-
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Pada minggu lepas, blogger Bigdog dan Marahku menulis artikel yang menarik perhatian ramai pihak. Artikel yang ditulis itu sepatutnya boleh menyedarkan semua pihak bahawa DAP telah menggunakan politik kotor menyemai kebencian dengan cuba menarik penglibatan pihak gereja dalam kempen meraih undi mereka. Isunya mudah. DAP mengeksploitasi agama untuk raih undi.
Malahan blog Another Brick in the Wall menunjukkan rekod twitter seorang pemimpin DAP yang mana begitu giat bertemu pemimpin gereja ketika kempen pilihanraya Sarawak yang lepas. Melalui rekod twitter itu jelas kita lihat bahawa isu-isu agama disogok dan janji-janji serta pendirian dari pihak DAP dijanjikan kepada para pemimpin gereja.
Jelas sekali di sini, DAP sanggup mempergunakan isu agama untuk mencapai cita-cita besar mereka dalam politik negara. Tindakan DAP dalam mempergunakan isu-isu agama bukanlah sesuatu yang baharu. Namun, segala tindak tanduk DAP tidak diambil perhatian secara serius oleh pihak berwajib. Malahan, DAP dilihat bebas mempergunakan isu-isu sensitif demi memancing undi.
Walau bagaimanapun, tindakan blogger Bigdog dan Marahku melondehkan segala modus operandi politik kotor DAP ini dibaca secara salah oleh banyak pihak. Mereka yang opurtunis segera menggunakan artikel Bigdog dan Marahku dan memusingkannya supaya Bigdog dan Marahku boleh dilabel sebagai 'menyerang' penganut Kristian. Dan itulah yang terjadi. DAP berjaya berjalan keluar sambil mencuci tangan!
Dan lebih malang lagi apabila Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin secara terbuka menggesa blogger Bigdog meminta maaf. Satu desakan yang tidak diperlukan memandangkan semua orang sudah terlepas melihat peranan DAP dalam memainkan isu perkauman, dan agama setiap kali adanya pilihanraya.
Desakan Khairy ini amat pelik dan sukar difahami kerana kita sudah banyak kali dihidangkan dengan pelbagai tindakan celupar ramai pemimpin yang mempertikai itu dan ini yang mana semua yang dipertikaikan itu jelas dimaktub kemas dalam Perlembagaan seperti Perkara 153 dan sebagainya tetapi suara Ketua Pemuda tidak kedengaran meminta pemimpin tertentu ini memohon maaf. Senyap dan sunyi.
Persoalannya: Mengapa kini Khairy baru berani mendesak?
+
kj ni nak jadi pm pada usia 40 - dia pun disanjung oleh tony tan singapure sebagai ahli politik ber potensi
BalasPadammungkin kj ni terima sokongan luar negeri utk memporak perandakan UMNO BN.
selama ni gerak geri, ucapan dan pendiriannya saperti 'trojan horse'
kekayaannya datang dari mana? satu andaian adalah kj menerima habuan drp orang yg berkepentingan politik diMalaysia
dia ada sponsor yg sentiasa menjolok wang supaya tindakannya menuntungkan pihak tertentu dan merugikan UMNO BN