23 Mac, 2009

Pembangkang hina Sultan, Mufti

-
Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
utusanperak@utusan.com.my

TAIPING 22 Mac - Pakatan pembangkang diminta berhenti menghasut rakyat membenci Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria menjelang pilihan raya kecil Bukit Gantang pada 7 April ini.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Husin berkata, pada masa ini, banyak risalah serta kain rentang menghina Sultan dan Mufti Perak dipasang di sekitar kawasan ini.

Tegasnya, pakatan pembangkang sepatutnya berkempen secara budiman dan bukannya menggunakan taktik kotor seperti itu.

''Nasihat saya kepada pembangkang, hentikanlah kerja-kerja berunsur jahat ini kerana ia tidak memberi keuntungan malah merendahkan lagi martabat Islam dan bangsa Melayu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, selain Sultan dan Mufti Perak, terdapat kain rentang yang menghina Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn; Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Kapt. (B) Mohd. Osman Jailu.

Menurut Rosli, pihaknya telah membuat laporan polis ekoran pengedaran risalah dan pemasangan kain rentang yang menghina Sultan dan Mufti Perak.

Sementara itu, ditanya dakwaan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Asmuni Awi bahawa perbuatan menghina Sultan dan Mufti itu dilakukan oleh BN, Rosli menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu.

Tegasnya, Pas sudah tidak ada idea sehingga terpaksa menuduh BN melakukan perbuatan tersebut sedangkan selama ini BN terbukti tidak pernah menggunakan taktik kotor seumpama itu.

''Mereka yang biasa buat kerja macam ini, dulu cakap Pas itu Islam dan Islam itu Pas dan siapa undi Pas masuk syurga.

''Saya percaya ini kerja Pas sendiri. Orang berak tepi jalan mana hendak mengaku,'' katanya.

Beliau berkata, BN tidak takut dengan laporan polis yang dibuat oleh Pas kerana tidak bersalah.

Sumber: Utusan Malaysia, 23 Mac 2009.
+

3 ulasan:

  1. Biasalah Sdr Kembara Politik. Mana pernah minyak wangi mengalir dari longkag.

    Lubuk hati mereka (PR) ini ialah longkang jijik. Perut mereka jamban dedah. Mempulur darah mereka ialah ular mura.

    Jadi yang keluar dari mulut mereka pastilah lanar kumbahan, lahar najis memdidih dan racun berbisa.

    Semua makhluk hanya boleh beri apa yang dia ada. PR hanya mempunyai sampah, sumpah seranah, carut, caci maki dan .... ., maka logiklah benda ni semua yang mereka boleh sumbangkan kepada masyarakat.

    Wallahua'lam.

    BalasPadam
  2. PAS dah mula ketakutan dengan tindakan sendiri.

    BUKIT GANTANG : Satu laporan polis mengenai risalah berunsur fitnah dan provokasi yang dicetak dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab di sekitar Parlimen Bukit Gantang telah dibuat oleh ADUN Titi Serong telah dibuat di Balai Polis Changkat Jering sekitar jam 5.15 petang tadi.

    http://alhusseyn51.blogspot.com/2009/03/umno-mula-main-kotor-di-bukit-gantang.html

    Pandailah PAS nak tuding jari pada UMNO. Perkara ni memang dah dijangka. Ada eloknya kalau PAS buat laporan polis juga pada blogger2 berikut:

    http://www.ibnuhasyim.com/2009/02/sultan-perak-murtad.html

    (Blogger PAS Fitnah Sultan Perak murtad)

    Pemimpin PKR arahkan pengikut masuk ke blog Sultan Perak untuk bagi komen pada Sultan, akhirnya semua penyokong PR menghina dan memaki Sultan

    http://fuziahsalleh2.wordpress.com/2009/02/06/sampaikan-mesej-anda-kepada-sultan-perak/
    (Fuziah Salleh arahkan penyokong serang blog Sultan Perak)

    Blogger Hindraf yang dipuja PAS ni duduk hina Sultan Perak cakap Sultan anjing tak nak ke PAS buat laporan polis?

    http://arifomar.blogspot.com/2009/02/blogger-hindraf-dakwa-sultan-perak.html
    (dah delete sebab kecut telur)

    Samalah macam PAS yang bila dah terperangkap cakap UMNO yang buat. Padahal kat dalam blog & TKO bersepah yang kutuk & maki Sultan & Mufti. Pergi je dalam TKO dan blog PAS..bersepah yang maki hamun...

    PAS dah mula ketakutan...

    Ini bukti Pakatan Rakyat mmg kurang ajar terhadap Sultan & Mufti.

    http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=2723
    (baca artikel & komen keji penyokong PR)

    http://tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=2176
    (baca sekali semua komen makian penyokong PR)

    Dah terlalu banyak PR ni membuat kacau bilau..tapi tak mengaku dia yang buat. Semua nak dituduh pada UMNO.

    BalasPadam
  3. Dal,

    Melihat reaksi PR dalam menafikan perkara yang memang mereka ini buat memualkan saya.

    -----------

    Tanpa Nama,

    Terima kasih atas info yang amat berguna.

    BalasPadam

Pemilik blog tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda berikan. Adalah dinasihatkan setiap komen dibuat mengikut lunas undang-undang. Terima kasih.