08 Jun, 2011

Tahniah! Pemimpin DAP bersikap patriotik hantar "Anak Malaysia" ke Sekolah Kebangsaan

-
Penulis tertarik dengan laporan bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menolak permohonan Hannah Yeoh, ADUN Subang Jaya dari DAP untuk mendaftarkan bangsa anaknya sebagai "Anak Malaysia" di ruangan bangsa di dalam Sijil Kelahiran.

JPN tentunya sudah mempunyai garis panduan yang perlu diikuti bagi mengisi ruangan bangsa di dalam setiap Sijil Kelahiran yang dikeluarkan. Semuanya perlu mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan. Bukannya boleh diisi ikut suka hati sahaja. Kalau ikutkan Hannah Yeoh ini mungkin sahaja beliau mahu mengisi "Caucasian" di ruangan bangsa anaknya, tapi takut nampak kelakar dan pelik pula nanti.

Sebenarnya Hannah Yeoh ini sudah tahu bahawa JPN sudah pasti menolak permohonan sebegini. Tetapi atas sebab Hannah ini berbangsa Cina DAP, memang semua perkara mahu dijadikan modal politik. Bak kata blogger RBF, "Masalah Laki Bini Dijadikan Masalah Negara!". Yang suami mahukan anak didaftar berbangsa India. Yang Hannah pula tarik telinga suaminya berkeras mahukan bangsa Cina. Penyudahnya sengaja cipta isu dengan cubaan mahu diisi dengan "Anak Malaysia".

Setelah ditolak, Hannah isi juga bangsa anaknya. Apa jalan penyelesaian yang diambil oleh Hannah Yeoh?Penulis ingatkan bangsa anaknya didaftarkan atas susur bangsa sebelah bapa iaitu berbangsa India. Tetapi bangsa Cina juga dipilihnya. Kenapa? Entahlah. Hanya suami isteri itu sahaja yang tahu apa sebabnya. Elok wartawan tanya kenapa dia pilih bangsa Cina tidak bangsa India?

Kalau ikutkan trend 'patriotik' Hannah Yeoh ini, penulis percaya akan ramailah anak-anak dari kalangan pemimpin DAP akan berebut-rebut memilih sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan mereka. Mungkin bukan setakat berebut-rebut sahaja, tetapi lebih daripada itu. Mungkin kita akan lihat senario di mana pemimpin DAP berebut-rebut menghentam mereka-mereka yang menghantar anak-anak ke sekolah Cina lalu diheret jadi agenda besar negara. Ya! Agenda demi perpaduan sebenar. Tapi semua rakyat tahu, 'patriotik' Hannah Yeoh itu cuma "patriotik kura-kura"! Hanya berpura-pura patriotik!

Kalau ikutkan trend benar-benar ikhlas dan bersikap patriotik sebagai "Anak Malaysia" sudah tentulah Sekolah Kebangsaan jadi pilihan utama. Tapi penulis berani jamin, Hannah Yeoh dan juga spesis "patriotik kura-kura" yang lain sudah tentu 'bermati-matian' menghantar anak mereka ke sekolah Cina.

Bukankah begitu wahai Hannah Yeoh dan mereka-mereka yang tergolong dalam spesis "patriotik kura-kura"?

+

1 ulasan:

  1. bubuh je la india. kan senang. tak payah nak bising satu malaya.

    BalasPadam

Pemilik blog tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda berikan. Adalah dinasihatkan setiap komen dibuat mengikut lunas undang-undang. Terima kasih.