itam di sini kesal dengan kerajaan campuran negeri ini yang tidak memberi sebarang bantuan walaupun mereka telah membuat aduan ekoran banjir yang melanda kawasan itu sehingga paras pinggang baru-baru ini.
Bekas Ahli Jawatankuasa Keselamatan Penduduk kampung itu, Mahasir Daroh, 47, berkata, hujan lebat yang berlaku sejak beberapa hari lepas menyebabkan banjir melanda kampung tersebut.
Kejadian itu, katanya, mendorong penduduk di situ membuat aduan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Wong Hon Wai namun tidak ada sebarang bantuan yang diterima.
"Kami sangat kecewa dengan kerajaan negeri yang tidak mengendahkan langsung permohonan bantuan. Seorang wakil rakyat pun tidak datang melihat kesusahan yang kami alami.
"Banyak barangan kami rosak kerana banjir ini berlaku pertama kali di sini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sumbangan Bantuan Kepada Mangsa Banjir yang dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Senator Datuk Omar Faudzar di sini hari ini.
Dalam majlis tersebut, Omar telah menyumbang sebanyak RM20,000 daripada Tabung Kebajikan UMNO untuk diagihkan kepada kira-kira 80 keluarga mangsa banjir dari Kampung Masjid, Kampung Tengah dan Farlim.
Hujan lebat yang melanda kawasan itu baru- baru ini menyebabkan 58 buah rumah di ketiga- tiga kampung itu ditenggelami air dan menjejaskan kehidupan lebih 300 orang penghuni di situ.
Menurut Mahasir, penduduk kampung terpaksa mengeluarkan wang sebanyak RM4,000 daripada tabung masjid untuk digunakan membersihkan masjid yang terjejas teruk.
"Kami terpaksa pakai duit masjid ini kerana kalau tidak kami tidak dapat menunaikan solat Jumaat ketika itu disebabkan keadaan masjid yang kotor selepas dinaiki air," jelasnya.
Dalam pada itu, Omar turut mempersoalkan kredibiliti kerajaan negeri dalam membela nasib rakyat negeri ini terutama golongan yang memerlukan bantuan.
"Saya hairan kenapa kerajaan tidak hulurkan bantuan kepada penduduk yang menghadapi bencana alam seperti ini sedangkan mereka sepatutnya mempunyai peruntukan untuk tujuan itu.
"Bantuan wang dan makanan adalah perkara asas yang sangat penting kepada penduduk yang ditimpa bencana," tegasnya.
Sementara itu, seorang penerima bantuan, Som Said, 86, berkata, wang yang disumbangkan oleh UMNO Bahagian Bukit Gelugor itu mampu membantu kehidupan sehariannya selepas banyak peralatan dapur dan perkakas rumahnya rosak teruk.
Sumber: Mingguan Malaysia, 26 Oktober 2008
ULASAN PENULIS:
1. Tahniah UMNO Bahagian Bukit Gelugor! Biarpun tidak menjadi YB bukan bermakna tidak boleh berkhidmat demi rakyat.
2. Dr Novandri ada turut serta ke? <--- Calon EXCO Pemuda UMNO Malaysia yang berwibawa (pada hemat penulis).
3. Di saat begini (banjir), kita semua boleh lihat mana Yang Berkhidmat dan yang mana Yang Bohong!
4. Semasa belum terpilih bukan main bersemangat nak bela dan kata ambil sikap cakna demi rakyat, tapi bila dah pegang title YB dia dah jadi PELUPA!
5. Kepada mangsa banjir, harap dapat bersabar dengan dugaan Allah.
6. Kepada semua sukarelawan banjir, sekalung tahniah dari penulis! Teruskan beramal!
.
Failure :-(
BalasPadam>> http://teampemudaumno.blogspot.com
Failure? :)
BalasPadamTry again...
Success will be yours sooner or later...