29 September, 2009

PRK Bagan Pinang: Isa Samad vs Zulkefly Omar

-
BN memilih Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon.

Isa Samad sah calon BN di Bagan Pinang

29/09/2009 5:24pm

PORT DICKSON 29 Sept. – Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad hari ini diumumkan secara rasmi sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Pengerusi BN dalam majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri BN peringkat negeri di Batu 6, Jalan Pantai dekat sini petang ini.

Mohd. Isa, 60, merupakan Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan selama 23 tahun.

Hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu ialah pada 3 Oktober ini.

Terdapat 13,664 pengundi berdaftar layak mengundi pada Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang dengan 9,060 merupakan pengundi biasa manakala 4,604 pengundi pos.

DUN Bagan Pinang mempunyai 62.7 peratus pengundi Melayu, 20.7 peratus India, 10.9 peratus Cina dan 5.5 peratus kaum lain.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Azman Mohd Nor pada 4 September lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12, Allahyarham Azman memenangi kerusi DUN itu selepas mendapat 6,430 undi mengalahkan calon Pas, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi. - Utusan

Manakala, Pas pula memilih Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar.

Pesuruhjaya Pas Negeri calon di Bagan Pinang

29/09/2009 10:48pm

PORT DICKSON 29 Sept. – Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar, 45, dipilih sebagai calon parti itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.

Zulkefly sebelum ini pernah bertanding pada pilihan raya umum lalu bagi kerusi DUN Lenggeng, tetapi tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Mustafa Salim dengan majoriti 1,285 undi.

Pengumuman calon Pas itu dibuat oleh Presiden parti berkenaan, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada pukul 10.30 malam ini di Bilik Gerakan pakatan pembangkang dekat pejabat DAP Teluk Kemang di sini.
- Utusan


Penulis berharap BN dapat mempertahankan kerusi Bagan Pinang. Kemenangan BN sangat diperlukan untuk menyuntik semangat di kalangan penyokong BN di kala kekalahan BN di semua PRK kecuali di Batang Ai. Jika BN kalah di Bagan Pinang, penulis percaya signal bakal tersungkurnya BN pada PRU13 semakin jelas.

Untuk memastikan rakyat kembali menerima BN, Najib sebagai pengemudi BN perlu sentiasa peka. Najib perlu melakukan sesuatu yang benar-benar signifikan kepada orang Melayu dan Bumiputra. Sudah ada suara-suara orang Melayu dan Bumiputra yang terguris dengan segala fokus Najib yang banyak tertumpu kepada bukan Bumiputra. Bumiputra selaku majoriti seakan dipinggir. (Mungkin Najib tidak dimaklumkan oleh para penasihatnya).

Najib tidak punya banyak masa lagi. Langkah-langkah yang perlu mesti dilaksanakan agar sokongan Bumiputra dan rakyat kembali padu terhadap BN. Lakukan apa yang sepatutnya. Pujuklah rakyat dengan cara yang adil (dengan memberi fokus kepada semua secara adil).
+

Holy crap! Omar 'Techno Crap' Ong has been appointed Director of Petronas?! What the ....!

-
Baca di Rocky's Bru.

Baca di petroringgit.

Baca juga di ABITW.

Orang tua-tua cakap orang kalau nak mati dia akan tunjuk sesuatu yang dipanggil buang tebiat...
Ambil techno crap sebagai Pengarah?! Ni mungkin BN dah buang tebiat kot...mungkin ajal dah dekat kot. Tak caya tengok PRU13 nanti...Najib Oh Najib! Kenapalah engkau tak nak ambil tahu apa yang rakyat rasa? Nasiblah....malas nak cakap panjang lebar. Apa Najib tak ada penasihat yang rasional ke?
+

17 September, 2009

14 September, 2009

Jika ISA dikatakan lapok; Maka sistem vernakular lagilah super duper lapok

-
Berikut komen yang dibuat oleh penulis di artikel bertajuk "Hot Potato/Kentang Panas" di Portal Kempen SSS:

Admin SSS,

Saya tertarik dengan artikel yang ditulis oleh Dr Riduan Tee yang bertajuk “Merdekakan Pendidikan Perkauman”. Memang benar seperti dikata oleh Dr Riduan, walau pun Malaysia sudah berusia 52 tahun merdeka tetapi kita masih lagi dijajah oleh sistem pendidikan perkauman dengan tidak mendaulatkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Tatkala, akta lapok seperti Internal Security Act (ISA) digesa dimansuh dan dikaji semula, mengapa pula rakyat tidak boleh menggesa “Pendidikan Perkauman” dikaji semula? Apakah sistem vernakular yang lebih lapok (wujud sejak zaman British membawa imigran Cina dan India ke Tanah Melayu untuk tujuan perlombongan bijih timah dan pertanian getah) dari ISA itu relevan dikala Sekolah Kebangsaan sudah pun menawarkan bahasa Cina dan Tamil sebagai subjek elektif?

Akta Pendidikan 1996 perlu dipinda semula (pindaan beberapa perenggan dan klausa) supaya selari dengan semangat Kemerdekaan Malaysia dan perlu berteraskan Perlembagaan Persekutuan yang merupakan teras segala undang-undang negara. Akta Pendidikan 1996 nampaknya seakan bersalahan dengan Perlembagaan Persekutuan (dinukil kemas dalam Perkara 152) yang secara jelas dan istimewa meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan yang mana perlu diguna pakai dalam sebarang tujuan rasmi. Dan pendidikan tergolong dalam tujuan rasmi.

Persoalannya:

***********************
Adakah lawmakers kita ada keazaman politik (political will) untuk berbuat sesuatu yang betul?

***********************

Apa pun saya akan menyokong sepenuh hati usaha murni ini. Hanya rakyat yang tebal sikap ultra kiasunya yang akan membantah usaha yang semurni ini. Sampai bila kita mahu menyimpan peninggalan lapok British yang terkenal dengan dasar “Pecah dan Perintah” ini?

Dengan izin,
http://kembarapolitik.blogspot.com/2009/06/satu-sekolah-untuk-semua-pungutan-suara.html
+

11 September, 2009

Tan Sri Abdul Gani Patail perlu letak jawatan

-
Utusan Malaysia (11 September 2009) melaporkan:

NGO Melayu bimbang

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Para pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu bimbang dengan tindakan Peguam Negara yang terlalu cepat membuat pendakwaan dalam isu kepala lembu.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan Tan Sri Abdul Gani Patail itu akan menimbulkan rasa gelisah di kalangan orang Melayu.

''Saya hairan mengapa banyak kes yang dilaporkan sebelum ini kepada pihak polis seperti isu penghinaan kedudukan Raja-Raja Melayu tidak dikenakan sebarang tindakan oleh pihak terbabit.

''Namun dalam kes isu kepala lembu, ia berbeza sama sekali yang mana Peguam Negara begitu cepat membuat pendakwaan kepada penunjuk perasaan,'' katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas ruangan pembaca Utusan Malaysia hari ini yang merasa pelik dengan pendakwaan segera Peguam Negara dan polis ke atas pihak yang kononnya telah menghina agama Hindu dengan mengusung kepala lembu ke Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor.

Malah, pembaca yang menamakan dirinya sebagai Mohd. Sharial Omar itu mempersoalkan mengapa pendakwaan tidak dilakukan kepada pihak-pihak tertentu dalam isu seperti kedudukan Raja-Raja Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu.

Ibrahim menegaskan, tindakan sebegitu boleh menyebabkan kerajaan Barisan Nasional (BN) kehilangan sokongan orang Melayu jika gagal bertindak adil dalam isu-isu yang melibatkan sensitiviti orang Melayu.

''Saya tidak mahu nanti orang Melayu fikirkan yang kerajaan sekarang sedang cuba mengambil hati orang bukan Melayu melalui cara ini dengan membelakangi mereka,'' tambahnya.

Beliau berkata, Peguam Negara sepatutnya bertindak tegas dalam kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bukannya terus tunduk kepada helah psikologi bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Sementara itu Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Bakar berkata, Peguam Negara perlu bertindak adil dalam membuat pertimbangan sebelum membuat pendakwaan.

''Apakah rasionalnya beliau mengambil tindakan segera kepada penunjuk perasaan itu, mengapa kes-kes sebelum ini masih belum dikenakan pendakwaan,'' soalnya.

Katanya, beliau mengakui apa yang dibuat oleh Peguam Negara itu adalah satu tindakan yang betul daripada segi undang-undang namun tekniknya salah.

''Abdul Gani perlu menyelesaikan kes terdahulu yang mana masih ramai orang Melayu berasa terkilan dengan tindak tanduk sesetengah ahli politik bukan Melayu yang mempersoalkan hak serta kedudukan Raja-Raja Melayu,'' jelasnya.

**********

Tan Sri Abdul Gani Patail perlu melepaskan jawatannya sebagai Peguam Negara. Laporan polis yang dibuat oleh orang Melayu ekoran tindakan kumpulan yang kurang ajar menyentuh sensitiviti orang Melayu gagal diambil sebarang tindakan lanjut oleh Peguam Negara.

Orang Melayu selama ini mengambil sikap bertolak ansur dengan hanya membuat laporan polis dengan harapan akan ada tindakan diambil ke atas kumpulan yang kurang ajar ini. Namun, sehingga kini Peguam Negara gagal membuat sebarang pendakwaan ke atas mereka.

Apa jadi dengan kes blog Pro DAP yang menghina Islam dan Raja Melayu? Apa jadi dengan kes Jeff Ooi yang yang menghina Raja Melayu? Mana tindakan 'sepantas kilat' Abdul Gani?

Sudah cukup orang Melayu bersabar (dan terkilan, tetapi dipendam atas sebab toleransi dan tidak mahu mencetuskan sebarang ketegangan)!

Abdul Gani, anda gagal! Sila letak jawatan!
+

01 September, 2009

Portal Kempen Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) Dilancar!

-
Kempen Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) nampaknya sudah mempunyai Portal tersendiri pada 31 Ogos 2009. Jemputan secara tidak rasmi diterima oleh penulis oleh pengendali portal tersebut melalui ruangan komen, di sini. Terima kasih penulis ucapkan di atas jemputan tersebut.

Portal yang dibangunkan tersebut berjaya menjawab banyak persoalan yang bermain di kotak fikiran penulis melalui FAQs yang dibuat dalam dwi bahasa (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris). Blog-blog yang mempamerkan logo SSS dan menulis berkenaan kempen SSS juga turut sama disenaraikan dalam e-Patriots in Support.

Sekalung tahniah kepada pengendali Portal SSS kerana memulakan inisiatif yang tertunda setelah 52 tahun negara mencapai kemerdekaan.

Penulis menyeru kepada semua rakyat Malaysia yang cintakan tanah air agar sama-sama mendokong usaha murni ini dengan segala daya dan upaya. Demi Negara Tercinta!

P/S: Selamat Menjalani Ibadah Puasa & Salam Merdeka (Maaf, agak terlewat mengucapkan Salam Merdeka).

Penulisan terkini berkaitan usaha murni SSS turut boleh dibaca di:






+

Label

#justiceforMH17 'Masalah Sikap' vs 'Cemburu' 16 September 2008 1Malaysia 22 tahun tanpa konflik kaum 3 billion 31 Ogos 2009 5 Ogos 1957 Abdullah ABIM Acaro Solingan Adik Siti Amynur Ain AIDC Air percuma AirAsia Akta hasutan Akta Hasutan 1948 Akta Pendidikan 1996 Aktivis Al-Fatihah Allahyarham Tun Abdul Razak Altantuya Altel Aman Malaysia Ambiga Anak Bangsa Malaysia? Anak Wayang Pas analisa PRU13 ancaman islam di Malaysia. Anjing Gila Anwar Anwar Ibrahim Azan Azizan Azmin Ali babi Badak Pekak Badut Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia Bahasa Melayu Bajet Pahang 2009 BALACI Bangsa Malaysia Banjir Banjir di Kuantan Banjir di Lipis Bantuan Barisan Nasional Batal Usul Sekat Jualan Arak Behind The Veil Belasungkawa Bersih biadap Biadap Hina Nabi Blogger BN BN Perak BOC Boikot barangan israel Boikot produk Yahudi-Amerika Boikot Secara Terancang Bomoh Boneka BR1M Brader Anwar Bin Ibrahim bubar UMNO Bumi Daku cadbury calon boleh menang Carlsberg halal CDM25 Celaka Ceroboh Tanah Milik TNB Chin Peng Chui Jui Meng Cina Cina Boikot Melayu COMANGO Criminalise War Exhibition and Conference 2009 Cuit: Dilema Melayu Moden DAP Datuk Ibrahim Ali Datuk Mukhriz Datuk Mukhriz Mahathir DEB Demi Negara Demonstrasi DERHAKA Din Turtle DNA babi Dokumen Langkah kajang Dong Zong Double Standard Prosedure Dr Abdul Rani Kamarudin Dr Chandra Muzaffar Dr Khir Dr Novandri Dr Ridhuan Tee Abdullah Dr Sidek Baba Dr Yusri Mohamad Dr Zambry Kadir Dr Zuhdi Dr. M DS Anwar DS Anwar Ibrahim DS Najib DUN DUN Perak Durian Runtuh Dyana Sofya DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah DYMM Sultan Azlan Shah Dyna Sofya DYTM Raja Dr Nazrin Shah Ekonomi Ekonomi Bumiputera ekonomi melayu Elizabeth Wong Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Selangor Erniceda Etnic Cleansing Eurocopter Evolusi Politik Melayu Fatimah Zuhri's Blog Fatwa Anti Tomboy FELDA FGV fitnah Fitnah Undi Pos Flip-flop Forum Peluk Islam Foto gabungan UMNO dan PAS. gaza Gerakan Razak Gobalakrishnan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera Hak Membeli Hak Mengundi Hansard Parlimen Harakah haram Hari Kemerdekaan hina Hina Fatwa Hina Islam Hina Raja Melayu Hindraf Hipokrit Hishammuddin Tun Hussein Hishamuddin Hj Hadi Awang Hj Naser Disa Hormati murtad hudud Hudud dan Qisas Husam Musa Ideotique IFC india Institusi Raja Islam Islam Agama Persekutuan Islam Agama Rasmi Persekutuan Ismail Mina Ahmad israel Isu CAR Isu Kalimah Allah Isu Ketidakseimbangan Kaum isu lahad datu Isu Menteri Besar Isu Moral Isu Roboh Kuil Isu Scorpene Isu Tanah Kolej Taiping Isu Tanah Perak Jabatan Pendaftaran Negara JAKIM Jambatan Bengkok Jeff Ooi Jenayah Jom Bantu Jumlah pengundi muda Jurugambar Utusan KAFA Kaki Pembelit kalimah Allah Kamarudin Jaafar KAR1SMA Karpal Singh Kaum Cina Kaum Melayu Kebaikan Kebal Kebebasan Bersuara Kedah Kedai Rakyat 1 Malaysia keistimewaan Melayu Kekejaman Israel ke atas umat Islam kelvin yip Kempen Satu Sekolah Untuk Semua kerajaan islam Keranda 152 Kes Datuk Nasaruddin Hashim (UMNO ke PKR) Kes Liwat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Ketuanan DAP Ketuanan Melayu Ketuanan Pakatan Rakyat Ketum Khalid Ibrahim Kiasu KijangMas Kiki KKM Kongres Ekonomi Islam Ketiga Kontrak Sosial kronisma Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War Kuota Pemilikan 30 % Kuota Pemilikan Rumah 50 % Ladang Babi Lateefa Koya LBGT Lee Kuan Yew lembah klang Lembah Pantai Leong Ngah Ngah LGBT Liberalisasi? Lidah 'tidak rasmi' Pakatan Rakyat = Malaysiakini Lim Guan Eng Lim Kit Siang Lina Joy Logo Halal logo halal JAKIM Lompat Parti Low Siew Moi lowyat M Manoharan M-UPRo Mah Siew Keong Mahkamah Syariah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Muafakat Melayu Majlis Peguam Malay Mail Cyberspot Malaysia malaysia bukan negara sekular Malaysian Airline System Malaysian Malaysia Mangkat Mangkuk Ayun Azmi Shahrom Manifesto bukan janji Marah-Marah Sayang MAS Masjid Besi Putrajaya MB Kedah MB selangor MCA media sosial melayu Melayu Pulau Pinang Melayu Singapura Membina Negara mencari simcard Altel Menteri besar Selangor merdeka riview Meroyan MH17 MH370 Monopoli Ekonomi Muhammad Firdaus Dullah Muhyiddin Murtad Muslim UPRo Mustafa Ali Musuh islam Musuh Melayu Musuh Negara Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 MyKad Najib Najib Tun Razak Nasrudin Hassan negara islam negara sekular Negarawan Ulung Nga kor ming Ngeh Koo Ham Nik Aziz Nilai Nizar Nizar Boneka DAP Nurul Izzah Obama OKU OKU dikurung OKU terbiar Omar Ong Open Letter by Matthias Chang PAC Pahang Darul Makmur Pakatan Pakatan Haram Pakatan Rakyat Pakatan Rakyat Perak Pakatan Rakyat. pertusan undi cina Palestin Paneh Miang PAP Parlimen Parti tunggal PAS Pas selangor Pas Terengganu PAS youth Pasca PRU-13 PAU Ke-59 Peguam Negara Pelacuran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 PEMBELA Pembohong Pembubaran parlimen Pemuda UMNO Pemuda UMNO Bahagaian Segambut Pemuda UMNO Pahang Penamaan Calon Pencemaran Pencerobohan Tanah Kerajaan Peneroka Pengganas Komunis Pengkhianat pengkhianat negara Pengundi Atas Pagar Penyata Razak 1956 Perak Perbandingan Perdana Menteri Malaysia Ke-6 perkara 11 Perkara 11 Perlembagaan Perkara 12 perkara 121 Perkara 152 Perkara 153 perkara 3 Perkara 3 Perlembagaan PERKASA perkauman Perkhidmatan Awam Pulau Pinang perkongsian kuasa. Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Perpaduan Perpaduan Melayu/Islam Persekutuan Tanah Melayu pesawat MAS terhempas Petisyen Petronas Pilihanraya Masjid PKM PKNS PKPIM PKR Polarisasi Kaum Politik Perak Portal Kempen SSS PPSMI PR PRK Bagan Pinang PRK Bukit Gantang PRK Galas PRK Kuala Terengganu PRK Teluk Intan pro-pembangkang produk cina produk melayu Prof Dr Aziz Bari Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim Prof. P Ramasamy PRU12 PRU13 Puasa Ramadhan Pulau Pinang Puppet Master Putera Sultan Selangor Putrajaya Qarinah Qazaf Rabindranath Tagore racist Raja Nong Chick Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia? Rasuah Razak Baginda RBA Reaksi pemimpin politik Reflections: Melayu Lama Ronnie Liu Rukun Negara Rusia Rusia Border Rusuhan Saham FGV Saiful Bukhari Azlan Sakmongkol AK47 Salah Guna Kuasa SAR Sastera Satira Satu Malaysia Sekolah Agama Sekolah Kebangsaan Sekolah Satu Aliran Sekolah Vernakular Seks sekular Selangor Sepitman Begins sesat Shafie Apdal Sidek Baba Sistem Pendidikan Kebangsaan Skuad Banjir Pemuda sokongan masyarakat kepada MAS Solat Hajat SPR SRJK Persendirian steering lock SUARAM Sultan Perak Sultan Selangor Sumpah Laknat Sun Tzu'z Art of War surah al kafirun syiah Tan Sri Isa Samad Tan Sri Khalid Ibrahim Tan Sri Muhyiddin Tanah Kebun Peneroka Techno Crap Teluk Intan tembak Tender Tanah tender terbuka Tengku Adnan Teresa Kok terhempas The Economist The Unspinners The War Crimes Commission and Tribunal 2009 Titah DYMM Sultan Selangor Titah DYTM Raja Muda Perak di Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga Toyota Camry 2.4 Perak Truth for Teoh Beng Hock Tsunami Cina Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Tulisan Jawi Tun Dr. Mahathir Mohamad tuntutan Ukraine UMNO UMNO Seremban Uncle sim Undang-undang antilompat parti wakil rakyat Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Undi cina undi hantu Usahawan Bumiputera Pahang Ustaz Kazim Elias Utusan Malaysia V. Sivakumar video WADAH wall street journal Wan Azizah Wasiat Raja-Raja Melayu Wong Siew Teng aka Agnes Wong Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur Yusuf Qardhawi Zahid Hamidi Zahrain Zaini Hassan Zulkifli Noordin