09 Mei, 2010

PERKASA PELAWA PENGAMAL UNDANG-UNDANG SERTAI JAWATANKUASA PENASIHAT UNDANG-UNDANG PERKASA

-

PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA NEGARA (PERKASA) MEMPELAWA KEPADA PENGAMAL PERUNDANGAN/PEGUAM (TERMASUK PEGUAM SYARIAH) YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI JAWATANKUASA PENASIHAT UNDANG-UNDANG PERKASA.

Jawatankuasa ini akan berperanan untuk bertindak bagi segala isu-isu berkaitan perundangan yang melibatkan ahli-ahli dan dasar-dasar perjuangan Perkasa.

Jawatankuasa berperanan untuk mengkaji segala perkembangan sistem perundangan dan isu perundangan semasa dalam negara dan implikasinya kepada masyarakat di Malaysia khususnya kepada orang-orang Melayu dan pribumi.

Seterusnya akan mengadakan usul berkaitan undang-undang dan menyampaikannya kepada kepimpinan Perkasa Pusat untuk tindakan selanjutnya.

Kepada yang beminat sila emailkan kelayakan dan pengalaman tuan/puan ke:


atau berhubung terus dengan:

Pengerusi Jawatankuasa Undang Undang Perkasa Pusat, Dato' Hj Hamzah Bin Mohd Kassim di talian 017-6667822 sebelum 30 Mei 2010.

+