10 April, 2009

Sun Tzu's Art of War

-
Sun Tzu's Art of War - Strategi DAP yang dihurai secara langkah demi langkah untuk menundukkan Melayu UMNO. Sesuai dibaca sebagai peringatan dan persediaan. Sila baca di blog sahabat blogger kita Tam Dalyell, di SINI.

P/S: Wah! Seronok betul berblogging ni. Kalau rasa malas nak karang artikel yang menjela-jela, kita link saja mana-mana artikel yang sesuai untuk dikongsi pembaca. Hehe. Jangan marah ye Pakcik Dal.
+

8 ulasan:

  1. Salam Saudara Kembara Politik,

    Rencana terbaru Saudara Dal memang sesuai dan tepat pada masanya. Sesuai dengan perkembangan politik terkini.

    Harap sungguh ramai akan memahami kedudukan kita sekarang yang sangat terancam. Sayang sekali yang mempromosikan Dap itu sendiri dari golongan orang-orang bangsa kita juga.

    Hanya kerana impian untuk berkuasa habis bangsa digadaikan.

    I hope they will realize it soon or all is lost and our way of life will never be the same again.

    BalasPadam
  2. Kembara Politik;

    Pakcik ingin sangat nak dapat share dengan semua orang apa yang pakcik terjumpa di mana-mana.

    Cuma pakcik tak tau macamana nak linkkan pembaca ka sumber maklumat seperti Kembara Politik dan semua orang buat. Pakcik point sahaja pada "di SINI" -- klik -- terus sampai ka destinasi.

    Macamana nak buat hingga boleh begitu? Boleh ajar Pakcik. Pakcik upah 1/2 satey kongsi dengan Auntie Zaza .. asal jangan kata Sanap lembap sudah. Heh heh.

    BalasPadam
  3. Salam Tuan Melayu Lama,

    Posting kali ini lebih berunsur satira. Tapi banyak perkara yang boleh dijadikan panduan & sempadan. Tapi itulah, pemimpin kita banyak yang masih tak sedar dan berbuat perangai yang rakyat tak suka. Macam posting Tuan...tak sempat sampai 24 jam diingat oleh DSN, dah ada Pak Menteri yang dah tunjuk benda yang tak baik pada rakyat. Benda ini yang kena ubah sebenarnya. Tak hilang bisa ular yang menyusur bawah akar bak kata Pakcik Dal. Hidup pemimpin ni 24jam sebenarnya berkempen sebab masyarakat tengok pemimpin 24 jam. Kalau dah tunjuk perangai buruk maknanya dia berkempen nak kalah la tu. Harap PM Najib tekankan perkara ni.

    BalasPadam
  4. Pakcik Dal,
    Boleh. Masa compose artikel tu ada tool bar di bahagian atas yang macam bumi warna hijau diatasnya gambar rantai. Betul2 bersebelahan Text Colour (T huruf besar dengan kotak berwarna).

    Langkah yang perlu dibuat seperti berikut:

    1. Highlight perkataan SINI atau apa2 perkataan yang ingin dilink kepada URL tertentu.

    2. Tekan button Link (gambar bumi tu).

    3. Akan keluar URL. Masukkan URL page yang kita nak link tersebut.

    4. Contohnya saya nak link artikel Sanap yang Pakcik Dal tulis, so saya akan masukkan URL berikut:

    http://tamdalyell.blogspot.com/2009/04/siapa-kata-sanap-lembab.html

    Itu saja kot. Tapi saya baru juga belajar berblog ni. 16 September 2008. Remember Anwar Ibrahim's Sept 16?

    P/S: Minta 1/2 cucuk lagi satay...

    BalasPadam
  5. Salam Tuan Melayu Lama,

    Sesuai betul.

    Ada yang tengah2 malam mencuri makan ubi dalam diam-diam je.

    Ada yang cuma dapat makan pucuk..ada yang tinggal batang sahaja...buat benih di musim akan datang...

    BalasPadam
  6. Terima kasih Kembara Politik.

    Mulai sekarang saya kena panggil cikgu kepada Cikgu Kembara Politik kerana walaupun sekelumit seseorang itu belajar, dia mesti belajar dari En Guru (Cikgu)

    Untuk Cikgu Kembara Politik, tak usahkan 1/2 cucuk satey, satu peha rusa pun saya usahakan. Heh heh.

    BalasPadam
  7. Sama-sama Tuan Dal.
    Saya yang banyak belajar dari Tuan Dal.
    Hehe, merasa juga daging rusa (sambil KP jeling kat Auntie Zaza).

    BalasPadam
  8. Kelakar betul lah.

    Makan daging rusa pun nak jeling jeling orang....Eh, hati hati itu bukan rusa "kijangmas" ..sudahlah hahaha

    salam all.

    BalasPadam

Pemilik blog tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda berikan. Adalah dinasihatkan setiap komen dibuat mengikut lunas undang-undang. Terima kasih.