18 Mei, 2011

Kenapa tiba-tiba sahaja KJ berani bersuara?

-
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Penulis menunggu apakah nasib ahli DAP yang bernama Mohamed Razali? Beliau telah membuat laporan polis berhubung isu DAP perguna paderi untuk semai benih politik kebencian ke dalam masyarakat dan nasibnya kini bergantung kepada kandungan laporan polis yang dibuatnya. Apakah nasibnya akan menjadi HERO atau ZERO di mata DAP?

Sebelum ini dalam artikel bertajuk "KJ Serang Bigdog, DAP Cuci Tangan..." penulis ada meninggalkan satu persoalan kepada para pembaca di akhir artikel tersebut. Persoalannya berbunyi seperti berikut:

Mengapa kini Khairy baru berani mendesak?

Serangan Khairy Jamaluddin (KJ) terhadap blogger Bigdog tidak susah untuk difahami sebenarnya. KJ merupakan seorang yang opurtunis. Mengambil peluang yang ada demi mencapai cita-citanya. Dalam konteks ini, KJ mempergunakan keadaan yang tidak tenteram dalam isu DAP perguna paderi untuk semai politik kebencian dan memusingkannya menjadi isu yang lebih hangat iaitu 'Blogger Bigdog, Marahku dan Utusan menyerang masyarakat Kristian'. Sama seperti apa yang dilakukan oleh pemimpin pembangkang seperti DAP dan PKR dan beberapa pemimpin dari MCA dan Gerakan.

Kenapa Khairy dilihat sudah terdesak untuk mengalihkan perhatian umum? Penulis teringat dengan pendedahan yang dibuat oleh Raja Petra Kamarudin (RPK) telah membayangkan penglibatan orang-orang tertentu dalam hal-hal menjatuhkan Dato' Sri Mohd Najib dalam siri temubual Datuk Mohd Ashraf Abdullah sebelum ini. (Temubual eksklusif Ashraf dengan RPK Bahagian ke 3 akan menyusul). Terdapatnya usaha-usaha yang berhempas pulas untuk memastikan segala usaha agar Najib tidak menggantikan PM yang tidak kompeten sebelum ini. Akhirnya usaha tersebut menemui kegagalan.

Pendedahan yang dibuat oleh blogger Bigdog berhubung isu DAP perguna paderi ini merupakan satu rahmat yang besar buat KJ. Isu ini sudah tentu akan sedikit sebanyak dilihat secara tidak betul oleh golongan yang opurtunis termasuklah KJ. KJ dengan mudah menyerang dan menuduh secara melulu dengan mengatakan Bigdog merupakan perosak keamanan negara. Lebih lantang berbanding DAP itu sendiri. Saling tak tumpah macam suara Lim Kit Siang lagaknya. Sama naik!

Anehnya, KJ (dan sudah tentunya seluruh pemimpin DAP) nampak lesu tanpa sebarang reaksi apabila kita dihidangkan dengan pendedahan adanya ekstremis yang tidak tahu menghormati agama Islam dan Melayu.Senyap bukan? Bukankah perbuatan itu perlu dikutuk dan perlu didesak agar diambil tindakan sewajarnya? Rakyat yang cintakan kehidupan dalam suasana yang harmoni seharusnya menolak perkara-perkara yang sebegini. Sepatutnya kita akan dengarlah adanya suara-suara dari kalangan pemimpin DAP mengutuk tindakan ini, tapi anehnya tiada seorang pun yang bersuara. Kenapa?

Reaksi KJ yang berlebihan dengan menuding jari kepada blogger kononnya dengan pendedahan isu yang dicetus oleh Bigdog dan Marahku akan menyebabkan kedudukan PM tergugat. Tergugat? Macam mana tu? Bak kata Usop Wilcha -- "Cer cerita!" KJ cuba memusingkan isu supaya isu ini juga turut dilihat sebagai satu percubaan menjatuhkan Najib.

Walau bagaimanapun, penulis mengucapkan Tahniah kepada blogger yang berani mendedahkan isu "DAP menggunakan paderi demi mencapai cita-cita politik" walaupun terpaksa mengharungi 'spin' dari golongan opurtunis ini. Walaupun terpaksa berhadapan dengan siasatan pihak berkuasa.

Pendedahan ini seharusnya dilihat sebagai satu jalan untuk memperbetulkan apa yang tidak sepatutnya yang mana seluruh rakyat tidak mahu melihat institusi keagamaan diheret dalam permainan politik kebencian yang memecah belahkan rakyat. Permainan politik yang mempergunakan agama adalah sesuatu yang sangat merbahaya terhadap kestabilan dan keamanan negara. Kita tidak mahu negara tercinta ini diheret seperti kejadian di Ambon dan sebagainya. Kita semua mahukan suasana negara yang aman dan harmoni dengan seluruh kaum dan agama saling memahami antara satu sama lain.

Dengan beberapa perkembangan terbaru yang diikuti, beberapa persoalan bermain di fikiran penulis. Apakah KJ berjaya mengalihkan perhatian umum yang kini sedang meneliti pendedahan penglibatannya dalam usaha menjatuhkan Najib? Satu perkembangan yang sangat menarik untuk diikuti dan dianalisa.
+

3 ulasan:

  1. salam Tuan KP, saya tengah update artikel saya sepertimana link tuan diatas, entah macamana saya terdelete, mujur versi updated ok.

    http://dinturtle.blogspot.com/2011/05/updated-tahniah-wira-perkasa-bukti.html

    Updated dimana saya masukkan tindakan protes dari wira perkasa. Harap maklum.

    BalasPadam
  2. W'salam Tuan Din,

    Terima kasih atas makluman.

    BalasPadam

Pemilik blog tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda berikan. Adalah dinasihatkan setiap komen dibuat mengikut lunas undang-undang. Terima kasih.