-
KUALA LUMPUR 6 April - Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia hari ini memutuskan tindakan orang bukan Islam yang membaca ayat-ayat suci al-Quran bagi tujuan kempen politik merupakan cubaan mempersendakan kesucian dan keagungan kitab suci itu.
Pada masa yang sama, semua umat Islam terutama ahli-ahli politik juga dinasihatkan supaya tidak menyalahgunakan kitab suci al-Quran semata-mata demi kepentingan politik.
''Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia hari ini berpandangan, tindakan mana-mana orang bukan Islam membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk tujuan kempen politik adalah cubaan mempersenda kesucian dan keagungan al-Quran,'' katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia Kali Ke-4 yang membincangkan isu ahli politik bukan Islam membaca ayat al-Quran semasa kempen pilihan raya.
Persidangan itu diadakan ekoran tercetus isu penggunaan ayat al-Quran oleh Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming dalam satu ceramahnya ketika berkempen sempena Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Perak malam semalam.
Ia bertujuan meraih sokongan orang Melayu dan difahamkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis dan Ahli Parlimen Taiping itu mempersendakan ayat-ayat suci al-Quran telah banyak kali dilakukan dalam sesi ceramahnya sebelum ini.
Dalam pada itu, kenyataan tersebut memberitahu, al-Quran merupakan mukjizat terbesar diturunkan oleh Allah sebagai wahyu kepada seluruh umat manusia.
Menurut kenyataan itu lagi, melalui al-Quran manusia perlu mengambil manfaat dan hidayah daripadanya.
''Oleh itu sejajar dengan keunggulannya, ia mestilah dibaca dengan tujuan dan niat yang betul. Di dalam Islam setiap bacaannya merupakan satu ibadah," tambah kenyataan itu lagi.
Sumber: Utusan Malaysia, 7 April 2009
+
Tak pernah terdengar pulak, orang bukan Islam dilarang membaca alquran,
BalasPadampelik...pelik.....
Mufti pun berkempen utk BN ?
Heh heh heh. Kembara Politik ini sudah saperti orang Islam dalam PR bersembahyang berimamkan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming. Kalau dia Islam, tak apa.
BalasPadam---------------
Perbuatan menyatakan sesuatu dengan bersandarkan Qur-an (Kalam Allah) adalah mendirikan persaksian dengan endorsement Allah s.w.t. – maksudnya, mengaku Allah Menyaksikan perbuatannya itu – dan Allah menyaksikan niat serta peruatan yang diniatkan, iaitu zahir dan batinnya.
Contoh. Seseorang menyembelih ayam dengan berkata, “ (Bershadah… lalu niat) Dengan Nama Allah, aku menyembelih kerana Allah.” – maksud – dia menyembelih dengan persaksian Allah kerana Allah. Apabila cukup syarat penyembelihan, sah sembelihannya. Halal daging sembelihan.
Salah satu syarat ialah si penyembelih mengaku Allah itu tuhannya (beriman). Apa kata jika sipenyembelih tidak mengaku Allah itu tuhannya (tidak beriman - kafir)?
Perbuatannya batal. Pengakuannya bohong. Niatnya palsu (bukan kerana Allah). Sembelihannya haram dimakan.
Demikianlah perbuatan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.
Orang Islam yang menyetujui (mengiakan selepas perbuatan salah dilakukan) perbuatannya, umpama memakan sembelihan si kafir.
Orang Islam yang merestui (membenarkan sebelum perbuatan salah dilakukan) perbuatannya, umpama penternak membekal ayam sembelihan si kafir.
Adakah Nga Kor Ming beriman kepada Kitabullah yang diquotenya?
Adakah Nga Kor Ming berniat kerana Allah dengan menggunakan ayat Qur-an itu?
Mudah-mudahan, apabila dia menyerang Allah sedemikian, Allah akan Kalahkan dia dan mereka-mereka yang serupa dia dengan menundukkan mereka ka dalam Islam.
Tanpa Nama Selasa, April 07, 2009 9:10:00 AM
BalasPadamBukan sebab kafir tak boleh baca Quran. Tapi lebih kepada kafir perguna Quran untuk kepentingan politik. Adakah kafir ini benar2 ikhlas menggunakan potongan ayat Quran tersebut semata-mata kerana mengaku akan keEsaan Allah? Sebab yang jelas kita nampak ialah: UNDI!
Tuan Dal,
BalasPadamBenar seperti dikata Tuan. 100%!
Salam Kembara dan Pakcik Dal.
BalasPadamIni sudah melampau. Ahli politik DAP itu mempergunakan ayat Al Quran kerana sudah di "coachkan" oleh PAS. Kalau tidak masakkan dia boleh "quote" ayat ayat Quran kan? Jadi saya rasa PAS adalah dalangnya...apa nak jadi dengan PAS ye? Ada ada saja ....Kitab suci digunakan untuk politik ...
Zazaland,
BalasPadamSusah kalau dah perkara ini dipanjang-panjangkan. Kadang kala rasa macam kita terlalu mengongkong agama lain menggunakan ayat2 al-Quran, tetapi bagi saya menggunakan ayat al-Quran demi meraih undi politik adalah sesuatu yang jijik. Apa yang Pakcik Dal ulas di atas sudah cukup jelas.
Apa nak buat ye, mereka dah desperate .....ayat Quran dipergunakan untuk politik......macam tak ada modal lain.....hanya kerana nak kuasa...
BalasPadam