30 September, 2008

28 September, 2008

Mufti Perlis bidas sikap tokoh agama Pakatan Rakyat

Dipetik dari laman Minda Mufti, 28 September 2008 (klik di sini)

“Saya amatlah terkejut apabila ada ‘orang politik’ yang sanggup menyamakan zina yang dia akui melakukannya dengan sedekah yang disuruh oleh Islam. Sanggup dia menghalalkan perbuatannya yang buruk itu atas alasan dia diumpan oleh orang lain, maka itu baginya macam sedekah yang jika ‘diberi boleh diambil’.

Alangkah buruk perbuatan dan akidahnya. Dia samakan perkara yang Allah murka dengan perkara yang Allah suka. Apa yang lebih pelik, tidak pula kedengaran dengan jelas tokoh-tokoh agama dalam kem politik ‘si celupar itu’ mengulas perkara ini. Padahal ramai di kalangan mereka yang begitu tangkas dan cepat bertindak jika ada ucapan-ucapan yang menyalahi agama dibuat oleh musuh-musuh politik mereka.

Bahkan ucapan yang masih lagi samar dan boleh diberi maksud yang berbagai pun dibantai sampai tidak cukup tanah. Tiba-tiba apabila kena giliran sahabat sendiri yang mengucapkan perkataan yang buruk lagi parah itu, ramai yang menyepi diri. Tiada yang berani menyuruh dia bertaubat dan menarik balik secara terbuka, bukan menyuruh orang lain ‘berbahasa’ untuknya.

Di mana isu-isu agama dan moral yang diperkatakan selama ini? Ternyata, hukuman politik berbau agama tidak sama dengan pendirian agama mengenai isu politik. Bukan saya ingin bermusuh dengan sesiapa. Kolum saya ini telah mengambil risiko menegur rakyat dan pemerintah. Apakah mereka hanya dapat terima apabila saya menegur pemerintah, tetapi membantah jika mereka ditegur? Atau apakah mereka hanya berani menegur pemerintah dan mendiamkan diri apabila kesalahan itu dibuat oleh ‘geng sendiri’?.”



****************

ULASAN PENULIS:

1. Nampaknya telahan penulis tepat! Ulama’ PR dah jadi bisu! Berpakat menutup kesalahan ranjang geng sendiri. Tiada teguran sekeras yang diberikan kepada pihak seteru.
2. Hukum-hakam agama hanyalah berpilih-pilih. Jika pihak seteru buat silap…berlori-lori ‘teguran’ dihamburkan. Jika geng sendiri buat silap…dibisukan sahaja. Inikah yang dikatan Ulama'?
3. Apa nak jadi la orang yang menggunakan agama tapi menggunakannya secara berpilih-pilih? Kenapa mesti berpilih-pilih jika dakwa diri mereka berjuang demi Islam? Jika pihak seteru buat silap dalam hal agama…maka memang patut mereka menegur secara berhemah. Dan jika di pihaknya pula melakukan perkara yang sama…teguran yang sama perlu dilakukan juga. Bukannya bila kena atas batang hidung dia diam membisu!
4. Geleng kepala bila baca apa yang dinyatakan oleh Tuan Mufti Perlis. Tokoh agama pihak PR hanya berkokok bila jumpa dengan 'pagi yang mereka suka sahaja'. Jika pagi yang mereka tak berkenan, mereka pakat simpan kokokan! Semua terlena...tidur sampai ke pagi. Benarlah kata Tuan Mufti Perlis, kita semua zuriat Adam, bukannya zuriat Iblis!

Selamat Menjalani Ibadah Puasa & Salam Aidil Fitri.

27 September, 2008

Seks & Sedekah: Reaksi Pemimpin Pakatan Rakyat

Sebelum ini penulis ada mengulas tentang Skandal Seks & Rasuah ‘Tanah’ Pakatan Rakyat Perak yang hangat diperkatakan. Zul Hassan, seorang Ahli Majlis Daerah Perak Tengah dan Fairul Azrim Ismail telah mengaku melakukan zina dan dengan jahilnya menyamakan habuan seks dengan amalan sedekah yang sangat dipandang tinggi dalam syiar Islam.

Dalam ulasan penulis di artikel sebelum ini, penulis dapat mengagak betapa barisan kepimpinan Pakatan Rakyat akan memberikan seribu satu alasan dan bentuk penafian demi menghalalkan kelakuan dan perangai buruk mereka. Lebih jahat lagi mereka-mereka ini menuding jari kepada pihak kerajaan tanpa mahu mengaku hakikat dan fakta yang sebenar.

Fakta bahawa mereka telah melakukan zina nampaknya cuba dialihkan dengan tudingan jari bengkok mereka itu ke arah kerajaaan. BPR dipersalahkan dengan segala bentuk tohmahan. Ada fitnah menyatakan pegawai BPR bersekongkol dengan kerajaan.

Macam-macam! Bila kena atas batang hidung mereka, pelbagailah alasan nak melepaskan diri. Dan dalam masa yang sama secara fakta sebenarnya mereka telah menerima rasuah berbentuk seks. Itu fakta yang perlu semua pembaca pegang.

Beberapa siri reaksi pemimpin Pakatan Rakyat menunjukkan betapa mereka masih lagi mahu menipu rakyat dengan tidak mengaku bahawa mereka telah melakukan kesilapan. Reaksi pemimpin PKR yang lain pula dilihat cuba untuk mempertahankan perbuatan yang jelas sangat salah dari segi hukum Islam mahu pun moral. Mari kita lihat reaksi pemimpin Pakatan Rakyat dalam menegakkan benang yang basah.

Reaksi Timbalan Pengerusi PKR Perak

“Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Perak, Zulkifli Ibrahim menyifatkan kenyataan seorang anggota parti itu bahawa habuan seks sama seperti menerima sedekah sebagai sekadar satu 'kesilapan bahasa yang tidak disengajakan'

''Barangkali itu mungkin kesilapan dari segi bahasa dan sebagainya tapi itu bukan maksud kita menjadikan seks itu sebagai satu sedekah.

''Saya boleh komen setakat itu sahaja,'' katanya pada satu sidang akhbar ketika ditanya mengenai kenyataan Anggota Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan, kepada sebuah akhbar bahawa dia melakukan hubungan seks dengan seorang wanita China disebabkan diperangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Seorang lagi anggota parti itu di Perak, Fairul Azrim Ismail, juga mengakui melakukan perbuatan itu tetapi turut mendakwa diperangkap oleh BPR.”

(Dipetik dari BERNAMA, 26 September 2008) (klik di sini)

Reaksi Ketua Umum PKR

Lebih buruk lagi apabila perangai jahil hukum hakam agama pemimpin PKR ini seakan direstui oleh Ketua Pakatan Rakyat iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim melalui petikan kenyataannya iaitu:

“Pengakuan tersebut merupakan satu kejayaan besar kepada beliau kerana telah berjaya mendidik anak-anak buahnya menjadi berani mengakui perbuatan yang dilarang dalam Islam," katanya.

(Dipetik dari mSTAR 26 September 2008) (klik di sini)

Beginikah caranya mengulas sesuatu yang jelas salah dalam Islam? Inilah cara yang selalu digunakan oleh pemimpin PR apabila berdepan dengan segala bentuk kesalahan. Mereka akan mengalihkan isu tersebut dengan sesuatu yang dianggap lebih baik.

Rakyat yang cerdik pandai akan dapat mengesan modus operandi mereka ini. Namun bagi rakyat yang terlalu taksub, penulis percaya akan termakan dengan segala bentuk pemesongan (divert) dari isu pokok iaitu pemimpin PR tersebut telah melakukan zina dan menerima rasuah seks. Tiada nampak baiknya dengan mengaku dan pengakuan itu pula diagung-agungkan sebagai sesuatu yang mulia. Perlakuan zina dan rasuah pula sudah jadi perkara kedua.

Kepada semua pembaca, penulis ingin mengingatkan bahawa kesalahan zina dan rasuah bukan boleh ditutup dengan keberanian pengakuan. Pengakuan berani itu pula nak diagungkan. Bagi penulis, pengakuan tersebut adalah disebabkan terdapatnya bukti kukuh BPR. Jika BPR tidak mempunyai bukti berbentuk gambar dan sebagainya maka dengan mudah pemimpin PR ini cuci tangan dengan senyum simpul kejayaannya memperbodohkan rakyat.

Jangan pula selepas ini pemimpin PR mendakwa tidak cukup 4 orang saksi yang tidak fasik maka tiada kes untuk dibicarakan. Dan BPR pula diseret dengan tuduhan khazaf di Mahkamah Syariah. Haru!

24 September, 2008

Kalau orang beri ‘sedekah’ awak nak tak?

Di sini penulis menyertakan petikan dari Utusan Malaysia (24 September 2008) sebagai pembuka artikel untuk dijadikan renungan dan pertimbangan akal waras semua pembaca.

Seks: Ahli PKR dakwa diperangkap

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI

IPOH 23 Sept. – Seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pernah ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) bersama Exco Kerajaan Negeri Perak berhubung satu kes rasuah baru-baru ini mengaku membuat hubungan seks dengan seorang wanita China.

Fairul Azrim Ismail, 30, bagaimanapun mendakwa dia telah diperangkap oleh BPR dan seorang individu yang dikenali sebagai Mohamad Imran Abdullah.

Fairul Azrim mengaku melakukan seks dengan wanita itu tetapi mendakwa dia tidak pernah meminta rasuah atau habuan seks.

Ahli PKR itu membuat pengakuan tersebut dalam surat aduannya yang diserahkan kepada pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) di Kompleks Islam Perak di sini hari ini.

Fairul Azrim merupakan salah seorang yang ditahan BPR Ogos lalu berhubung skandal rasuah dan seks membabitkan projek membangunkan tanah seluas 36 hektar bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dekat sini.

Dalam surat aduannya, Fairul Azrim mendakwa, pada 14 Ogos lalu, semasa dalam perjalanan ke Permatang Pauh, Pulau Pinang, dia bersama rakannya Zul Hassan dan Ruslan Sahat telah singgah di Hentian Rehat dan Rawat Kuala Kangsar untuk bertemu dengan Mohamad Imran yang membawa bersama tiga wanita yang dikatakan berasal dari China.

Katanya, Mohamad Imran kemudian membawa mereka pergi ke Batu Feringghi, Pulau Pinang dan menginap di Tingkat 4, Sri Sayang Apartment.

“Saya telah diberikan seorang wanita China oleh Mohammad Imran dan pada malam tersebut saya telah melakukan hubungan seks dengan wanita itu di dalam sebuah bilik di Sri Sayang Apartment.

“Semasa dalam soal siasat saya telah diberitahu oleh pegawai BPR, perlakuan seks kami bertiga telah dirakam oleh BPR,” katanya dalam surat aduan itu.

Rakannya, Zul Hassan yang merupakan Ahli Majlis Daerah Perak Tengah turut membuat laporan kepada JAIP tetapi tidak mengedarkan salinan surat aduannya kepada wartawan.

Pada 25 Ogos lalu, Zul dan Ruslan yang merupakan Juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) didakwa terlibat dalam skandal rasuah yang membabitkan seks manakala Fairul tidak didakwa.

Kes itu turut melibatkan dua anggota Exco Kerajaan Negeri Perak dan seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang didakwa meminta dan menerima rasuah wang.

Dalam surat aduan itu juga, Fairul yang dilepaskan oleh BPR dengan ikat jamin pada 21 Ogos lalu turut meminta JAIP menyiasat dan mengambil tindakan ke atas orang tertentu yang telah memfitnah, menghina dan menganiayanya.

“Saya membuat laporan ini kerana telah difitnah oleh Pengarah BPR Perak, Samsiah Abu Bakar dan pegawai-pegawai agensi itu yang mengatakan saya meminta rasuah wang dan seks.

“Mohamad Imran telah menganjur dan menggalakkan saya berbuat maksiat dengan membekalkan seorang wanita China,” ujarnya.

Sementara itu, Zul yang ditemui sebaik mengadakan pertemuan dengan pegawai JAIP di sini enggan memperincikan kandungan surat aduannya kepada JAIP itu.

Ditanya sama ada dia turut melakukan hubungan seks, Zul berkata: “Tidak mengaku tidak boleh, dia (BPR) ada gambar.''

Katanya, dakwaan BPR bahawa dia dan dua rakannya meminta perempuan China daripada Mohamad Imran adalah tidak benar.

“Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?’’ ujarnya.

Turut mengiringi mereka berdua ialah Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Ampang dan bekas ADUN Bota, Kapten (B) Usaili Alias.

(Sumber: Utusan Malaysia, 24 September 2008).
________________________________

Komen dan Perbincangan:

(Hari ni penulis nak menulis secara santai…kali ini penulis cuma mahu mengulas laporan Utusan Malaysia berkenaan SKANDAL PROJEK ‘TANAH’ GENG GATAL PAKATAN RAKYAT !)

Kalau orang beri ‘sedekah’ awak nak tak?

1. Tepuk dada tanya selera, nafsu dan akal yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia yang sudah pun akil baligh.
2. Nampaknya selera dan nafsu Geng Gatal PKR meluap-luap.
3. Serakahnya dia kerana terima segala bentuk ‘sedekah’ yang diberikan...zina kira 'sedekah' ke? Akal letak kat tuuuuuuuuutttttttt (that's why tak fikir dah...redah je!!!).
3. Apa kata pendokong PR? Konspirasi lagi ke? Ke sudah tersedia segala bentuk ‘fatwa ala PR’ dan alasan bagi menutup kesalahan dan dosa yang dibuat?

Tanah di Perak nak dibangunkan tapi 'tanah' dari China yang ‘dikerjakan’…

1. Nampaknya skandal tanah Perak ni memang dah cukup kronik.
2. Tak cukup tanah di Perak…tanah dari China pun turut ‘dibangunkan’ dengan jayanya.
3. Teruk bebenor kalau dah sampai tahap tak reti nak mengenal tanah mana yang boleh dibangunkan atau pun tidak.
4. Mungkin ada masalah dalam memilih! Serba salah tengok tanah sana sini.
5. Tapi nampaknya Geng Gatal PR pilih kedua-duanya! Tamak bin haloba! 2 in 1 = dosa besar!

Apa pun tunggu sahaja apa reaksi Pakatan Rakyat yang saling tak tumpah dah jadi macam Pakatan Syaitan. Jika dalam hal membuat penafian dan mengalihkan isu memang mereka ini handal.

Kita tunggu segala bentuk penafian dari mereka. Penulis rasa rakyat bakal dihidangkan dengan pelbagai teori konspirasi dan penafian yang tak masuk akal demi menutup kepincangan PR.

Buat penyokong PR yang dah tersedar...

Tahniah!

Anda bukannya budak kecil yang tak kenal erti pahala dan dosa.

Semoga di bulan Ramadhan penuh keberkatan ini kita diberikan akal fikiran yang boleh berfikir dengan penuh hikmah.

Salam Ramadhan!

PsyTroopers,
kembarapolitik@yahoo.com

22 September, 2008

Setelah Islam bangkit, MB Selangor hulur ‘gula-gula’

Isu azan memang sedang panas diperkatakan oleh umum terutamanya umat Islam. Di mana-mana sahaja isu ini tetap diperkatakan. Tidak boleh dinafikan lagi. Siapa yang tidak pernah membincangkan isu ini? Hampir semua umat Islam ambil sikap cakna. Yang tidak ambil pusing hanyalah golongan yang tidak peduli jatuh bangun Islam di bumi tercinta ini.

Hari ini penulis terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Utusan Malaysia (22 September 2008). Klik sini. Kenyataan Abdul Khalid ini sangat kontra dengan apa yang berlaku. Setelah meraikan YB Teresa Kok di sidang akhbar semasa pembebasannya dari tahanan ISA, pada hari ini Abdul Khalid mengeluarkan kenyataan yang sangat tidak dialu-alukan kerana seperti melepaskan batuk di tangga.

“Kerajaan negeri Selangor mahu masjid-masjid di negeri itu terus menggunakan pembesar suara semasa menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan untuk menyebarkan syiar Islam.” – Abdul Khalid Ibrahim, Utusan Malaysia, 22 September 2008.

Kenyataan di atas boleh penulis umpamakan hanyalah sebiji ‘gula-gula’ yang dihulurkannya setelah anak puas menangis merintih nasib! Setelah seluruh umat Islam memberikan tekanan kepada pihak-pihak yang membuat dan menyokong petisyen dan ‘tangan-tangan ghaib’ yang pura-pura lupa wujudnya petisyen itu yang mana seakan memberikan satu isyarat kepada pemetisyen bahawa tindakan mereka direstui secara tidak langsung oleh si pelupa aka si buat-buat lupa. Dalam erti kata lain ada sokongan secara tidak langsung sebenarnya.

Kenyataan Abdul Khalid boleh penulis sifatkan sebagai satu kenyataan yang hanya ingin mengembalikan sokongan semua pihak. Di awal kenyataan (iaitu perenggan pertama) lebih bersifat beliau mahu menunjukkan bahawa kerajaan negeri sangat prihatin dengan syiar Islam di Selangor dengan menyatakan pendirian kerajaan negeri berhubung isu tersebut. Kenyataan di perenggan pertama ini dibuat untuk menagih sokongan umat Islam yang muak dengan sikap lembab Abdul Khalid. Setelah isu basi, baru membuat ulasan.

Namun kenyataan yang berikutnya (iaitu perenggan kedua) beliau seakan menafikan wujudnya usaha pihak tertentu dalam mengikat pihak masjid dengan pelbagai tatacara dan peraturan yang tidak munasabah. Kenyataan perenggan kedua pula penulis sifatkan ditujukan khas buat kaum bukan Melayu dalam meraih undi di masa akan datang.

“Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri tidak menerima sebarang bantahan daripada mana-mana kumpulan ataupun persatuan penduduk mengenai penggunaan pembesar suara oleh masjid untuk melaungkan azan ataupun dalam ceramah-ceramah.” – Abdul Khalid Ibrahim, Utusan Malaysia, 22 September 2008.

Dengan kata lain, Abdul Khalid ketinggalan kapal atau sengaja meninggalkan kapal dengan niat tertentu. Dan sangat menarik apabila beliau seakan tidak mengakui wujudnya usaha oleh pihak tertentu di Selangor untuk mengikat kebebasan masjid menggunakan pembesar suara (mahu dikawal kuat atau pun perlahannya) dalam laungan azan (terutamanya azan Subuh) dan dalam segala bentuk aktiviti keagamaan Islam termasuklah kuliah dan ceramah agama.

Mungkin benar bahawa beliau tidak menerima petisyen itu, namun beliau tidak boleh menyangkal sama sekali bahawa petisyen itu memang wujud. Dan senarai nama pemetisyen turut didedahkan kepada umum. Rujuk sini. Tambahan pula, kenyataan Bahrudin Maskor, 47, Bilal Masjid Al-Ehsan, Bandar Kinrara, Puchong dalam Malaysiakini jelas menunjukkan usaha tersebut memang wujud. Rujuk sini. Kenyataan Abdul Khalid di perenggan kedua ini seakan memperlihatkan kebodohannya dalam mengulas isu azan!

"Dalam petisyen tu, penduduk minta supaya azan subuh diperlahankan dan kuliah subuh pada hari Sabtu dan Ahad tidak menggunakan pembesar suara. Kami akur dengan permintaan mereka," katanya. – Bahrudin Maskor, Malaysiakini, 18 September 2008.

Penulis pelik dengan tindakan dan kenyataan Abdul Khalid yang dianggap basi kerana tidak membawa apa-apa erti di mana Islam terpaksa akur dengan segala macam macam bentuk peraturan dan tatacara yang meyakitkan hati umat Islam. Mengapa tidak kerajaan negeri dengan kadar segera mengarahkan atau menasihati semua pemetisyen agar tidak meneruskan niat mempertikai penggunaan pembesar suara dalam hal atau aktiviti keagamaan Islam? Apa MB tidak boleh memainkan peranannya sebagai seorang Muslim?

Jika diamati, umat Islam yang merupakan majoriti sangat bertoleransi dengan rakan yang beragama selain Islam. Lihat sahaja contoh penggunaan colok yang dinyalakan setiap hari di rumah-rumah yang berjiran dan premis-premis perniagaan dan sebagainya yang mana baunya tidak menyenangkan. Tetapi atas dasar menghormati dan semangat muhibah sesama warganegara Malaysia maka umat Islam tidak membantah pun. Malahan umat Islam di Malaysia dengan semangat toleransi yang tinggi dapat meyesuaikan diri dengan segala bentuk kesulitan tersebut. Apakah bukan Islam tidak berupaya berbuat sedemikian demi perpaduan Malaysia tercinta?

18 September, 2008

Pemberian Tanah Sekolah Persendirian di Perak: Perbandingan Secara Angka

Isu pemberian tanah kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina, SAR Persendirian, Sekolah Tahfiz al-Quran & Sekolah Pondok nampaknya tidak dijelaskan dengan perincian dari segi istilah, fakta dan angka yang sebenarnya oleh kerajaan Perak.

Rakyat sebenarnya disogok dengan data dan maklumat yang tidak lengkap. Rakyat jadi bingung. Jika dilihat dari penulisan blog-blog yang pro Pakatan Rakyat (PR) jelas banyak kekeliruan yang mana menjurus kepada pihak umum menuduh bahawa kerajaan BN kejam. Ini satu lagi persepsi negatif yang cuba ditanam oleh pihak PR kepada BN.

Kekeliruan yang asas ialah dari segi istilah. Dari segi istilah pun sudah bercelaru. Ada yang menyamakan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJKC) dengan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC). Begitu juga dengan SAR (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan) dan SAR Persendirian.

Ada yang secara salah mendakwa bahawa kerajaan melalui Kementerian Pelajaran mengabaikan kebajikan SMJKC dan SAR sedangkan maksud yang ingin disampaikan ialah bukannya SMJKC tetapi SMPC dan SAR Persendirian. Penulisan yang tidak tepat ini sedikit sebanyak memberikan kesan negatif kepada imej kerajaan. Padahal faktanya, kerajaan mempunyai tanggungjawab jika dikaitkan dengan SMJKC mahupun SAR (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan).

Jadi, mengaitkan SMJKC dengan SMPC adalah sesuatu yang jelas tersasar. Jelasnya, kedua-dua entiti tersebut adalah berbeza. Begitu juga dengan penggunaan istilah Sekolah Agama Rakyat (SAR). Atas sebab perbezaan inilah tanggungjawab kerajaan ke atas setiap entiti adalah berbeza. Yang anehnya segala jasa kerajaan terhadap SMJKC dan SAR (Skim Sekolah Bantuan Kerajaan) dinafikan. Padahal Kementerian Pelajaran mempunyai tanggungjawab ke atas sekolah jenis tersebut. Mungkin tempias kekeliruan istilah ‘persendirian’ agaknya!

Berbalik kepada isu pokok iaitu isu pemberian tanah kepada sekolah persendirian di Perak. Penulis ingin berkongsi fakta dan angka yang mana dapat diteliti dan difikirkan oleh semua pihak. Mungkin fakta dan angka yang diberikan selama ini hanya ditelan bulat-bulat tanpa sebarang analisa dan perbandingan.

Kerajaan Perak telah meluluskan sejumlah 400 hektar tanah kepada 9 buah Sekolah Menengah Persendirian Cina. Rentetan pertikaian hebat isu tersebut, MB Perak iaitu Dato’ Seri Ir. Muhamad Nizar Jamaluddin mengumumkan 1000 hektar tanah sedang dalam proses kelulusan bagi diagihkan kepada SAR persendirian, Sekolah Tahfiz al-Quran dan Sekolah Pondok.

Sebelum itu kerajaan Perak mengumumkan keluasan tanah yang diluluskan bagi SAR persendirian ialah sejumlah 200 hektar iaitu bagi 18 buah sekolah yang terdiri daripada 9 Sekolah Menengah Agama Rakyat dan 9 Sekolah Agama Rendah. Mari lihat perbandingan angka-angka yang diberikan oleh kerajaan Perak ini.

Keluasan Tanah Sek. Men. Persendirian Cina (SMPC)
400 hektar = 9 buah SMPC
Maknanya Purata 1 SMPC = 44 hektar (105 ekar)

Keluasan Tanah SAR Persendirian (SARP)
200 hektar = 18 SAR Persendirian (9 Sek Men Agama Rakyat + 9 Sek Agama Rendah) Maknanya Purata 1 SARP = 11.11 hektar (26 ekar)

105 ekar dibandingkan 26 ekar? Geleng kepala bila penulis tengok angka ini. Anda pula bagaimana? Mungkin ada yang tekup muka kerana menyesal memilih kerajaan yang sebegini. Apa tidaknya, keputusan kelulusan pemberian tanah ini adalah dibuat oleh ahli mesyuarat EXCO kerajaan negeri yang majoritinya sudah tentulah DAP. Maka angka yang berat sebelah ke arah kaum Cina ini jelas menunjukkan kaum Melayu terpinggir di negeri Perak yang majoritinya Melayu. Hak Melayu nampaknya dipandang sepi. 26 ekar hanyalah gula-gula penyedap mulut Melayu Perak.

Mungkin ada yang berkata tidak sesuai membandingkan 400 hektar dengan 200 hektar. Keluasan tersebut hanya terdiri daripada keluasan tanah yang diluluskan untuk SMPC dan SARP. Kenapa tidak dibandingkan dengan 1000 hektar seperti yang diumumkan Nizar iaitu jumlah keseluruhan untuk SAR persendirian dan pelbagai institusi agama? Mari kita bandingkan pula angka 1000 hektar dan 400 hektar.

1000 hektar untuk katakan 40 buah sekolah dengan sejumlah 18 SAR Persendirian, 15 Sekolah Tahfiz al-Quran dan beberapa buah Sekolah Pondok (anggaran 7 buah). Setelah dibahagi iaitu 1000 hektar dibahagi 40 buah maka secara puratanya setiap sekolah tersebut akan mendapat hanya 25 hektar iaitu sekitar 59.5 ekar.

Sekolah Menengah Persendirian Cina membolot 105 ekar tanah yang diluluskan atas alasan keadilan. Islam itu adil kata Nizar. Penulis sangat bersetuju bahawa Islam itu sangat adil. Tapi yang tidak adil ialah Nizar yang telah dipegang jari telunjuknya oleh DAP. Nizar menggunakan alasan Islam demi menutup isu kelemahan dirinya yang hanya berfungsi sebagai boneka DAP. Mana mungkin adil jika dilihat dan dibandingkan dengan apa yang kita dapati.

Jika kita telan bulat-bulat angka yang diberikan oleh Nizar sudah tentu kita nampak seakan semua yang diberikan olehnya nampak cantik. Tiada cacat cela. Tetapi apabila kita membuat penilaian secara perbandingan, jelas kita dapati kita silap memilih kerajaan PR. Ayuh Melayu, kita bangkit mempertahankan hak Melayu pada Pilihan Raya Umum akan datang. Usah biarkan Perak dikemudi oleh DAP lagi!

Isu Azan: Bilal dipanggil beri keterangan - Malaysiakini

Sep 18, 08 7:16pm

Seorang pegawai Masjid Al-Ehsan, Bandar Kinrara, Puchong, hari ini dipanggil bagi memberi keterangan kepada polis berkaitan petisyen berhubung isu azan.

Bahrudin Maskor, 47, yang merupakan bilal masjid tersebut, dilihat memasuki Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi jam 1.30 petang tadi dan selesai memberi keterangan dua jam kemudian.

Bahrudin yang ditemui berkata beliau dipanggil bagi memberi keterangan berkenaan kandungan petisyen yang dihantar lebih 100 penduduk di kawasan itu beberapa bulan lalu, demikian menurut Bernama.

"Dalam petisyen tu, penduduk minta supaya azan subuh diperlahankan dan kuliah subuh pada hari Sabtu dan Ahad tidak menggunakan pembesar suara. Kami akur dengan permintaan mereka," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai individu yang mengetuai petisyen tersebut.

"Petisyen itu hanya diterima oleh nazir masjid Bandar Kinrara iaitu Abdul Rahman Nasir. Saya tak tahu apa-apa," katanya.

SUMBER: Malaysiakini, 18 September 2008 (KLIK)

YB PELUPA aka Teresa Kok: Isu Petisyen Azan di Puchong

Teresa Kok agaknya mengidap sakit LUPA (atau buat-buat LUPA).

1. Teresa Kok LUPA Tentang Petisyen Azan

“Selepas kenyataan saya disiarkan dalam surat khabar semalam, saya terima satu faks daripada seorang pengundi di kawasan Puchong di pejabat saya. Faks tersebut mengandungi satu surat dan juga petisyen daripada beberapa ratus penduduk di Puchong kepada Satim. Barulah saya sedar memang terdapat sekumpulan penduduk di Puchong membuat petisyen kepada Satim berkenaan dengan isu azan ini.” – Teresa Kok, 10 September 2008

2. Teresa Kok LUPA Petisyen Azan Pernah Dibuat Salinan & Ada Cop Pejabat Beliau

“Selepas itu, saya diberitahu oleh bekas pembantu pejabat perkhidmatan Kinrara saya bahawa penduduk yang membantah tentang bunyi azan tersebut pernah menghantar salinan petisyen tersebut ke pejabat saya dan minta bekas pembantu saya untuk "acknowledge receipt" dengan cop pejabat saya dalam surat mereka.” – Teresa Kok, 10 September 2008

3. Teresa Kok PELUPA Menyalahkan Datuk Satim Diman Kerana Menerima Petisyen Azan Yang Ada Cop Pejabat Beliau

“Tetapi adalah jelas bahawa surat petisyen mereka kepada Satim bukan dibuat atas surat kepala pejabat saya.” – Teresa Kok, 10 September 2008

PsyTroopers: Sekali…berapa banyak LUPA daaaaaaa…..

Nota: Kuat atau perlahannya azan bergantung pada tafsiran setiap individu. Tetapi yang pentingnya, mengapa kita semua tidak belajar untuk hidup secara berharmoni? Kenapa perlu pertikai berkenaan upacara keagamaan sesebuah agama? Tidak pernah pula penduduk Islam membuat petisyen melarang paluan gendang semasa upacara kematian agama lain, pembakaran colok, tiupan serunai dan sebagainya. Jangan sampai cuba menginjak-injak Islam semata-mata umat Islam dilihat sangat bertoleransi. Cubalah belajar hidup dan membiasakan diri dengan bunyi azan dan aktiviti keagamaan Islam. Belajarlah hidup dengan penuh toleransi dan harmoni di bumi Malaysia yang bertuah ini.

Kredit: Terima kasih buat Saudara Andak di forum.mykmu.net atas info yang diberikan.

17 September, 2008

Kronologi kenyataan Anwar Ibrahim mengenai angan-angan kerajaan baru

8 Mac
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, PKR, Pas, DAP dan seorang Bebas memenangi 82 daripada 222 kerusi Parlimen. Pakatan pembangkang memerintah di lima negeri iaitu Kelantan, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor.

1 April
Anwar mengumumkan PKR, Pas dan DAP membentuk Pakatan Rakyat (PR) untuk menyatukan kerjasama antara mereka.

23 April
Di Kota Kinabalu, Anwar berkata, PR sudah bersedia untuk membentuk kerajaan dan mempunyai cukup Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang bersedia melompat parti. Anwar juga menegaskan pertukaran kerajaan akan berlaku selewat-lewatnya pada 16 September iaitu hari pembentukan Malaysia.

24 April
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tiada seorang Ahli Parlimen BN akan melompat parti dan mendedahkan Anwar “sedang mengarah sebuah permainan politik”.

25 April
Anwar mengulangi keyakinannya untuk memerintah Negara dan mewujudkan kerajaan baru kemungkinan pada bulan Jun, Julai atau 31 Ogos namun tetap tidak melebihi tarikh 16 September.

28 Jun
Bekas pembantu Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis mendakwa dia telah diliwat majikannya.

3 Julai
Naib Presiden PKR, Azmin Ali berkata kemungkinan terdapat penangguhan pada rancangan mereka membentuk kerajaan baru tetapi ia tetap menyatakan 16 September sebagai tarikh Anwar menjadi Perdana Menteri.

10 Julai
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyerahkan notis usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di pejabatnya di bangunan Parlimen.

31 Julai
Dr. Wan Azizah meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh berkuat kuasa serta-merta bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar untuk bertanding pada pilihan raya kecil Permatang Pauh.

26 Ogos
Anwar mengekalkan penguasaan PKR di kerusi Permatang Pauh apabila memenangi pilihan raya kecil kawasan itu. Dia menyatakan kerajaan baru akan dibentuk menjelang 16 September.

8 September
Seramai 49 anggota Parlimen BN berlepas ke Taiwan bagi melakukan lawatan sambil belajar mengenai teknologi pertanian yang diamalkan di negara kepulauan itu namun didakwa pembangkang sebagai langkah untuk menyekat perubahan pemerintahan.

12 September
Pemimpin PKR berlepas ke Taiwan selepas anggota Parlimen BN dalam perjalanan pulang ke Malaysia. PKR mendakwa memperoleh cukup ahli untuk membentuk kerajaan baru pada 16 September namun ia tidak berlaku walaubagaimanapun ia tetap mendakwa proses itu akan terjadi dalam sedikit masa lagi.

15 September
Anwar yakin boleh menubuhkan kerajaan baru tetapi memberi tempoh dua minggu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengadakan rundingan.

16 September
Anwar yang mengadakan siding akhbar di Petaling Jaya mendakwa mempunyai senarai 31 nama Ahli Parlimen BN yang akan melompat parti tetapi enggan mendedahkan nama-nama wakil rakyat terlibat.

(Sumber: Utusan Malaysia, 17 September 2008).
-------------------------------------------------

PsyTroopers: 17 September 2008 bukti penipuan Anwar.

16 September, 2008

Isu Pemberian Tanah Kerajaan Boneka DAP: Fakta & Angka Sebenar Disorok?

-
[Kemaskini 8 Oktober 2009: Akhirnya beberapa persoalan fakta berkenaan isu tanah Perak terungkai. Berikut faktanya:

Kampung Baru - 55,233 geran tanah
Kampung Tersusun - 73,703 geran tanah
JUMLAH - 128,936 geran tanah

Melayu = 27.66% (35,663 geran)
Cina = 57.49% (74,125 geran)
India = 14.85% (19,146 geran)

Sila rujuk: Penasihat Undang-Undang UMNO, 19 Mei 2009]

**************

[Artikel asal - 16 September 2008]:

Oleh: Kembara Politik (kembarapolitik@gmail.com)

Keputusan pemberian tanah di Perak oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) membuatkan rakyat terutamanya rakyat Perak berbicara dan berbahas dengan panjang lebar. Ada yang kecewa, ada yang sangsi, ada yang mempertikai tindakan MB Perak iaitu Dato’ Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin dalam hal pemberian tanah tersebut.

Mulanya timbul isu pemberian tanah Kampung Baru. Kemudian diredakan dengan ‘gula-gula’ pemberian tanah Kampung Tersusun. Terbaru timbul isu kelulusan pemberian tanah kepada sekolah-sekolah Cina Persendirian. Reda kembali dengan kenyataan bahawa sekolah SAR Persendirian pun dalam pertimbangan untuk diluluskan permohonan tanah.

Adakah benar Nizar berlaku adil seperti apa yang diperkatakannya dalam beberapa siri jawapan kepada akhbar-akhbar tempatan berhubung isu tanah tersebut? Atau pun kenyataannya hanya sekadar mahu menutup tanggapan umum bahawa beliau ditekan oleh DAP dalam membuat beberapa keputusan yang melibatkan soal pemberian tanah di Perak ? Rakyat sedia maklum bahawa majoriti EXCO Perak terdiri daripada ADUN DAP. Adakah benar Nizar ditekan oleh DAP? Dalam erti kata lain, adakah Nizar menjadi MB boneka DAP?

Rakyat sedia maklum dengan cita-cita DAP yang ingin menjadi MB Perak namun terhalang dek undang-undang negeri Perak yang sedia ada. Niat DAP terhalang namun adakah segala apa yang dirancang oleh DAP turut terhalang? Bagi penulis, segala bentuk keputusan yang melibatkan soal pemberian tanah di perak jelas menunjukkan DAP punya pengaruh yang sangat kuat dalam pembuatan keputusan.

Melalui artikel ini, penulis ingin berkongsi fakta dan angka yang diberi dan disorok oleh Nizar selaku MB Perak kepada rakyatnya. Pada kali ini, penulis akan memberi fokus kepada isu pemberian tanah Kampung Baru dan Kampung Tersusun. Penulis akan membuat perbandingan agar dapat dinilai oleh semua pembaca. Moga difikirkan secara kritis fakta dan angka yang diberikan.

KAMPUNG BARU (60 000 penghuni)
80 % = Kaum Cina = 48 000 penghuni Cina
20% = Kaum Melayu + Kaum India
Keluasan tanah = 5 000 ekar

SOALAN BERKENAAN ISU PEMBERIAN TANAH KAMPUNG BARU:
1. Berapa keluasan tanah yang kaum Cina dapat di Kampung Baru berdasarkan peratus pecahan kaum iaitu 80 % tersebut?
2. Berapa pula peratus penghuni kaum Melayu di Kampung Baru? Dari 20 % yang dinyatakan berapa peratusan penghuni dari kaum Melayu di Kampung Baru?
3. Bagaimana pula dengan peratusan kaum India di Kampung Baru?

KAMPUNG TERSUSUN (72 000 penghuni)
44 % = Kaum Melayu = 30 800 penghuni
38 % = Kaum Cina = 26 600 penghuni
18 % = Kaum India = 12 600 penghuni
Keluasan tanah = 7 000 ekar

SOALAN BERKENAAN ISU PEMBERIAN TANAH KAMPUNG TERSUSUN:
1. Berapa keluasan tanah yang diberikan kepada penghuni Melayu?
2. Berapa keluasan tanah yang diberikan kepada penghuni Cina?
3. Berapa keluasan tanah yang diberikan kepada penghuni India?

FIKIR SEJENAK:
1. Adakah pemberian tanah di Kampung Baru dan Kampung Tersusun ini benar-benar adil jika kita teliti dengan pecahan kaum di setiap kampung tersebut?
2. Dari fakta dan angka, didapati penghuni kaum Cina ialah 74 600 iaitu merangkumi 57 % daripada jumlah penghuni di Kampung Baru dan Kampung Tersusun. Adakah maknanya kaum Cina mendapat habuan 57 % daripada tanah seluas 12 000 ekar iaitu 6 840 ekar?
3. Katakan penghuni Melayu di Kampung Baru sekitar 8 % maka jumlah penghuni Melayu di Kampung Baru dan Kampung Tersusun ialah 35 600 iaitu hanya 27 % daripada jumlah penghuni di Kampung Baru dan Kampung Tersusun. Adakah ini bermakna kaum Melayu hanya diberikan sejumlah 27 % daripada tanah seluas 12 000 ekar iaitu hanya 3 240 ekar?
4. Katakan penghuni kaum India di Kampung Baru sekitar 12 % maka jumlah penghuni India ialah 19 800 iaitu 16 %. Adakah maknaya 16 % daripada tanah seluas 12 000 ekar iaitu 1 920 ekar diberikan kepada penghuni kaum India?

Perlu diingat bahawa lebih 60 % penduduk Perak adalah terdiri dari kaum Melayu. Adakah pemberian tanah ini adil kepada rakyat Perak terutamanya kepada kaum Melayu? Jika diamati jelas berat ke arah kaum Cina. Adakah keputusan pemberian tanah Kampung Baru dan Kampung Tersusun yang sangat tidak adil ini menggambarkan Nizar hanyalah boneka? Pembuat keputusan sebenar ialah DAP?

Penulis tidak menyalahkan Nizar kerana mungkin beliau tersepit dalam hal ini. Pemenang dalam isu ini jelas ialah DAP. Kepada semua pembaca, penulis menyeru agar sama-sama kita jadikan sempadan di masa akan datang. Usah jatuh ke dalam lubang yang sama berkali-kali.

Aktivis Pertikai Kuasa Mahkamah Syariah: Dalang Sebenar Forum Peluk Islam

Artikel ini ditulis khas buat semua pembaca. Tujuan artikel ini adalah bagi menyalurkan maklumat dan menyedarkan kita semua tentang siapa individu atau dalang di sebalik keceluparan mempertikai kuasa Mahkamah Syariah apabila melibatkan kepentingan dan kedaulatan Islam.

Isu "Forum Peluk Islam" dan "Subashini & Shamala Revisited" telah menyentak ramai pihak. Ramai tertanya-tanya tentang apa sebenarnya motif utama forum sensitif ini dibuat secara terbuka.

Siapa aktivis yang mempertikai segala keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Syariah sehinggakan Majlis Peguam merasakan 'perlu' diadakan forum ini. Siapakah suara pendesak yang begitu lantang sehinggakan Majlis Peguam begitu ego untuk meneruskan juga forum walhal dibantah sebegitu ramai umat Islam?

Majoritinya adalah aktivis PKR & DAP. Majlis Peguam yang didominasi oleh aktivis PKR/DAP/HINDRAF dalam menganjurkan forum yang membincangkan isu yang sensitif.

Isu ini bukannya isu baru, tetapi sudah lama dan ditimbulkan kerana ketidakstabilan politik di negara kita. Tengok siapa individu dan parti mana di sebalik aktivis ini?

Berikut saya nyatakan segala bukti dan fakta yang bakal menyedarkan semua yang hanya tahu menyokong berdasarkan politik persepsi.

Anne James pertikai keputusan Mahkamah Syariah berhubung kes S Shamala, Lina Joy, M Moorthy and R Subashini.
http://www.malaysiakini.com/letters/65845
Siapa Anne James?
http://www.sivarasa4subang.com/site/archives/68
Anne James ialah isteri kepada YB R Sivarasa. Siapa Sivarasa dalam PKR? MP & Peguam.

Peter Ooi pertikai keputusan Mahkamah Syariah kes Subashini.
http://www.malaysiakini.com/letters/65541
Siapa Peter Ooi?
http://pakguard84.wordpress.com/
http://malaysiangate.blogspot.com/2008/06/gerakan-too-wanted-to-leave-once.html
Peter Ooi ialah aktivis DAP/PKR/HINDRAF.

Norman Fernandez mempertikai keputusan Mahkamah Syariah.
http://www.malaysiakini.com/letters/65284
Siapa Norman Fernandez?
http://normanfernandez.blogspot.com/
Norman Fernandez ialah seorang peguam & Naib Pengerusi DAP Johor & calon DAP DUN Stulang 2004.

Bukalah minda dan hati anda. Jangan tertipu dengan laungan Ketuanan Rakyat (baca Malaysian Malaysia) yang Pakatan Rakyat dan mereka-mereka ini laungkan.

Pakatan Rakyat hanyalah platform bagi pihak tidak bertanggungjawab ini melaksanakan agenda tersembunyi mereka. Mereka menjadi MP yang mempunyai kuasa menggubal dan mengubah landskap politik dan kedudukan Islam.

Tiada guna jika majoriti dalam negara tapi kuasa menggubal di Parlimen dikuasai mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab ini. War-warkanlah kepada rakan kita semua agar berhati-hati dengan taktik licik mereka-mereka ini.

Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah. Kepada rakan yang sudah tahu kebenaran, sebarkanlah pada rakan agar kepentingan Islam tidak diinjak-injak oleh pihak yang berselindung di sebalik Pakatan Rakyat.

PsyTroopers
kembarapolitik@yahoo.com

Label

'Masalah Sikap' vs 'Cemburu' #justiceforMH17 16 September 2008 1Malaysia 1MDB 22 tahun tanpa konflik kaum 3 billion 31 Ogos 2009 5 Ogos 1957 Abdullah ABIM Acaro Solingan Adik Siti Amynur Ain AIDC Air percuma AirAsia Akta hasutan Akta Hasutan 1948 Akta Pendidikan 1996 Aktivis Al-Fatihah Allahyarham Tun Abdul Razak Altantuya Altel Aman Malaysia Ambiga Anak Bangsa Malaysia? Anak Wayang Pas analisa PRU13 ancaman islam di Malaysia. Anjing Gila Anwar Anwar Ibrahim Azan Azizan Azmin Ali babi Badak Pekak Badut Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia Bahasa Melayu Bajet Pahang 2009 BALACI Bangsa Malaysia Banjir Banjir di Kuantan Banjir di Lipis Bantuan Barisan Nasional Batal Usul Sekat Jualan Arak Behind The Veil Belasungkawa BERSATU Bersih biadap Biadap Hina Nabi Blogger BN BN Perak BOC Boikot barangan israel Boikot produk Yahudi-Amerika Boikot Secara Terancang Bomoh Boneka BR1M Brader Anwar Bin Ibrahim bubar UMNO Bumi Daku cadbury calon boleh menang Carlsberg halal Cawangan UMNO CDM25 Celaka Ceroboh Tanah Milik TNB chedet Chin Peng Chui Jui Meng Cina Cina Boikot Melayu COMANGO Criminalise War Exhibition and Conference 2009 Cuit: Dilema Melayu Moden DAP Datuk Ibrahim Ali Datuk Mukhriz Datuk Mukhriz Mahathir DEB deklarasi rakyat Demi Negara Demonstrasi DERHAKA diesel Din Turtle DNA babi Dokumen Langkah kajang Dong Zong Double Standard Prosedure Dr Abdul Rani Kamarudin Dr Chandra Muzaffar Dr Khir Dr Novandri Dr Ridhuan Tee Abdullah Dr Sidek Baba Dr Yusri Mohamad Dr Zambry Kadir Dr Zuhdi Dr. M DS Anwar DS Anwar Ibrahim DS Najib DUN DUN Perak Durian Runtuh Dyana Sofya DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah DYMM Sultan Azlan Shah Dyna Sofya DYTM Raja Dr Nazrin Shah Ekonomi Ekonomi Bumiputera ekonomi melayu Elizabeth Wong Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Selangor Erniceda Etnic Cleansing Eurocopter Evolusi Politik Melayu Fatimah Zuhri's Blog Fatwa Anti Tomboy FELDA FGV fitnah Fitnah Undi Pos Flip-flop Forum Peluk Islam Foto gabungan UMNO dan PAS. gaza Gerakan Razak Gobalakrishnan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera Hak Membeli Hak Mengundi Hansard Parlimen Harakah haram harga minyak naik Hari Kemerdekaan hina Hina Fatwa Hina Islam Hina Raja Melayu Hindraf Hipokrit Hishammuddin Tun Hussein Hishamuddin Hj Hadi Awang Hj Naser Disa Hormati murtad hudud Hudud dan Qisas Husam Musa i want to tocuh a dog i want to touch a dog Ideotique IFC india Institusi Raja Islam Islam Agama Persekutuan Islam Agama Rasmi Persekutuan Ismail Mina Ahmad israel Isu CAR Isu Kalimah Allah Isu Ketidakseimbangan Kaum isu lahad datu Isu Menteri Besar Isu Moral Isu Roboh Kuil Isu Scorpene Isu Tanah Kolej Taiping Isu Tanah Perak Jabatan Pendaftaran Negara JAIS JAKIM Jambatan Bengkok Jeff Ooi Jenayah Jom Bantu Jumlah pengundi muda Jurugambar Utusan KAFA Kaki Pembelit kalimah Allah Kamarudin Jaafar KAR1SMA Karpal Singh Kaum Cina Kaum Melayu Kebaikan Kebal Kebebasan Bersuara Kedah Kedai Rakyat 1 Malaysia keistimewaan Melayu Kekejaman Israel ke atas umat Islam kelvin yip Kempen Satu Sekolah Untuk Semua kerajaan islam Keranda 152 Kes Datuk Nasaruddin Hashim (UMNO ke PKR) Kes Liwat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Ketuanan DAP Ketuanan Melayu Ketuanan Pakatan Rakyat Ketum Khalid Ibrahim Kiasu KijangMas Kiki KKM Kongres Ekonomi Islam Ketiga Kontrak Sosial kronisma kuala kangsar Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War Kuota Pemilikan 30 % Kuota Pemilikan Rumah 50 % Ladang Babi Lateefa Koya LBGT Lee Kuan Yew lembah klang Lembah Pantai Leong Ngah Ngah LGBT Liberalisasi? Lidah 'tidak rasmi' Pakatan Rakyat = Malaysiakini Lim Guan Eng Lim Kit Siang Lina Joy Logo Halal logo halal JAKIM Lompat Parti Low Siew Moi lowyat M Manoharan M-UPRo Mah Siew Keong Mahkamah Syariah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Muafakat Melayu Majlis Peguam Malay Mail Cyberspot Malaysia malaysia bukan negara sekular Malaysian Airline System Malaysian Malaysia Mangkat Mangkuk Ayun Azmi Shahrom Manifesto bukan janji Marah-Marah Sayang MAS Masjid Besi Putrajaya MB Kedah MB selangor MCA media sosial melayu Melayu Pulau Pinang Melayu Singapura Membina Negara mencari simcard Altel Menteri besar Selangor merdeka riview Meroyan MH17 MH370 MO1 Monopoli Ekonomi Muhammad Firdaus Dullah Muhyiddin Murtad Muslim UPRo Mustafa Ali Musuh islam Musuh Melayu Musuh Negara Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 MyKad Najib Najib Tun Razak Nasrudin Hassan negara islam negara sekular Negarawan Ulung Nga kor ming Ngeh Koo Ham Nik Aziz Nilai Nizar Nizar Boneka DAP Nurul Izzah Obama octoberfest octoberfest2014 OKU OKU dikurung OKU terbiar Omar Ong One utama Open Letter by Matthias Chang PAC Pahang Darul Makmur Pakatan Pakatan Haram Pakatan Rakyat Pakatan Rakyat Perak Pakatan Rakyat. pertusan undi cina Palestin Paneh Miang PAP Parlimen Parti baru Tun M Parti tunggal PAS Pas selangor Pas Terengganu PAS youth Pasca PRU-13 PAU Ke-59 Peguam Negara Pelacuran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 PEMBELA Pembohong Pembubaran parlimen Pemuda UMNO Pemuda UMNO Bahagaian Segambut Pemuda UMNO Pahang Penamaan Calon Pencemaran Pencerobohan Tanah Kerajaan Peneroka Pengganas Komunis Pengkhianat pengkhianat negara Pengundi Atas Pagar Penyata Razak 1956 Perak Perbandingan Perdana Menteri Malaysia Ke-6 perkara 11 Perkara 11 Perlembagaan Perkara 12 perkara 121 Perkara 152 Perkara 153 perkara 3 Perkara 3 Perlembagaan PERKASA perkauman Perkhidmatan Awam Pulau Pinang perkongsian kuasa. Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Perpaduan Perpaduan Melayu/Islam Persekutuan Tanah Melayu pesawat MAS terhempas pesta arak pesta arak terbuka Petisyen petrol Petronas Pilihanraya Masjid PKM PKNS PKPIM PKR Polarisasi Kaum Politik Perak Portal Kempen SSS PPSMI PR PRK Bagan Pinang PRK Bukit Gantang PRK Galas PRK Kuala Terengganu PRK Teluk Intan PRN pro-pembangkang produk cina produk melayu Prof Dr Aziz Bari Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim Prof. P Ramasamy propaganda PRU 14 PRU12 PRU13 Puasa Ramadhan Pulau Pinang Puppet Master Putera Sultan Selangor Putrajaya Qarinah Qazaf Rabindranath Tagore racist Raja Nong Chick Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia? Rasuah Razak Baginda RBA Reaksi pemimpin politik Reflections: Melayu Lama Ronnie Liu Rukun Negara Rusia Rusia Border Rusuhan Saham FGV Saiful Bukhari Azlan Sakmongkol AK47 Salah Guna Kuasa SAR Sastera Satira Satu Malaysia Sekolah Agama Sekolah Kebangsaan Sekolah Satu Aliran Sekolah Vernakular Seks sekular Selangor Sepitman Begins sesat Shafie Apdal shah alam Sidek Baba Sistem Pendidikan Kebangsaan skandal kewangan Skuad Banjir Pemuda sokongan masyarakat kepada MAS Solat Hajat SPR SRJK Persendirian steering lock SUARAM subsidi Sultan Perak Sultan Selangor Sumpah Laknat Sun Tzu'z Art of War sungai besar surah al kafirun Syed Azmi Alhabshi syiah Tan Sri Isa Samad Tan Sri Khalid Ibrahim Tan Sri Muhyiddin Tanah Kebun Peneroka Techno Crap Teluk Intan tembak Tender Tanah tender terbuka Tengku Adnan Teresa Kok terhempas The Economist The Unspinners The War Crimes Commission and Tribunal 2009 Titah DYMM Sultan Selangor Titah DYTM Raja Muda Perak di Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga Toyota Camry 2.4 Perak Truth for Teoh Beng Hock Tsunami Cina Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Tulisan Jawi Tun Dr. Mahathir Mohamad Tun M tuntutan Ukraine UMNO UMNO Seremban Uncle sim Undang-undang antilompat parti wakil rakyat Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Undi cina undi hantu Usahawan Bumiputera Pahang Ustaz Kazim Elias Utusan Malaysia V. Sivakumar video WADAH wall street journal Wan Azizah Wasiat Raja-Raja Melayu Wong Siew Teng aka Agnes Wong Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur Yusuf Qardhawi Zahid Hamidi Zahrain Zaini Hassan Zulkifli Noordin