06 Oktober, 2009

PRK Bagan Pinang: Siapa sebenarnya Brig Jen (B) Dato' Zakaria Hj Dahlan?

-
Haprakkah Daily pada 5 Oktober 2009 telah menerbitkan sebuah berita propaganda kempen @ fitnah sempena PRK Bagan Pinang yang semakin hampir.

Tajuk fitnah tersebut ialah "Undi Pos diguna menangkan BN sejak PRU Pertama 1959".

Pas mengambil dakwaan seorang bekas pegawai tentera iaitu Brigadier Jeneral (B) Dato' Zakaria Bin Hj Dahlan yang membuat fitnah bahawa undi pos dimanipulas untuk kemenangan BN sejak 1959 lagi.

Tertanya-tanya di hati penulis siapakah bekas pegawai tentera ini? Siapakah dia yang boleh menabur fitnah ketika Pas tidak mempunyai isu yang besar untuk dimainkan di Bagan Pinang?

Tapi penulis tak terima bulat-bulat fitnah yang dilempar. Penulis siasat dahulu. Nak juga tahu siapa dia orang yang buat fitnah tu.

Google punya google jumpalah sedikit sebanyak gerangan empunya badan. La... patutlah dia boleh buat fitnah. Orang kuat Pas rupanya.

Calon Pas masa PRU12 dulu! Kes terdesak lah ni!

CALON DEWAN UNDANGAN NEGERI - N 26 CHEMBONG PRU12

Nama: Brig Jen (B) Dato’ Zakaria Hj Dahlan
Tarikh Lahir: 15 Disember 1932
Tempat Tinggal : Jalan Gamelan 11/2E, Shah Alam, Selangor

Dato' Jen ni dahulu rupanya calon Pas bagi DUN Chembong di Negeri Sembilan. Semasa PRU12 dulu. Tetapi kalah bertanding.

Dengar khabar juga, dia antara calon yang disenaraikan untuk bertanding di Bagan Pinang tapi dicantas oleh Zulkefly. Patutlah!

Terdesak sangat dah Pas ni! Sanggup guna orang sendiri untuk tabur fitnah!
+

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilik blog tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda berikan. Adalah dinasihatkan setiap komen dibuat mengikut lunas undang-undang. Terima kasih.