30 Oktober, 2010

Ada pihak berangan hendak pinda fakta sejarah...

-
Pertamanya penulis mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atas pengumuman pelaksanaan subjek Sejarah sebagai mata pelajaran wajib bermula seawal bangku sekolah rendah yang akan mula dilaksanakan pada tahun 2014. Tahniah dan terima kasih buat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Keputusan Kerajaan itu sebenarnya sangat dialu-alukan oleh rakyat kerana kita semua sudah melihat bagaimana rakyat mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir jahat akibat buta sejarah. Dek kerana tidak memahami sejarahlah kita saksikan bagaimana terlalu mudahnya anak muda kita dihasut dakyah jahat yang disebar secara halus oleh pihak-pihak tertentu.

Kepentingan mempelajari dan memahami sejarah ini turut disuarakan oleh Komuniti Demi Negara dalam laman Kempen SSS yang dilancar pada 31 Ogos 2009. Berikut penulis petik antara cadangan yang dimasukkan dalam Memo kepada KPM yang diperoleh dari laman Kempen SSS:

" Mata Pelajaran Sejarah Dimestikan

Melihat betapa pentingnya generasi pelapis negara kita diserapkan dengan pengetahuan sejarah yang kukuh dan mencukupi, kami juga mencadangkan agar subjek Sejarah diwajibkan di semua sekolah di Malaysia. Anak muda yang Celik Sejarah akan memahami asal usul, cara dan konteks pembentukan negara Malaysia.

Ini termasuklah latarbelakang institusi Raja-Raja Melayu, perjuangan wira tanah air kita di zaman silam, peranan Orang Melayu dalam mencetus tamadun dan pembentukan negeri-negeri di Tanah Melayu sejak abad-abad awal selepas Masihi, kemasukan kaum-kaum lain ke Tanah Melayu, permuafakatan di antara kaum yang membawa kepada pembentukan Kontrak Sosial yang tersirat dalam Perlembagaan dan punca termaktubnya hak-hak dan keistimewaan Orang Melayu dalam Perlembagaan.

Masyarakat yang Celik Sejarah akan mencetuskan suasana yang menyemarakkan pengwujudan Bangsa Malaysia yang kita idamkan selama ini. Selagi tidak timbul Bangsa Malaysia ini, selagilah kita berterusan sebagai sebuah negara rojak yang dilanda berbagai gejala sosial yang tidak sihat dan berbahaya kepada keselamatan negara. "

Walau bagaimanapun, sudah ada pihak-pihak yang cuba mempergunakan keputusan Kerajaan ini untuk memenuhi agenda jahat mereka. Sudah ada cakap-cakap dan suara sumbang yang mahukan Sejarah itu ditulis semula mengikut selera mereka.

Dr Mohd Ridhuan Tee menyentuh perkara ini dengan cukup baik melalui artikel beliau yang bertajuk " Sejarah bagaimana yang kita mahu? " yang ditulis pada 26 Oktober 2010. Berikut penulis petik beberapa perenggan artikel beliau:

" Selaku seorang akademia berbangsa Cina, saya amat sedih dengan pemikiran parti-parti politik seperti DAP, MCA dan Gerakan. Kenyataan demi kenyataan dikeluarkan yang amat menghiris, mahukan kerajaan mengkaji semula silibus sejarah yang akan diwajibkan ke atas pelajar sekolah rendah dan menengah tidak lama lagi.

Hujah mereka amat simplistik, sejarah yang sedia ada tidak mencerminkan sejarah yang sebenar. Sejarah yang sebenar mesti mempamerkan sumbangan dan kerjasama kaum. Pada mereka, sumbangan kaum bukan Melayu mesti dimasukkan dan dijadikan teras sejarah. Saya cuba elakkan menggunakan istilah ultra kiasu terhadap golongan ini, biarlah kita berbincang secara adik-beradik.

Saya tidak menafikan sejarah sumbangan bukan Melayu terhadap negara, tetapi perlu diingatkan bahawa sumbangan dan kerjasama kaum adalah sebahagian kecil sahaja dalam urutan sejarah Tanah Melayu dan Malaysia. Ada aspek yang lebih besar lagi yang perlu ditonjolkan, seperti sejarah asal usul Tanah Melayu sebelum kedatangan imigran-imigran ke alam Melayu.

Sesiapa yang mengkaji dan faham sejarah Malaysia, ianya mesti merangkumi asal-usul Tanah Melayu, zaman kegemilangan dan kejatuhan kesultanan Melayu, zaman penjajahan dan kemasukan imigran, kebangkitan nasionalisme Melayu, Malayan Union, Persekutuan Tanah Melayu, penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, Kemerdekaan Tanah Melayu, sehinggalah membawa kepada Penubuhan Malaysia. Seterusnya, diikuti dengan dasar-dasar kerajaan selepas peristiwa 13 Mei 1969 sehinggalah ke hari ini.

Kumpulan-kumpulan ekstrim ini asyik-asyik hanya bercakap soal sumbangan bukan Melayu, soal penentangan bukan Melayu terhadap Jepun 1942-45. Sedangkan kita sedia maklum, sejarah penentangan terhadap Jepun juga penuh dengan kontroversi fakta dan dipertikaikan. Adakah benar orang Cina mempertahankan Tanah Melayu atau sekadar membalas dendam terhadap Jepun?

Berkali-kali telah saya nyatakan bahawa penentangan terhadap Jepun, tidak banyak kaitan dengan kemerdekaan, tetapi adalah disebabkan oleh dendam kedua belah pihak yang telah mengalami perang sebelum ini. Sila rujuk sejarah perang China-Jepun 1894-95 dan 1937.

Jangan terlalu obses dengan sumbangan Bintang Tiga atau MPAJA dan Parti Komunis Malaya (PKM), sehingga kita sengaja lupakan sejarah yang sebenar? Maka tidak hairan hari ini tugu MPAJA dibina sebesar-besarnya di Taman Peringatan Nilai. Yang amat pelik, Majlis Perbandaran dan Arkib Negara kurang serius dalam memantau pembinaan tugu dan memorial seperti ini "


Nampaknya usaha untuk pinda sejarah negara mengikut selera pelahap Komunis tidak akan pernah padam. Penulis ada menyentuh perihal selera pelahap Komunis ini melalui penulisan artikel lepas bertajuk " Usaha Pinda Fakta Sejarah Untuk Iktiraf Parti Komunis Malaya (PKM) Sebagai Pejuang Kemerdekaan " yang ditulis oleh blog ini pada 22 Disember 2008.

Pengkhianat! Itulah perkataan yang sangat sesuai buat pihak yang giat memperjuangkan pengiktirafan Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan pada 23 Julai 1948 yang mana kini cuba diberikan penghormatan serta pengiktirafan sebagai Pejuang Kemerdekaan.

Cubaan menyeleweng fakta sejarah negara oleh pihak tertentu dilihat sangat jelas sebagai salah satu cara untuk memberikan satu konotasi yang lebih lunak kepada sejarah perjuangan PKM yang selama ini dilihat oleh majoriti orang Melayu sebagai pengganas yang telah membunuh ribuan orang Melayu sebelum dan selepas kemerdekaan Tanah Melayu.

Ingatan kepada pihak ini: Usah bermain api!
+

29 Oktober, 2010

Tak habis-habis nak jadi alien!

-
Berita berikut dimuatkan dalam Harakah Daily pada 27 Oktober 2010:

DAP dakwa kerajaan diskriminasi bina SJK Cina

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 27 Okt: Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming mendakwa kerajaan mengamalkan diskriminasi dalam pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina apabila hanya menyiapkan dua daripada 19 buah yang dijanjikan.

Kor Ming yang juga Penolong Bendahari DAP Kebangsaan berkata, kerajaan juga telah mengurangkan 48 buah SJKC sedangkan sekolah berkenaan mengalami pertambahan murid.

“Saya berasa sangat kesal walaupun kerajaan dalam manifesto pilihan raya telah berjanji untuk memindah enam buah sekolah dan membina 13 buah sekolah jenis kebangsaan Cina yang baru. Setakat hari ini hanya dua buah sahaja yang siap yang 17 buah masih belum dalam operasi.

“Jumlah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina telah berkurangan sebanyak 48 buah. Bayangkan jumlah murid sekolah di sekolah jenis kebangsaan telah bertambah daripada 320 ribu menjadi 640 ribu dan antaranya 75 ribu bukan Cina, tapi Melayu dan India.

“Ini bermaksud sekolah jenis kebangsaan adalah sekolah yang diiktiraf dan menerima semua rakyat tanpa mengira kaum,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau turut menggesa kerajaan memansuhkan tiga surat pekeliling dan garis panduan yang didakwa mengamalkan diskriminasi terhadap SJK (C).

Salah satu garis panduan yang dipersoalkan mengenai tindakan kerajaan hanya membenarkan tapak sekolah rezab milik kerajaan dibina sekolah kebangsaan sahaja kecuali mendapat pengecualian daripada menteri.

“Mengapa tapak sekolah rezab kerajaan, tidak boleh dibina semua sekolah tanpa mengira SJK (C) atau SJK (T) dan perkara ini tidak adil adil sama sekali?” soalnya.
Menurutnya, dua lagi garis panduan dan surat pekeliling yang ditetapkan kementerian juga tidak munasabah, antaranya terpaksa mengumpulkan sendiri dana sebanyak 80 peratus bagi SJK untuk membina bangunan baru.

“Semua lembaga pengelola sekolah SJK (C) dan SJK (T) yang ingin membina sekolah baru atas kesesakan bilik darjah perlu mengumpul sendiri dana 80
peratus baru boleh mengemukakan permohonan,” katanya.

Sehubungan itu, katanya masyarakat Cina dalam negara ini perlu menangung perbelanjaan RM 100 juta setahun sebagai sumbangan peribadi kepada sekolah jenis kebangsaan sejak negara merdeka.

Beliau juga mempertikai tindakan kementerian yang tidak membenarkan murid yang belajar di sekolah kebangsaan bertukar ke SJK.

“Saya menerima pelbagai rayuan daripada ibu bapa tetapi masih tidak dibenarkan pertukaran biarpun rayuan demi rayuan dikemukakan.

“Alasan Kementerian Pelajaran prestasi sekolah kebangsaan diukur berdasarkan berapa ramai murid bukan Melayu belajar di sekolah kebangsaan tidak masuk akal,” katanya.

Beliau dalam sesi soal jawab dalam Dewan sebelum itu meminta Menteri Pelajaran menyatakan secara terperinci satu demi satu status terkini pembinaan 19 buah Sekolah Jenis Kebangsaan SJK (C) yang diumum serta dijanjikan oleh kerajaan pada 31 Januari 2008 serta kos terlibat dalam menyiapkan sekolah-sekolah tersebut.
Woi Nga Kor Ming! Lu lagi lah tak masuk akal! Minta benda yang tak masuk akal. Kalau nak sangat kerajaan bagi segala peruntukan yang lu asyik minta-minta tu mudah je. Tukar je aliran Cina tu kepada 1 aliran sahaja. Aliran kebangsaan. Tukar SJKC jadi SK. Guna Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Bahasa Cina dan bahasa lain sebagai bahasa elektif sahaja. Barulah Perkara 152 Perlembagaan Malaysia dijunjung. Bukannya jadi alien junjung Perlembagaan China. Tukar jadi SK kan senang... semua peruntukan berbillion ringgit lu dapat rasa! Tak payah nak minta-minta dah! Tapi spesis malaun ni mana nak 1 aliran, minta seragamkan sukatan Bahasa Melayu di SJKC pun dia bangkang macam dunia nak kiamat. Bangkang je yang dia pandai. Itu pasal cakap bahasa Kebangsaan macam alien je. Kerajaan suruh seragam dia bangkang, tapi terhegeh-hegeh nak itu nak ini. Tak malu! Memang spesis ULTRAKIASU! Diberi petis idam peha! Boleh blah lah lu!



Jom sokong kempen Satu Sekolah! Baca kat SINI apa yang SSS cadangkan!
+

26 Oktober, 2010

PRK Galas: Macam mana jentera PAS nak kerja keras kalau calon sendiri main sembunyi-sembunyi?

-
Hari ini (26 Oktober 2010) Harakah Daily menyeru seluruh jentera pilihanraya PAS agar berkerja keras memastikan kemenangan di Galas.

Seruan itu dimuatkan di dalam artikel di laman utama muka hadapan Harakah dengan tajuk "Kerja kuat pastikan PAS menang".

Berikut penulis petik semula laporan tersebut:

Kerja kuat pastikan PAS menang

Nazri Abdullah
GUA MUSANG, 26 Okt: Dr Zulkefli Mohamad menyeru semua petugas PAS dan Pakatan Rakyat supaya bekerja kuat bagi mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas pada 4 November ini.

Dalam ucapan sulungnya di hadapan ribuan penyokong selepas diisytiharkan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dalam PRK Dun Galas, beliau mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang hadir memberi sokongan.

"Saya mintak, selepas ini kita sama-sama bekerja kuat untuk memastikan kemenangan PAS di Galas ini," katanya.

Dalam sidang media, Dr Zulkefli berkata, tumpuan utamanya adalah menemui rakyat Galas menjelaskan agenda beliau.

Beliau memberitahu, akan berusaha meneruskan usaha yang telah dilaksanakan wakil rakyat terdahulu, Allahyarham Chek Hashim Sulaima.

"Saya akan teruskan usaha Allahyarham.

"Saya harap pengundi Galas bijak menilai dan akan memberi undi kepada saya mewakili Pakatan Rakyat," katanya.

Berhubung tuduhan pihak tertentu bahawa beliau pernah ditangkap khalwat, Dr Zulkefli menganggap isu tersebut telah selesai.

PRK Dun Galas menyaksikan pertandingan dua penjuru antara beliau dan calon BN, Abdul Aziz Yusof.



Calon Pas, Dr Zulkefli sudah pun menyeru semua petugas Pas berkerja keras demi menjamin kemenangan beliau. Namun seruan itu umpama seperti orang yang ditutup mata disuruhnya tunjukkan arah jalan.

Penulis merasakan bahawa pada PRK kali ini petugas Pas bukan hanya perlu berkerja keras tetapi perlu berkerja lebih-lebih keras lagi kerana calon mereka suka main sembunyi-sembunyi.

Bagaimana mungkin persoalan tentang status beliau boleh dipandang enteng sahaja. Beliau menganggap bahawa isu dimana beliau dituduh ditangkap berkhalwat itu sudah selesai.

Pokoknya, pengundi Galas dan seluruh rakyat yang mengikuti PRK Galas ingin mengetahui cerita sebenar di sebalik persoalan-persoalan yang timbul sepanjang kempen.

Sikap Dr Zulkefli yang tidak mahu memberikan penerangan jelas tentang statusnya kepada penduduk Galas rasanya semacam 'tayangan ulangan cerekarama status calon', seperti mana calon BN di PRK Permatang Pasir pada 2009 dahulu.

Dalam mengulas tentang status Dr Zulkefli, blog Kickdefella menulis seperti berikut:

"Pihak media juga kebingungan dengan status perkahwinan Dr. Zulkefli kerana menurut mereka yang hadir sewaktu pengumuman nama calon PAS minggu lepas, Dr. Zulkefli dikatakan sebagai seorang bujang.

Tetapi di dalam sidang media menafikan beliau pernah ditangkap basah, Dr. Zulkefli dikatakan menyebut nama seorang perempuan sebagai isterinya.


Jika Dr Zulkefli tidak mengambil jalan memberi penjelasan, rasanya jentera Pas sudah pasti mengalami kesukaran dalam kempen pilihanraya yang mana seluruh penduduk Galas dan rakyat mahukan kisah sebenar di sebalik isu yang timbul.

Soalan-soalan mudah seperti "Beristeri? Bujang? Bercerai?" perlu dijawab oleh Pas dan tidak boleh disapu ke bawah tikar sahaja.

Segala isu yang timbul sentiasa diambil kira dan menjadi perkiraan dalam setiap pengundi Galas yang bijak menilai.
+

22 Oktober, 2010

Satira Husin Lempoyang & Satu Sekolah Untuk Semua

-
Ana ketawa besar bila membaca lawak satira si peniaga unta di Bazaar Baghdad merangkap pelakon sambilan wayang P Ramlee iaitu blogger satira blogospera Malaysia Husin Lempoyang.



Mana-mana yang nak hilangkan stress boleh baca lawak Husin sambil minum kopi di SINI. Sorry Sin. Ana nak copy & paste sikit ente punya mesej.

Mesej Husin sebenarnya mudah dan jelas difahami. Kata Husin:

"Memang patut adakan 1Sekolah untuk membentuk perpaduan rakyat pelbagai kaum dari kecil."

Apa lagi? Jom sokong Kempen SSS (klik je pada LOGO SSS).



+

21 Oktober, 2010

Seruan Perpaduan Melalui Kempen Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)

-
Terlebih dahulu penulis pohon kemaafan daripada semua sahabat dan pembaca blog kerana sudah lama tidak aktif menulis atas sebab-sebab yang tidak dapat dielak.

Walau bagaimana pun, penulis sempat juga intai-intai perkembangan Kempen Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) kerana usaha ini sangat dekat di hati penulis, dan mungkin juga sangat dekat di hati seluruh rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan.

Setakat intai-intai sahajalah yang mampu dilakukan, tapi penulis tidak sempat hendak menulis panjang sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah bahagi penulis terhadap usaha murni ini.


Intai-intai di laman Kempen SSS, rupa-rupanya sudah ada sebanyak 219 blog yang menyokong Kempen SSS yang tersenarai dalam e-Patriots in Support!

Bagi blog-blog yang turut ingin bersama meyokong kempen ini bolehlah mempamerkan logo SSS (seperti di atas) di blog masing-masing secara kekal sebagai tanda sokongan anda dan memaklumkan kepada pengendali laman Kempen SSS untuk turut disenaraikan.

Persoalan dan jawapan asas tentang Kempen SSS boleh diperoleh di laman Kempen SSS melalui FAQs yang disediakan. Turunkan tandatangan anda di petisyen yang disediakan sekiranya anda menyokong usaha murni ini.

Jangan segan-segan untuk turut sama berkempen kepada rakan-rakan anda kerana usaha murni ini tidak bersalahan (ada sesetengah pihak cuba memesongkan fakta sebenar) dan juga tidak bertentangan dengan Perlembagaan.

Semoga usaha kita secara bersama yang tidak seberapa ini mampu memberikan kesan - tidak besar, kecil pun sudah memadai. Tidak kisahlah sama ada kesannya cepat mahu pun lambat. Apa yang penting, kita telah menyuarakan apa yang kita fikir terbaik demi perpaduan seluruh kaum di Malaysia, bumi bercinta!

Dan suara itu perlu diteruskan tanpa rasa jemu!
+

Label

#justiceforMH17 'Masalah Sikap' vs 'Cemburu' 16 September 2008 1Malaysia 22 tahun tanpa konflik kaum 31 Ogos 2009 5 Ogos 1957 Abdullah ABIM Acaro Solingan Adik Siti Amynur Ain AIDC Air percuma AirAsia Akta hasutan Akta Hasutan 1948 Akta Pendidikan 1996 Aktivis Al-Fatihah Allahyarham Tun Abdul Razak Altantuya Altel Aman Malaysia Ambiga Anak Bangsa Malaysia? Anak Wayang Pas analisa PRU13 ancaman islam di Malaysia. Anjing Gila Anwar Anwar Ibrahim Azan Azizan Azmin Ali babi Badak Pekak Badut Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia Bahasa Melayu Bajet Pahang 2009 BALACI Bangsa Malaysia Banjir Banjir di Kuantan Banjir di Lipis Bantuan Barisan Nasional Batal Usul Sekat Jualan Arak Behind The Veil Belasungkawa Bersih biadap Biadap Hina Nabi Blogger BN BN Perak BOC Boikot barangan israel Boikot produk Yahudi-Amerika Boikot Secara Terancang Bomoh Boneka BR1M Brader Anwar Bin Ibrahim bubar UMNO Bumi Daku cadbury calon boleh menang Carlsberg halal CDM25 Celaka Ceroboh Tanah Milik TNB Chin Peng Chui Jui Meng Cina Cina Boikot Melayu COMANGO Criminalise War Exhibition and Conference 2009 Cuit: Dilema Melayu Moden DAP Datuk Ibrahim Ali Datuk Mukhriz Datuk Mukhriz Mahathir DEB Demi Negara Demonstrasi DERHAKA Din Turtle DNA babi Dokumen Langkah kajang Dong Zong Double Standard Prosedure Dr Abdul Rani Kamarudin Dr Chandra Muzaffar Dr Khir Dr Novandri Dr Ridhuan Tee Abdullah Dr Sidek Baba Dr Yusri Mohamad Dr Zambry Kadir Dr Zuhdi Dr. M DS Anwar DS Anwar Ibrahim DS Najib DUN DUN Perak Durian Runtuh Dyana Sofya DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah DYMM Sultan Azlan Shah Dyna Sofya DYTM Raja Dr Nazrin Shah Ekonomi Ekonomi Bumiputera ekonomi melayu Elizabeth Wong Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Selangor Erniceda Etnic Cleansing Eurocopter Evolusi Politik Melayu Fatimah Zuhri's Blog Fatwa Anti Tomboy FELDA FGV fitnah Fitnah Undi Pos Flip-flop Forum Peluk Islam Foto gabungan UMNO dan PAS. gaza Gerakan Razak Gobalakrishnan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera Hak Membeli Hak Mengundi Hansard Parlimen Harakah haram Hari Kemerdekaan hina Hina Fatwa Hina Islam Hina Raja Melayu Hindraf Hipokrit Hishammuddin Tun Hussein Hishamuddin Hj Hadi Awang Hj Naser Disa Hormati murtad hudud Hudud dan Qisas Husam Musa Ideotique IFC india Institusi Raja Islam Islam Agama Persekutuan Islam Agama Rasmi Persekutuan Ismail Mina Ahmad israel Isu CAR Isu Kalimah Allah Isu Ketidakseimbangan Kaum isu lahad datu Isu Menteri Besar Isu Moral Isu Roboh Kuil Isu Scorpene Isu Tanah Kolej Taiping Isu Tanah Perak Jabatan Pendaftaran Negara JAKIM Jambatan Bengkok Jeff Ooi Jenayah Jom Bantu Jumlah pengundi muda Jurugambar Utusan KAFA Kaki Pembelit kalimah Allah Kamarudin Jaafar KAR1SMA Karpal Singh Kaum Cina Kaum Melayu Kebaikan Kebal Kebebasan Bersuara Kedah Kedai Rakyat 1 Malaysia keistimewaan Melayu Kekejaman Israel ke atas umat Islam kelvin yip Kempen Satu Sekolah Untuk Semua kerajaan islam Keranda 152 Kes Datuk Nasaruddin Hashim (UMNO ke PKR) Kes Liwat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Ketuanan DAP Ketuanan Melayu Ketuanan Pakatan Rakyat Ketum Khalid Ibrahim Kiasu KijangMas Kiki KKM Kongres Ekonomi Islam Ketiga Kontrak Sosial kronisma Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War Kuota Pemilikan 30 % Kuota Pemilikan Rumah 50 % Ladang Babi Lateefa Koya LBGT Lee Kuan Yew lembah klang Lembah Pantai Leong Ngah Ngah LGBT Liberalisasi? Lidah 'tidak rasmi' Pakatan Rakyat = Malaysiakini Lim Guan Eng Lim Kit Siang Lina Joy Logo Halal logo halal JAKIM Lompat Parti Low Siew Moi lowyat M Manoharan M-UPRo Mah Siew Keong Mahkamah Syariah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Muafakat Melayu Majlis Peguam Malay Mail Cyberspot Malaysia malaysia bukan negara sekular Malaysian Airline System Malaysian Malaysia Mangkat Mangkuk Ayun Azmi Shahrom Manifesto bukan janji Marah-Marah Sayang MAS Masjid Besi Putrajaya MB Kedah MB selangor MCA media sosial melayu Melayu Pulau Pinang Melayu Singapura Membina Negara mencari simcard Altel Menteri besar Selangor merdeka riview Meroyan MH17 MH370 Monopoli Ekonomi Muhammad Firdaus Dullah Muhyiddin Murtad Muslim UPRo Mustafa Ali Musuh islam Musuh Melayu Musuh Negara Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 MyKad Najib Najib Tun Razak Nasrudin Hassan negara islam negara sekular Negarawan Ulung Nga kor ming Ngeh Koo Ham Nik Aziz Nilai Nizar Nizar Boneka DAP Nurul Izzah Obama OKU OKU dikurung OKU terbiar Omar Ong Open Letter by Matthias Chang PAC Pahang Darul Makmur Pakatan Pakatan Haram Pakatan Rakyat Pakatan Rakyat Perak Pakatan Rakyat. pertusan undi cina Palestin Paneh Miang PAP Parlimen Parti tunggal PAS Pas selangor Pas Terengganu PAS youth Pasca PRU-13 PAU Ke-59 Peguam Negara Pelacuran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 PEMBELA Pembohong Pembubaran parlimen Pemuda UMNO Pemuda UMNO Bahagaian Segambut Pemuda UMNO Pahang Penamaan Calon Pencemaran Pencerobohan Tanah Kerajaan Peneroka Pengganas Komunis Pengkhianat pengkhianat negara Pengundi Atas Pagar Penyata Razak 1956 Perak Perbandingan Perdana Menteri Malaysia Ke-6 perkara 11 Perkara 11 Perlembagaan Perkara 12 perkara 121 Perkara 152 Perkara 153 perkara 3 Perkara 3 Perlembagaan PERKASA perkauman Perkhidmatan Awam Pulau Pinang perkongsian kuasa. Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Perpaduan Perpaduan Melayu/Islam Persekutuan Tanah Melayu pesawat MAS terhempas Petisyen Petronas Pilihanraya Masjid PKM PKNS PKPIM PKR Polarisasi Kaum Politik Perak Portal Kempen SSS PPSMI PR PRK Bagan Pinang PRK Bukit Gantang PRK Galas PRK Kuala Terengganu PRK Teluk Intan pro-pembangkang produk cina produk melayu Prof Dr Aziz Bari Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim Prof. P Ramasamy PRU12 PRU13 Puasa Ramadhan Pulau Pinang Puppet Master Putera Sultan Selangor Putrajaya Qarinah Qazaf Rabindranath Tagore racist Raja Nong Chick Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia? Rasuah Razak Baginda RBA Reaksi pemimpin politik Reflections: Melayu Lama Ronnie Liu Rukun Negara Rusia Rusia Border Rusuhan Saham FGV Saiful Bukhari Azlan Sakmongkol AK47 Salah Guna Kuasa SAR Sastera Satira Satu Malaysia Sekolah Agama Sekolah Kebangsaan Sekolah Satu Aliran Sekolah Vernakular Seks sekular Selangor Sepitman Begins sesat Shafie Apdal Sidek Baba Sistem Pendidikan Kebangsaan Skuad Banjir Pemuda sokongan masyarakat kepada MAS Solat Hajat SPR SRJK Persendirian steering lock SUARAM Sultan Perak Sultan Selangor Sumpah Laknat Sun Tzu'z Art of War surah al kafirun syiah Tan Sri Isa Samad Tan Sri Khalid Ibrahim Tan Sri Muhyiddin Tanah Kebun Peneroka Techno Crap Teluk Intan tembak Tender Tanah tender terbuka Tengku Adnan Teresa Kok terhempas The Economist The Unspinners The War Crimes Commission and Tribunal 2009 Titah DYMM Sultan Selangor Titah DYTM Raja Muda Perak di Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga Toyota Camry 2.4 Perak Truth for Teoh Beng Hock Tsunami Cina Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Tulisan Jawi Tun Dr. Mahathir Mohamad tuntutan Ukraine UMNO UMNO Seremban Uncle sim Undang-undang antilompat parti wakil rakyat Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Undi cina undi hantu Usahawan Bumiputera Pahang Ustaz Kazim Elias Utusan Malaysia V. Sivakumar video WADAH wall street journal Wan Azizah Wasiat Raja-Raja Melayu Wong Siew Teng aka Agnes Wong Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur Yusuf Qardhawi Zahid Hamidi Zahrain Zaini Hassan Zulkifli Noordin