13 Jun, 2011

Dr Dzulkifli Orang Pertama Dari PAS Halang Hudud? Nik Aziz Tarik Semula Tiket Syurga Dr Zulkifli?

-
Sengaja penulis tulis tajuk artikel seperti di atas. Sebenarnya, bukan niat penulis hendak tekankan siapa orang pertama atau kedua atau ketiga yang halang hudud Pas yang tidak adil itu. Tetapi kalau ikutkan cara berfikir dan menyerang Datuk Nik Aziz begitulah tajuknya perlu ditulis.

Nik Aziz yang 'termalu' sendiri apabila Pas mencampakkan ideologi "Negara Islam Pas" kerana terkencing disergah Karpal Singh terus sahaja menuding jari telunjuk (1 jari kepada Tun Dr Mahathir 4 jari lagi tanpa sedar ditunjuk ke mukanya sendiri) bahawa Tun Dr Mahathir adalah individu yang menghalang hudud Pas.

Sebelum pergi lebih jauh lagi, elok penulis sertakan surat yang ditulis oleh Dr Mahathir pada tahun 1994 (diperoleh dari blog HHalem) untuk dibaca dan dinilai sendiri oleh para pembaca. Rakyat tidak akan faham jika tidak baca sepenuhnya isi kandungan surat tersebut.



Jelasnya sekali di sini, Dr Mahathir mengambil pendekatan bijaksana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi berkaitan hukum-hukum jenayah. Perkara paling penting yang ditekankan oleh Dr Mahathir di dalam surat beliau ialah keadilan iaitu asas yang paling penting yang ditekankan di dalam agama Islam. Apakah disebabakan ini Dr Mahathir dikecam sehingga kini dengan gelaran yang tidak baik oleh pembangkang?

Baiklah! Jika begitu mari kita sama-sama ikuti pula temubual TVPas bersama Pengarah Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr Zulkifli Ahmad. Dewasa ini rakyat terutamanya penyokong pembangkang sangat sukar menerima hakikat walaupun ditunjukkan bukti. Jika bukti keluar bukan dari kalangan orang-orang mereka sudah pasti ditolak mentah-mentah. Hanya pendapat dan pandangan dari kalangan mereka sahaja yang sah? Jadi kita gunakan sahaja klip di bawah untuk puaskan hati mereka. Ikuti temubual seperti di bawah:


Siri temubual ini menunjukkan Pas cuba untuk memberitahu kepada rakyat bahawa dalam mentadbir negara perlulah menggunakan pendekatan yang bijaksana sebegitu juga dalam soal undang-undang hudud. Dan pendekatan bijaksana itulah juga yang sebenarnya digunakan oleh Dr Mahathir. Cuma Pas buat-buat tidak tahu.

Atau adakah pendapat Dr Dzulkifli ini bohong semata-mata yang sengaja mahu menjatuhkan air muka Nik Aziz? Jika benar, apakah Dr Dzulkifli adalah orang pertama dari Pas yang menolak hudud? Tidak takutkan Dr Dzulkifli sekiranya tiket syurganya ditarik balik?

Rumusan yang kita boleh buat ialah Pas sebenarnya tahu apa yang dibuat oleh Dr Mahathir berhubung isu hudud adalah tepat dan betul! Cuma Pas sengaja tidak mahu terima kerana bongkak kononnya dia sahaja lebih Islam dan betul. Pas tidak boleh terima apa yang dilaksanakan oleh kerajaan kerana ianya dibuat oleh kerajaan bukannya dibuat oleh sebuah parti politik yang ada nama Islam di dalamnya.


+

2 ulasan:

  1. adalah juga satu ketidak ADILan dengan tidak mengemukakan akta Jenayah PAS sbnr yg diusulkan kpd kerajaan pusat.. bukan kah tidak ADIL dengan mmbaca kenyataan sebelah pihak semata2..

    BalasPadam
  2. Saya hairan bila ada org cuba asingkan Hudud dgn Keadilan. Adakah perlaksanaan Hudud itu bukan menegak KEADILAN? Adakah dlm Hudud itu tidak ada Maqasid Syariah? Saya memang hormati Dr Zul. Tetapi utk mengenepikan Hudud atas alasan lebih utamakan Keadilan saya kira ia seolah2 cuba memisahkan Hudud dgn Keadilan. Keadilan TIDAK boleh dilaksanakan tanpa Hudud. Sbb itu hari ini BN boleh berbohong, boleh curi wang negara tanpa rasa takut. Cuba lihat akta Dadah merbahaya - hukumnya Gantung sampai mati, tapi org tetap edar dadah juga. Sbb perlaksanaan tidak ikut cara Islam yg Allah tetapkan.

    Bila Allah tetapkan sesuatu utk manusia, itulah yg paling baik. Dan tugas manusia laksanakan apa yg Allah perintah dan kejayaannya Allah yg tentukan. Manusia tidak boleh tentukan laksana Hudud itu berjaya atau tidak. Allah saja yg boleh tentukan.

    Undang2 yg Islam guna 1400 dahulu adalah undang2 Islam. Itulah unfang2 yg diguna pakai sehingga barat menguasai negara islam & perkenalkan undang2 barat yg kita gunapakai hari ini. Kenapa selepas negara2 Islam ini mencapai kemerdekaan, ia tidak kembali menggunakan undang2 Islam semula? Kenapa kekalkan undang2 barat? Undang2 Islam lebih dahulu diamalkan oleh org Islam berbanding dgn undang2 barat. Undang2 Islam bukan undang2 baru.

    Jadi kembalikn kpd undang2 Islam sepatutnya bukan isu krn Ia kembali kpd status quo. Dan kembali kpd undang2 Islam adalah kembali kpd KEADILAN ALLAH yg jauh lebih universal drp mana2 keadilan yg ada hari ini. Wallahu alam.

    BalasPadam

Pemilik blog tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda berikan. Adalah dinasihatkan setiap komen dibuat mengikut lunas undang-undang. Terima kasih.