20 Ogos, 2009

Senario Ketuanan Rakyat di Selangor: Keputusan Berpilih Khalid Dalam Pelbagai Isu

-
Penulis tidak kisah pun sekiranya MB Tan Sri Khalid Ibrahim benar-benar memperjuangkan nasib rakyat dengan membenarkan pembinaan kuil di Selangor. "Bertimbang rasalah", ujar MB Khalid. Diakui bahawa, minoriti rakyat pun mempunyai hak untuk mengamalkan agama mereka dan beribadat secara aman dan tenteram, dengan penuh rasa harmoni dan hormat-menghormati.

Walau bagaimanapun, Khalid perlu juga mengambil kira sensitiviti majoriti penduduk setempat iaitu penduduk yang dikatakan membantah tindakan kerajaan PR Selangor meluluskan tapak pembinaan kuil tersebut yang dikatakan akan dibina di kawasan yang berpenduduk majoritinya orang Melayu.

Khalid sepatutnya lebih mendengar pandangan penduduk sebelum sesuatu tindakan diputuskan. Barulah selari dengan konsep Ketuanan Rakyat yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat Selangor. Tapi, nampaknya Khalid tidak pun mengendahkan kehendak rakyat terbanyak dengan bertindak membelakangkan segala rayuan yang dibuat.

Khalid perlu bijak menyelesaikan masalah dengan mengambil kira pandangan semua sudut agar tidak dilihat mengamalkan sikap pilih kasih dalam membuat sebarang keputuan penting. Keputusan yang diambil seharusnya mencerminkan konsep Ketuanan Rakyat yang dicanang yang mana rakyat perlu diletakkan sebagai penentu sebarang keputusan sesuatu perkara.

Dalam isu ini, nampaknya Khalid sekali lagi mengambil keputusan yang sama seperti isu-isu sebelumnya. Sentiasa meminggirkan nasib orang Melayu disebabkan terlalu menjaga hati pemimpin bukan Melayu dari DAP dan PKR yang merupakan kunci dan tulang belakang kepada kerajaan PR Selangor.

Masih ingatkah rakyat akan tindakan MPAJ menjalankan tanggung jawab merobohkan kuil yang dibina secara haram di hutan simpan Ampang? Betapa kalutnya para pemimpin Melayu Pakatan Rakyat menjawab segala lentingan dan desakan pemimpin bukan Melayu dari Pakatan Rakyat. Penyudahnya, seorang pegawai yang dedikasi menjalankan tanggung jawab seperti yang digaris oleh Pekeliling pula digantung kerja.

Dan tindakan (gantung kerja) yang diambil tersebut diputuskan oleh 3 orang pemimpin bukan Melayu iaitu YB Ronnie Liu, YB Teresa Kok dan YB Dr Xavier Jayaratnam (3 Stooges). Dimanakah Khalid ketika itu? Mengapa beliau membisu walhal dalam isu tapak kuil Shah Alam pandai pula Khalid berbicara tentang "timbang rasalah"?.

Suara kesal pemimpin Melayu seperti YB Iskandar Abdul Samad - Pas (ADUN Chempaka) berhubung isu ini tidak pun didengar dan diambil peduli. YB Iskandar tidak bersetuju dengan tindakan 3 Stooges ini. Tetapi sebagai MB, Khalid bagaikan bisu dalam isu ini. Tiada perkataan "timbang rasalah" terpacul dari mulut seorang MB.

Yang peliknya, ramai pula pemimpin bukan Melayu dari PR yang membantah tindakan ini dengan mengugut untuk keluar dari PKR Selangor. Masing-masing menunjukkan kejaguhan dalam menjuarai isu ini. Puaslah pemimpin PR Melayu seperti YB Zuraida dari PKR (MP Ampang) memberi alasan ubah suai (renovate) kuil. Dan langkah selamat, Khalid senyap, mulut dikunci dan digam kemas.

Khalid juga telah dibisukan oleh pemimpin bukan Melayu di Selangor apabila melibatkan isu aktiviti masjid di Puchong suatu ketika dahulu. Tindakan penduduk bukan Melayu membantah aktiviti masjid yang dikatakan agak nyaring dengan menghantar petisyen yang diserahkan salinan kepada pejabat Teresa Kok. Dimanakah Khalid ketika itu? Tidakkah Khalid mempunyai tanggung jawab menjaga keharmonian kaum dengan menasihati Teresa dan penduduk yang membantah agar bertimbang rasa? Mana perkataan "timbang rasalah" Khalid ketika itu?

Dimanakah Khalid apabila isu meroboh dan memusnahkan tanaman kontan yang melibatkan penduduk di Kuala Selangor? Apa bezanya penduduk menceroboh tanah kerajaan, yang satunya membina kuil dan lagi satu menanam pokok-pokok tanaman? Kenapa perlu ada 2 set reaksi dan tindakan yang berbeza oleh pemimpin PR Selangor? Dalam isu ini, Khalid lebih suka diam membisu. Tiada perkataan "timbang rasalah" pun yang keluar dari mulut seorang MB yang dikatakan mempunyai kuasa penentu.

Mungkin benarlah seperti yang dikata oleh rakyat Selangor. MB sebenar bukanlah Khalid, tetapi orang lain yang lebih berkuasa memberikan kata putus dalam pelbagai isu (isu penjualan arak, rumah urut, perjudian, cyber cafe, samseng/kongsi gelap dan lainnya).
+

2 ulasan:

  1. Sdr KP,

    Saya setuju dengan pendapat, "MB sebenar bukanlah Khalid, tetapi orang lain yang lebih berkuasa memberikan kata putus dalam pelbagai isu (isu penjualan arak, rumah urut, perjudian, cyber cafe, samseng/kongsi gelap dan lainnya)."

    Saya khuatir MB ini terlalu banyak masaelah hingga tidak dapat membuat keputusan yang bijaksana atau menengkis usaha2 pihak lain mempromosi kepentingan2 meraka. Dia di tuntut bank hutang sebanyak RM 67 juta, ADUN dan MP parti nya sendiri mendakwa Exco DAP berkaitan dengan "UNderworld", melayani gengster dsb. nya di Ibupejabat Kerajaan nya sendiri. Bos nya Pak Sheikh pula satu macam orang nya, kes liwat menunggu, ketua benteng peguam nya tarik diri dengan cara yang membayangkan pendirian bos yang tidak betul.

    Kalau orang biasa memang sudah bingong. Tak tahu lah MB ini. Tapi dia pun bukan muda orang nya, lingkungan 70 tahun rasa nya.
    Memang Tun Dr Mahathir pun sudah lewat umur nya tapi pemikiran nya masih tajam, munkin tak begitu banyak masaelah besar.

    DAP saperti Ngeh di Perak memang nampak mengheret DS Nizar dari parti PAS ke haluan yang di kehendakki nya. Mereka orang2 DAP memang sudah jadi tabi'at nya menggesa, menonjol dan memulas tangan pihak lain supaya membuat keputusan selari dengan kehendak mereka. Sekarang rasuah ahli2 Exco nya di siasat. Bertelingkah PAS dengan DAP fasal jual arak, lesen rumah urut dan sebagai nya. Sudah tentu ada keadaan "unesay peace" (tidak tenteram) di antara mereka.

    Dahulu rakyat bosan sangat dengan Pak Lah sehingga beri undi kapada mereka. Buka kerana sayakan mereka. Sekarang rakyat sudah sedar. BN pulak sudah gobarkan mahu ambil balik Selangor. Banyak yang berpendapat Selangor akan balik ke pangkuan BN di PRU13. Mesti pening kepala MB PR sekarang itu.

    Dot.

    BalasPadam
  2. Terlalu banyak yang diberi dan siapa pula yang akan gigit jari ... rakyat Selangor juga.

    Sejarah tidak pernah menipu tapi kita tidak pernah belajar darinya.

    Selangor yang dulu mungkin telah menjadi sejarah juga.

    BalasPadam

Pemilik blog tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda berikan. Adalah dinasihatkan setiap komen dibuat mengikut lunas undang-undang. Terima kasih.