12 Februari, 2010

Pakatan Rakyat Model DAP: DAP Kebal! PAS & PKR Bebal!

-
Tindakan Ahli Parlimen Bayan Baru YB Datuk Seri Zahrain keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mengumumkan berkhidmat sebagai Ahli Parlimen bebas pada pagi 12 Feb 2010 sebenarnya sudah boleh diagak.

Bagi penulis, mana-mana manusia yang waras pasti akan mengambil tindakan sedemikian. Hanya ahli politik dan penyokong yang tidak waras sahaja akan terus bersekongkol dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang bersikap chauvinis, ekstremis, diktator, dan berfikiran ala komunis dan terus berasa seolah-olah sangat selesa untuk terus berada dalam Pakatan Rakyat (PR).

Penulis sangat percaya bahawa rakyat sudah mula dapat melihat sendiri rupa dan perangai sebenar DAP. Rakyat sebenarnya sudah banyak kali meluahkan rasa tidak senang hati dengan dasar yang diguna pakai oleh kerajaan PR di negeri-negeri yang didominasi DAP seperti Pulau Pinang, Perak di bawah mantan Menteri Besar (MB) Boneka DAP YB Dato’ Seri Nizar Jamaludin dan Selangor.

Namun keluhan rakyat marhaen yang tidak ada kuasa semuanya dipandang sepi dan enteng oleh seluruh kepimpinan PR. Lebih teruk lagi keluhan rakyat tersebut pula mereka tuduh dan label sebagai suara agen Barisan Nasional (BN).

Apakah PR akan berfikir semula setelah beberapa prang pemimpinnya sendiri seperti Zahrain yang menyuarakan suara hati rakyat itu? Atau PR masih lagi dibuai mimpi masih berada dalam keadaan tidak mahu menerima hakikat sebenar? Baguslah kalau begitu! Teruskanlah bermimpi indah!

Barisan kepimpinan gabungan parti DAP-PKR-PAS sebenarnya terlupa atau buat-buat lupa bahawa kemenangan mereka adalah disebabkan rakyat sangat benci dengan sikap tidak ambil berat dan bongkak BN semasa pentadbiran anak-beranak mantan Perdana Menteri (PM) Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Semasa Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) dahulu, kalau PR meletakkan calon ‘tunggul kayu’ pun sebagai calonnya, rakyat akan pangkah atau mengundi ‘tunggul kayu’ tersebut sebagai wakil rakyat mereka disebabkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap corak pentadbiran BN (dan juga Khairy Jamaludin). Itulah realitinya.

Kini, di bawah pentadbiran PM YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak penulis dapat melihat sendiri bagaimana UMNO dan seluruh parti komponen BN menginsafi kesilapan lalu dan berusaha keras untuk berkhidmat dengan lebih baik demi menjaga kebajikan rakyat keseluruhannya.

Wakil-wakil rakyat BN dilihat lebih rajin turun padang untuk melihat sendiri dan menyelesaikan masalah rakyat di kawasan yang mereka wakili. Masalah rakyat diselesaikan secepat mungkin. Malahan kalau dahulu muka Yang Berhormat (YB) susah hendak nampak, kini asyik nampak muka YB sahaja. Kalau dahulu hantar borang kena tunggu seminggu baru dapat perhatian YB, tapi kini, hari ini hantar borang, esok sudah boleh ambil.

Tetapi dalam masa yang sama, kita semua dapat melihat bagaimana kerajaan yang dikuasai PR yang mana baru mendapat kuasa sudah mula lupa akan janji-janji manis yang ditabur sebelum PRU12 dahulu. Mereka dilihat gagal menunaikan janji-janji yang ditabur. Malahan banyak tindakan kerajaan negeri yang dikuasai PR dilihat jauh lebih teruk dari kerajaan BN di bawah pimpinan Tun Abdullah dahulu.

Bagi penulis, kecelaruan dan tidak berkesannya kerajaan negeri PR adalah salah satunya disebabkan oleh sikap DAP dalam PR. DAP dilihat cuba mencorak hala tuju PR di semua negeri yang dikuasai PR. Malahan di negeri yang mana DAP begitu dominan, rakyat boleh melihat sendiri bagaimana dasar dwi-standard diamalkan.

Di Pulau Pinang contohnya, Zahrain dalam temubual dengan akhbar New Straits Times mendedahkan bagaimana dasar dwi-standard amalan DAP yang hanya ‘bijak’ bertindak terhadap peniaga Melayu.

Malahan, pemimpin DAP di negeri yang dikuasai PAS seperti Kedah juga terpaksa mengikut telunjuk DAP dalam beberapa isu. Kita dapat melihat bagaimana kerajaan PAS Kedah pimpinan YAB MB Dato' Seri Azizan terpaksa menarik kembali beberapa dasar kerajaan negeri yang mendapat tentangan hebat oleh DAP. Malahan DAP dilihat berjaya dilihat sebagai pemberi kata pemutus dalam banyak perkara.

Gesaan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu dari PKR iaitu YB Zulkifli Noordin baru-baru ini bahawa DAP wajib ditendang keluar dari PR jelas menunjukkan bahawa sudah ramai dari kalangan pemimpin PR khususnya pemimpin Melayu sedar hakikat sebenar perjuangan sebuah parti chauvinis bernama DAP (dan rakyat sebenarnya sudah lama sedar!). Mereka sudah dapat melihat bagaimana segala tindak tanduk DAP adalah dengan kos melemahkan PKR dan PAS itu sendiri.

Rakyat yang bersikap celik akal sudah tahu bagaimana cara DAP berpolitik. Rakyat boleh melihat sendiri bagaimana hampir semua pemimpin PR yang mengkritik DAP dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti sedangkan selama ini rakyat dihidangkan 'drama' segala tanduk para pemimpin DAP yang mengkritik rakan komponennya contohnya di Selangor dan Kedah tanpa dikenakan sebarang tindakan disiplin.

Pemimpin DAP yang bermulut celupar mengkritik dilihat seolah-olah kebal dari sebarang tindakan disiplin dan tidak boleh disentuh oleh PAS dan PKR. Umum juga melihat bagaimana mulut-mulut busuk pemimpin DAP inilah yang sibuk mencanang agar beberapa pemimpin PR yang mengkritik DAP dikenakan tindakan disiplin.

Dan rakyat juga tahu bahawa pemimpin Melayu PR yang bersuara mengkritik DAP adalah untuk mempertahankan sesuatu isu dan sesuatu perkara yang dekat di hati pengundi Melayu. Mereka ini sudah bosan dilabel agen UMNO sedangkan suara akar umbi mahukan mereka lebih vokal mempertahankan apa yang sepatutnya dipertahankan.

Apakah gesaan Zulkifli agar DAP ditendang keluar akan dipandang sepi? Atau beliau pula yang akan ditendang keluar? Penulis menyarankan agar eloklah jika sekiranya Zulkifli keluar sahaja menjadi Ahli Parlimen bebas daripada terus “menunggang motorsikal Kawasaki yang salah”.

Para pemimpin PR nampaknya masih lagi dibuai mimpi dengan melabel Zulkifli sebagai suara UMNO sedangkan umum mengetahui bahawa parti Melayu dalam PR seperti Pas dan PKR semakin hari semakin susut sokongan dari pengundi Melayu jika dikaji dalam setiap kali selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) pasca PRU12.

Persoalannya, sampai bilakah pemimpin dan penyokong PKR dan Pas mahu jadi bebal untuk terus berada dalam PR?
+

02 Februari, 2010

"Malay entrepreneurs were being victimised by his (Lim Guan Eng) double-standard enforcement policy" - Zahrain

-
[ New Straits Times; Feb 2, 2010 ]

Q (NST): Some ask why are you coming out with such strong condemnation of the chief minister only now. He has after all been in power for almost two years.

A (Zahrain): That is not true. I have been vocal over many issues since the Pakatan Rakyat state government was formed. I have been reminding the state leadership to buck up and deliver the election promises. I kept on reminding them that the March 2008 general election result was a protest vote by the voters as we were seen as an alternative at the time. So we must keep on improving ourselves to maintain the support from the rakyat and show that we are better than the previous government. That was why I was vocal against Lim over the deputy chief minister's post, the sacking of PKR Seberang Perai Municipal Council (MPSP) chief whip Johari Kassim (who was later re-instated), the Kampung Lorong Buah Pala debacle and other issues.

Unfortunately, every time I spoke, I was being accused of being an Umno agent but I kept my patience. The question is for how long? I decided that I shouldn't keep mum when Malay entrepreneurs were being victimised by his double-standard enforcement policy.

BORHAN Namat bersama isterinya, Che Nolia Hashim begitu sedih melihat gerai buah-buahan mereka yang telah beroperasi sejak 20 tahun lalu di Permatang Pauh dirobohkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, semalam – Mingguan Malaysia, 31 Jan 2010/Sazali Che Din

+

01 Februari, 2010

Dr. Mahathir kecewa parti Melayu tidak bantu kaum sendiri

-
KUALA LUMPUR 30 Jan. - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tiga parti utama orang Melayu iaitu UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terlalu 'asyik' mendapatkan sokongan bukan Melayu sehingga tidak mempedulikan rintihan kaum mereka sendiri.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ketika ini apa jua tuntutan bukan Melayu, sama ada beralas undang-undang, Perlembagaan atau perjanjian lalu, akan dilayan oleh parti-parti berkenaan.

Beliau percaya tindakan itu berpunca daripada keyakinan mereka yang menyedari bahawa orang Melayu tidak mempunyai banyak pilihan ketika pilihan raya dan akan tetap menyokong mereka.

"Tidak perlu saya nyatakan apa yang menyebabkan kita berasa kecewa. Tetapi kita lihat orang yang dulu kata orang Islam jika berkawan dengan bukan Islam akan jadi kafir, sekarang peluk cium orang bukan Islam dan dihalalkan segalanya bagi mereka kerana orang Melayu tetap akan bagi sokongan.

"Ia bukan tindakan yang bijak. Orang Melayu rasa tidak boleh lagi bergantung pada parti-parti politik, sebab itu ditubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menyuarakan pendapat mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 2,000 hadirin pada majlis pelancaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Hulu Kelang di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali serta beberapa pemimpin NGO Melayu.

Dr. Mahathir menambah, terdapat beberapa NGO Melayu yang menemuinya dan menyatakan kekecewaan mereka terhadap kerajaan dan parti-parti pembangkang.

"Tetapi apa yang mereka boleh buat. Mereka kata, jika terlampau giat suarakan pendirian orang Melayu, mereka akan dituduh rasis dan mungkin juga diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

"Akhirnya, mereka datang bertemu bekas Perdana Menteri yang sudah tidak bertaring. Mereka kecewa tetapi tidak dapat suarakan kepada pemimpin Melayu sama ada kerajaan atau parti lawan," ujarnya.

Beliau bagaimanapun mengingatkan orang Melayu agar melakukan protes secara tertib dan tidak melakukan kekacauan sehingga menghancurkan keamanan negara.

"Kalau mereka tidak dengar, kita ada kuasa dalam pilihan raya. Jangan gunakan cara yang boleh merosakkan keamanan.

"Tetapi saya bimbang, sekiranya keadaan ini berterusan, orang Melayu yang sekian lama memendam kekecewaan akan 'meletup'," katanya

(Sumber: Mingguan Malaysia, 31 Januari 2010).


Artikel berkaitan:

The Scribe A Kadir Jasin - Hak Melayu: Umno dan Pas Sama Koro?
+

Label

'Masalah Sikap' vs 'Cemburu' 16 September 2008 1Malaysia 22 tahun tanpa konflik kaum 31 Ogos 2009 5 Ogos 1957 Abdullah ABIM Acaro Solingan Adik Siti Amynur Ain AIDC Air percuma AirAsia Akta Hasutan 1948 Akta Pendidikan 1996 Aktivis Allahyarham Tun Abdul Razak Altantuya Aman Malaysia Ambiga Anak Bangsa Malaysia? Anak Wayang Pas analisa PRU13 ancaman islam di Malaysia. Anjing Gila Anwar Anwar Ibrahim Azan Azizan Azmin Ali Badak Pekak Badut Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia Bahasa Melayu Bajet Pahang 2009 BALACI Bangsa Malaysia Banjir Banjir di Kuantan Banjir di Lipis Bantuan Barisan Nasional Batal Usul Sekat Jualan Arak Behind The Veil Bersih Biadap Hina Nabi Blogger BN BN Perak BOC Boikot produk Yahudi-Amerika Boikot Secara Terancang Bomoh Boneka BR1M Brader Anwar Bin Ibrahim bubar UMNO Bumi Daku calon boleh menang Celaka Ceroboh Tanah Milik TNB Chin Peng Chui Jui Meng COMANGO Criminalise War Exhibition and Conference 2009 Cuit: Dilema Melayu Moden DAP Datuk Ibrahim Ali Datuk Mukhriz Datuk Mukhriz Mahathir DEB Demi Negara Demonstrasi DERHAKA Din Turtle Dong Zong Double Standard Prosedure Dr Abdul Rani Kamarudin Dr Chandra Muzaffar Dr Khir Dr Novandri Dr Ridhuan Tee Abdullah Dr Sidek Baba Dr Yusri Mohamad Dr Zambry Kadir Dr. M DS Anwar DS Najib DUN DUN Perak Durian Runtuh DYMM Sultan Azlan Shah DYTM Raja Dr Nazrin Shah Ekonomi Ekonomi Bumiputera Elizabeth Wong Erniceda Etnic Cleansing Eurocopter Evolusi Politik Melayu Fatimah Zuhri's Blog Fatwa Anti Tomboy FELDA FGV Fitnah Undi Pos Flip-flop Forum Peluk Islam Foto Gerakan Razak Gobalakrishnan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera Hak Membeli Hak Mengundi Hansard Parlimen Harakah Hari Kemerdekaan Hina Fatwa Hina Islam Hina Raja Melayu Hindraf Hipokrit Hishammuddin Tun Hussein Hishamuddin Hj Hadi Awang Hj Naser Disa Hudud dan Qisas Husam Musa Ideotique IFC Institusi Raja Islam Islam Agama Persekutuan Islam Agama Rasmi Persekutuan Ismail Mina Ahmad Isu CAR Isu Kalimah Allah Isu Ketidakseimbangan Kaum isu lahad datu Isu Moral Isu Roboh Kuil Isu Scorpene Isu Tanah Kolej Taiping Isu Tanah Perak Jabatan Pendaftaran Negara Jambatan Bengkok Jeff Ooi Jenayah Jom Bantu Jumlah pengundi muda Jurugambar Utusan KAFA Kaki Pembelit kalimah Allah Kamarudin Jaafar KAR1SMA Karpal Singh Kaum Cina Kaum Melayu Kebaikan Kebal Kebebasan Bersuara Kedah Kedai Rakyat 1 Malaysia keistimewaan Melayu Kekejaman Israel ke atas umat Islam Kempen Satu Sekolah Untuk Semua Keranda 152 Kes Datuk Nasaruddin Hashim (UMNO ke PKR) Kes Liwat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Ketuanan DAP Ketuanan Melayu Ketuanan Pakatan Rakyat KijangMas Kongres Ekonomi Islam Ketiga Kontrak Sosial kronisma Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War Kuota Pemilikan 30 % Kuota Pemilikan Rumah 50 % Ladang Babi Lateefa Koya LBGT Lee Kuan Yew lembah klang Lembah Pantai Leong Ngah Ngah LGBT Liberalisasi? Lidah 'tidak rasmi' Pakatan Rakyat = Malaysiakini Lim Guan Eng Lim Kit Siang Lina Joy Lompat Parti Low Siew Moi M Manoharan M-UPRo Mahkamah Syariah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Muafakat Melayu Majlis Peguam Malay Mail Cyberspot Malaysia Malaysian Malaysia Mangkuk Ayun Azmi Shahrom Manifesto bukan janji Marah-Marah Sayang Masjid Besi Putrajaya MB Kedah MCA melayu Melayu Pulau Pinang Melayu Singapura Membina Negara merdeka riview Meroyan Monopoli Ekonomi Muhyiddin Murtad Muslim UPRo Mustafa Ali Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 MyKad Najib Najib Tun Razak Nasrudin Hassan Negarawan Ulung Nik Aziz Nizar Nizar Boneka DAP Nurul Izzah Obama Omar Ong Open Letter by Matthias Chang PAC Pahang Darul Makmur Pakatan Pakatan Haram Pakatan Rakyat Pakatan Rakyat Perak Pakatan Rakyat. pertusan undi cina Palestin Paneh Miang PAP Parlimen Parti tunggal PAS Pas Terengganu Pasca PRU-13 PAU Ke-59 Peguam Negara Pelacuran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 PEMBELA Pembohong Pembubaran parlimen Pemuda UMNO Pemuda UMNO Bahagaian Segambut Pemuda UMNO Pahang Penamaan Calon Pencemaran Pencerobohan Tanah Kerajaan Peneroka Pengganas Komunis Pengkhianat Pengundi Atas Pagar Penyata Razak 1956 Perak Perbandingan Perdana Menteri Malaysia Ke-6 Perkara 12 Perkara 152 Perkara 153 Perkara 3 Perlembagaan PERKASA Perkhidmatan Awam Pulau Pinang perkongsian kuasa. Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Perpaduan Perpaduan Melayu/Islam Persekutuan Tanah Melayu Petisyen Petronas Pilihanraya Masjid PKM PKNS PKPIM PKR Polarisasi Kaum Politik Perak Portal Kempen SSS PPSMI PR PRK Bagan Pinang PRK Bukit Gantang PRK Galas PRK Kuala Terengganu Prof Dr Aziz Bari Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim Prof. P Ramasamy PRU12 PRU13 Puasa Ramadhan Pulau Pinang Puppet Master Putrajaya Qarinah Qazaf Rabindranath Tagore Raja Nong Chick Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia? Rasuah Razak Baginda Reaksi pemimpin politik Reflections: Melayu Lama Ronnie Liu Rukun Negara Rusuhan Saham FGV Saiful Bukhari Azlan Sakmongkol AK47 Salah Guna Kuasa SAR Sastera Satira Satu Malaysia Sekolah Agama Sekolah Kebangsaan Sekolah Satu Aliran Sekolah Vernakular Seks Selangor Sepitman Begins Shafie Apdal Sidek Baba Sistem Pendidikan Kebangsaan Skuad Banjir Pemuda Solat Hajat SPR SRJK Persendirian SUARAM Sumpah Laknat Sun Tzu'z Art of War Tan Sri Isa Samad Tan Sri Muhyiddin Tanah Kebun Peneroka Techno Crap Tender Tanah tender terbuka Tengku Adnan Teresa Kok The Economist The Unspinners The War Crimes Commission and Tribunal 2009 Titah DYMM Sultan Selangor Titah DYTM Raja Muda Perak di Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga Toyota Camry 2.4 Perak Truth for Teoh Beng Hock Tsunami Cina Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Tulisan Jawi Tun Dr. Mahathir Mohamad tuntutan UMNO UMNO Seremban Undang-undang antilompat parti wakil rakyat Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Undi cina undi hantu Usahawan Bumiputera Pahang Ustaz Kazim Elias Utusan Malaysia V. Sivakumar WADAH Wasiat Raja-Raja Melayu Wong Siew Teng aka Agnes Wong Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur Yusuf Qardhawi Zahid Hamidi Zahrain Zaini Hassan Zulkifli Noordin