Blog Kembara Politik mengutuk sekeras-kerasnya demonstrasi dan kenyataan yang jelas menghina fungsi Majlis Fatwa Kebangsaan. Dan secara tidak langsung menghina Islam.
Penulis ingin bertanya kepada semua rakyat Malaysia. Apakah ini kebebasan berdemonstrasi dan bersuara yang anda inginkan? Renungkan dan jawab dengan ikhlas.
Adakah ini hasil didikan para pemimpin Pakatan Rakyat yang memperjuangkan setiap inci kebebasan? Apa reaksi para pemimpin Pakatan Rakyat (terutamanya yang beragama Islam?).
Apa yang berlaku jelas menunjukkan tahap mentaliti rakyat Malaysia yang tidak pernah mahu memahami Islam dan Melayu. Apa yang penting bagi mereka ialah kebebasan bersuara (yang kononnya mereka dakwa mereka sudah matang dalam berfikir).
Pautan berkaitan di sini:
1. Laporan Protes Fatwa Anti Tomboy oleh Malaysiakini
2. Blog Apa Nak Dikata?
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
BalasPadamkita akui fatwa ynag dikeluarkan oleh MUI Malaysia ada kebenarannya, namun yang menjadi keresahan, apabila fatwa dikeluarkan tanpa memberi penjelasan yang terperinci kepada rakyat.
kenapa kita nak takut-takutkan rakyat pada hukum, pada hal ramai rakyat yang masih belum benar2 memahami Islam?
perlu ditanamkan sekuat-kuatnya rasa cinta pada Allah sebelum menjatuhkan hukum, perlu diakidahkan kembali masyarakat agar benar2 terikat dengan Al-Quran.
nah, tak perlu lama, pada aku isu ini takkan kemana(jika kita lihat dari isu2 yang lain), kerana banyak kegagalan MUI adalah kurangnya pemantauan.
Mardhotillah
Pendekar:
BalasPadamW'salam.
Terima kasih kerana memberikan pandangan dan ulasan.
Mungkin salah satu kelemahan Majlis Fatwa seperti yg saudara katakan iaitu kelemahan memberikan penerangan.
Walau bagaimanapun, fatwa yg dikeluarkan bukanlah untuk dikuatkuasakan kpd bukan Muslim. Ianya dikeluarkan utk mengingatkan setiap Muslim tentang apa yg telah ditetapkan dlm al-Quran.
Tindakan bukan Muslim membuat demonstrasi dan kenyataan yg biadap terhadap fatwa tersebut perlu ditangani dengan kecaman dan pendirian yg tegas, bukan hanya setakat memberikan penerangan semata-mata.
Saya bersetuju dgn saudara tentang peri perlunya penguatkuasaan bagi setiap yang difatwakan.
Dalam al-Quran itu sendiri terdapat banyak ayat yang menunjukkan penegasan. Ada juga ayat yang menunjukkan penerangan. Ada juga ayat yang menunjukkan penguatkuasaan.
Contohnya ayat berkenaan larangan zina. Mungkin saudara lebih arif.
Penegasan: Jangan hampiri zina.
Penerangan: Diterangkan tentang bahaya dan keburukan zina.
Penguatkuasaan: Diberikan hukuman pelaku zina.
Jika saya silap, mohon jasa ilmu saudara perbetulkan.
Wallahualam.
Salam perkenalan.Blog saudara penuh dengan kandungan ilmiah.Saya link blog saudara
BalasPadamTuan Rahisam Ramli,
BalasPadamSalam Perkenalan. Terima kasih dan sama-sama berkongsi.