10 Oktober, 2009

PRK Bagan Pinang: Insya-Allah, BN mampu menang

-
Lagi 20 minit, kempen PRK Bagan Pinang bakal berakhir.

Ada cakap-cakap menyatakan BN mempunyai kelebihan untuk memenangi PRK Bagan Pinang ini. Undi Pos yang berpihak kepada BN dijangka pada sekitar 70%-85% atas sebab tindakan Pas yang awal-awal lagi merendah-rendahkan perjuangan para perajurit.

Berdasarkan kajian sikap BN dijangka mampu meraih sekitar 60%-70% undi. Pemerhatian yang jelas ialah undi Melayu akan dijangka meningkat seperti mana PRK Bukit Gantang iaitu sekitar 60%-70%.

Cuma penulis agak risau dengan sokongan bukan Melayu. Bimbang kalau-kalau sokongan bukan Melayu adalah seperti di Bukit Gantang. Walaupun BN sudah mendapat lebih 63% undi Melayu tetapi BN hanya mampu memperolehi tidak lebih 15% undi bukan Melayu.

Adalah diharapkan kempen dan penerangan yang dilaksanakan mampu meningkatkan kesedaran rakyat dan kembali memilih BN. Apa pun keputusan akhir adalah di tangan pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka esok pagi.

Sama-sama kita berdoa agar BN dapat beroleh kemenangan di PRK Bagan Pinang. Penulis menjangkakan kemenangan berpihak kepada BN. 60%-40%. Insya-Allah, Amin Ya Rabbal Alamin.
+

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilik blog tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda berikan. Adalah dinasihatkan setiap komen dibuat mengikut lunas undang-undang. Terima kasih.