-
Kerajaan DAP Pulau Pinang arah semua tokong, gereja dan kuil turut adakan pilihanraya
Pulau Pinang, 9 Jun - Kerajaan DAP Pulau Pinang berjanji akan turut sama melaksanakan pilihanraya tokong, gereja dan juga kuil memandangkan kerajaan sentiasa mengamalkan dasar competency, accountability dan transparency (CAT).
Ketua Menteri Lim Guan Eng memberitahu pemberita Roketkini bahawa bukan hanya masjid yang diarah melaksanakan pilihanraya tetapi semua institusi keagamaan turut akan diarah berbuat demikian oleh kerajaan DAP negeri.
"Kita telus! Kita mahu semua tokong, gereja dan kuil buat pilihanraya juga", ujar Lim Guan Eng. "Bukan hanya masjid!, tambah beliau lagi.
Pilihanraya tokong, gereja dan kuil akan berjalan serentak dengan pilihanraya masjid. Ini selaras dengan asas perjuangan keadilan dan ketelusan yang sering DAP laungkan. CAT bukanlah hanya omong kosong.
Sumber: Roketkini
Berita di atas itu hanya rekaan penulis. Agak-agaknyalah, adakah kita akan dapat baca berita yang semacam itu? Peratus kebarangkalian - 0 %. Jawapannya - Tidak mungkin! Kalau benarlah DAP telus, penulis cabar DAP arahkan tokong, gereja dan kuil agar dilaksanakan pilihanraya juga.
Apa yang dapat kita perhatikan ialah DAP Pulau Pinang hanya mahu masjid sahaja melaksanakan pilihanraya. Institusi keagaman lainnya tidak diusik. DAP bukannya telus. Tujuan DAP hanyalah mahu memecah belahkan lagi umat Islam Pulau Pinang dengan idea bodoh pilihanraya masjid.
Penulis selalu ingatkan bahawa institusi keagamaan perlulah sentiasa dijadikan sebagai tempat yang boleh memupuk perpaduan, bukannya nanti dikenali sebagai satu lagi simbol perpecahan. Setelah puas rakyat berbalah dan bertikam lidah dalam politik, masjid dan institusi keagamaan boleh memainkan peranannya sebagai penyatu. Adakah kita mahu dalam politik rakyat berpecah, dan bila dalam masjid pun berpecah juga?
Sudahlah umat Islam ketika ini tenat dengan perpecahan di dalam politik. Ditambah pula permainan politik DAP cuba menyusup dan mengheret masjid dengan pelaksanaan pilihanraya ala Malaysian Malaysia DAP ini. Bagi penulis, ini modus operandi DAP yang cukup licik.
Sekiranya dilaksanakan, apa yang akan jadi nanti? Makin bersatukan umat Islam? Atau makin berpecah teruk? Fikirkanlah!
Blogger Mesin Taip Buruk secara sinikal menulis berhubung isu ini di SINI.
+

peraturan ini amat bagus. inilah yang dinamakan demokrasi terpimpin. terpimpin kepala hotak LGE!
BalasPadam