08 November, 2008

Boneka I Oh Boneka I

Kerajaan boneka DAP Perak semakin tenat dalam cuba meracuni fikiran rakyat yang tidak mempunyai akses kepada maklumat sebenar. Terkini Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan segala penipuan oleh kerajaan boneka DAP tersebut. Penulis perturunkan petikan penuh laporan berita tersebut seperti di bawah:

Hanya orang jahil nafi komitmen Kerajaan Pusat

KUALA LUMPUR 6 Nov. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan mereka yang menafikan komitmen Kerajaan Pusat dalam membantu sekolah agama dan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di negeri Perak sebagai individu yang jahil.

Menurutnya, tidak benar kerajaan campuran Perak sekarang telah memberikan tanah kepada Kolej Taiping, Perak kerana mengikut rekod, tanah tersebut diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

‘‘Inilah satu kejahilan individu yang mengatakan kerajaan sekarang ini yang memberi tanah kepada kolej berkenaan sedangkan kerajaan dahulu yang memberikan tanah berkenaan.

‘‘Ini rekod yang tidak dapat dinafikan, begitu juga dengan KAFA, saya ingin beritahu bahawa terdapat 1,357 guru KAFA di Perak yang dibayar gajinya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang wangnya diperoleh daripada kerajaan Pusat,” ujarnya.

Ketika menggulung perbahasan Bajet 2009 peringkat jawatankuasa, Ahmad Zahid berkata, kerajaan Perak baru bercadang membayar tambahan RM25 sebulan kepada guru KAFA dan belum melaksanakannya.

Katanya, begitu juga dengan elaun imam-imam masjid di negeri itu yang dicadangkan naik sehingga RM50.

‘‘Ada pihak yang seolah-olah menggambarkan RM50 yang hendak ditambah itu lebih tinggi daripada elaun RM500 yang dibayar oleh kerajaan sekarang.

‘‘Budak-budak tadika pun tahu tetapi inilah hakikatnya mereka mahu mengaburi fakta yang sebenar,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia, 7 November 2008

Kembara Politik:

1. Hanya orang jahil nafi komitmen kerajaan Pusat. Memang tepat benar tajuk berita Utusan Malaysia.

2. Penulis dah tahu, selama ini rakyat Perak disogok dengan angka dan fakta yang kabur dan yang paling teruk disogok dengan angka dan fakta yang tidak benar sama sekali. Dalam erti kata lain, KERAJAAN BONEKA DAP PERAK HEBAT MENIPU!

3. Penipuan kerajaan boneka DAP Perak telah dibongkar. Dan setakat ini kerajaan boneka DAP Perak masih tidak berupaya memberikan penjelasan dan angka yang sebenar berhubung setiap isu yang dibongkar.

4. Semakin banyak benda yang disorok semakin meluatlah rakyat Perak terhadap kerajaan boneka DAP Perak ini.

5. Kepada semua rakyat Perak, mari bangkit dan kita nyah kerajaan boneka DAP dari bumi Perak pada PRU13 akan datang.

3 ulasan:

  1. Terimakasih kerana sudi melawat keblog saya. Salam Silratulrahim!

    BalasPadam
  2. Salam Kembara Politik,

    masih banyak dan panjang lagi masa hendak menunggu Pilihan Raya yang akan datang dan dalam tempoh tersebut mungkin lebih banyak lagi pelbagai pekara yang akan berlaku dan rakyat hanya melihat sahaja apa yang berlaku dan sebenarnya tiada ramai sangat pun sebenar-benarnya yang mewakili rakyat di Parlimen yang ada kebanyakan bila hidup mewah dan ber kot kalau makan pun makan yang mewah-mewah kalau makan nasi dengan telur itu dah macam makanan anjing sedangkan banyak rakyat mereka yang hanya makan nasi dan telur dan lain pun ikan masin tak nak ditukar makanan mereka yang ditukar hanyalah papan tanda.

    BalasPadam
  3. akusayangumno:

    Terima kasih...salam silaturrahim...

    cerpana:

    :) Yey..yey...cerpana is here!! Thanks for ya comment!

    Benarlah kata2 Tuan Cerpana...yang kaya selalunya kurang prihatin terhadap yang miskin.

    Kita memerlukan pemimpin yang tulus seperti Tun Abdul Razak...

    BalasPadam

Pemilik blog tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda berikan. Adalah dinasihatkan setiap komen dibuat mengikut lunas undang-undang. Terima kasih.