-
Sebuah artikel yang penulis rasa menarik oleh blog Hidup Tuah!
Benar Hidup Tuah! Spesis ULTRA KIASU ini mesti belajar 'memberi' dan bukannya sentiasa meminta-minta! Rakyat sudah muak dengan perangai busuk ULTRA KIASU ini. Benar! Jika diteliti, Perlembagaan hanya melindungi penggunaan dan pembelajaran bahasa ibunda dan bahasa-bahasa lain dalam hal selain maksud rasmi, tetapi tidak melindungi sistem pendidikan vernakular.
Penulis secara peribadi berpendapat, penggunaan istilah 'memberi' kurang tepat kerana ianya bukan 'memberi' tetapi lebih kepada meletakkan kembali sesuatu ke tempat yang sepatutnya mengikut lunas Perlembagaan.
Pemimpin politik ULTRA KIASU seperti Lim Kit Siang sering menggunakan gertakan kononnya dengan memperjuangkan sistem sekolah 1 aliran ianya sesuatu yang dilabel menghasut dengan mengambil contoh kes Mark Koding yang dikenakan tindakan undang-undang suatu masa dahulu. Pada zaman ini, orang Melayu dan Bumiputra bukannya sekolah setakat darjah 5. Semuanya sudah terpelajar.
Tapi kalau kita perhatikan, hak Bumiputra pandai pula puak-puak celaka ULTRA KIASU ini minta dan gesa hapus. Mereka ini jenis yang tidak pernah puas. Dasar ULTRA KIASU memang begitu! Bak pepatah Melayu: Diberi Betis, Idamkan Peha! Diberi Peha mahukan semua! Berhentilah bersikap sebegini wahai si ultra kiasu!
Rakyat yang kurang pendedahan, pengetahuan dan kajian tentang kes tersebut sudah tentu akan beranggapan kenyataan yang dikeluarkan oleh Lim Kit Siang tersebut adalah sebagai sesuatu yang betul tanpa mahu mengkaji apakah sebenarnya yang menyebabkan Mark Koding didapati bersalah.
Realitinya, tidak ada sesuatu yang boleh mengaitkan gesaan diadakan sekolah satu aliran dengan dakwaan menghasut jika diteliti dengan mendalam segala hujah penghakiman dalam kes Mark Koding. Baca lanjut tentang artikel menarik berkenaan hujah penghakiman kes Mark Koding dan isu sekolah satu aliran di blog Pure Shiite.
Kepada semua orang Melayu dan Bumiputra pula, berhentilah daripada bersikap apologis dan mudah cair tidak tentu hala. Realitinya, kita sahaja yang selalu bertoleransi, beralah, bertolak ansur, tetapi si ULTRA KIASU pula semakin hari semakin menolak kita ke tebing tinggi beransur-ansur.
+
Sdr Kembara Politik,
BalasPadamSaya bimbang apabila membaca petikan berikut yang dipetik dari blog Hidup Tuah yang Saudara pautkan di dalam artikel Saudara:-
"Oleh kerana ibu Marina adalah seorang berketurunan Cina, Puan Wong Pick Sing, maka, berdasarakan Artikel 161A (6) (a) & (7) itu, tepatlah dia bukanlah seorang Bumiputera Sarawak.
Walau bagaimanapun, dilaporkan Kabinet, in its wisdom, telah membuat keputusan bahawa seseorang pelajar itu akan diiktiraf sebagai Bumiputera walaupun hanya salah seorang ibu bapa mereka dikategorikan sebagai Bumiputera.
Keputusan tersebut menjadikan definisi Bumiputera selaras di seluruh negara. Ia merupakan satu mercu tanda dari aspek Perlembagaan negara."
Apa akan jadi dengan negara ini apabila pemimpin-pemimpin membuat sesuatu keputusan tanpa berlandaskan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan? Mereka sepatutnya tahu peruntukan-peruntukan yang ada di dalam Perlembagaan sebelum mereka membuat apa-apa keputusan yang sensitif ini.
Paling jelas, pemimpin-pemimpin ini tidak meletakkan kedudukan Bahasa Kebangsaan selari dengan kehendak Perlembagaan.
Apa akan jadi dengan negara ini apabila pemimpin-pemimpin macam tidak tahu, atau sengaja tidak ambil tahu tentang Perlembagaan negara?
"Negaraku Malaysia"
Semerah Padi
sedih kerana sumbangan kaum cina dalam pembangunan negara dilupakan.
BalasPadamsetelah berusaha kuat, dapat untung perniagaan, bayar cukai, membantu dalam pembangunan negara, permintaan untuk mengekalkan sistem pendidikan vernakular dianggap tidak rasional.
sikap kiasu bukan satu kesalahan. tetapi sikap ini dibenci orang yang cemburu melihat hasil kejayaan daripada sikap kiasu ini.
apa yang telah dirampas oleh cina daripada melayu apabila cina inginkan pendidikan vernakular, khususnya pendidikan cina?
fikirkanlah