-
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat.
Pertamanya, penulis memanjat kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana diberikan ruang dan peluang untuk menulis serba ringkas.
Keduanya, penulis mengucapkan Syabas buat YB Zulkifli Noordin kerana tidak lagi "menunggang motorsikal Kawasaki yang salah". Sepatutnya dari awal lagi penulis mengucapkan Syabas! - sejak Zulkifli menentang firaun kecil dalam PKR yang dibonekakan oleh DAP lagi.
Zulkifli Noordin pada 8 April 2011 telah menulis sesuatu yang amat penting dalam blognya. Penulis amat yakin bahawa 'firasat' yang disuarakan oleh Zulkifli sememangnya dikongsi oleh ramai lagi rakyat Malaysia.
'Firasat' yang dikongsi oleh Zukifli ini sebenarnya pernah dilontarkan oleh beberapa orang sahabat penulis melalui borak-borak kosong tidak berapa lama dahulu. Apa yang dikhuatiri oleh sahabat penulis itu sama seperti apa yang dikhuatiri oleh Zulkifli.
Kerisauan kita semua lebih fokus kepada soal keselamatan negara sekiranya benar terdapatnya pihak perisikan luar mempunyai bukti penglibatan Anwar dalam aktiviti tidak bermoral seperti mana penghantaran kabel risikan oleh pihak risikan Australia dan Singapura (laporan dipintas dan didedah oleh WikiLeaks).
Banyak rentetan peristiwa dan persoalan yang berlaku yang perlu difikir dan dibuat penilaian secara rasional oleh segenap rakyat. Penulis yakin rakyat boleh menilai dengan baik. Berikut beberapa persoalan yang boleh difikir dan dibuat penilaian oleh segenap rakyat:
1. Mengapa individu dari barisan peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti Zainur Zakaria dan Zulkifli Nordin sendiri menjauhkan diri dan tidak lagi mahu membela Anwar?
2. Mengapa Zulkifli yang suatu masa dahulu menjadi peguambela kini akhirnya menyonsang arus berjuang menentang Anwar Ibrahim bermati-matian?
3. Mengapa Karpal Singh beriya-iya menyatakan bahawa beliau mempunyai bukti kukuh penglibatan Anwar dalam aktiviti tidak bermoral pada 1997 (sila rujuk Hansard Parlimen pada 22 Oktober 1997)?
4. Mengapa pula kini dengan 'hati terbuka' Karpal Singh menawarkan diri menjadi peguambela Anwar walau pun sebelum ini beliau mendakwa mempunyai 'bukti kukuh' penglibatan Anwar dalam aktiviti tidak bermoral?
5. Mengapa DAP masih 'setia' mendokong Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan 'sedia' menjulang Anwar sebagai PM setelah tahu kebenarannya?
6. Adakah DAP akan mendapat 'laba' yang besar dengan 'bermodalkan' seorang Ketua Pembangkang (bakal PM) bernama Anwar?
7. Mengapa kuasa luar seperti Amerika Syarikat, Australia, dan Singapura sentiasa 'mahu' membela dan menjulang Anwar menjadi PM?
Sama-sama kita fikir!
+
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pemilik blog tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda berikan. Adalah dinasihatkan setiap komen dibuat mengikut lunas undang-undang. Terima kasih.