16 Oktober, 2011

Seluruh pemimpin & pendokong BN perlu tukar kepada mode menerang dan menyerang

-
Pertamanya, penulis mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi Tahniah buat YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak atas pembentangan Bajet 2012 yang sangat meyakinkan seluruh rakyat. Bajet 2012 yang dibentangkan tersebut berjaya membuatkan seluruh kepimpinan dan pendokong pihak pembangkang seakan terkedu tanpa kata. Tahniah Dato Sri!

Gaya Dato' Sri yang bersahaja dalam membentang Bajet 2012 sambil menyusik pihak di sebelah sana cukup meyakinkan penulis dan rakyat. Bajet 2012 yang dibentangkan adalah yang terbaik. Bajet 2012 ini memberi fokus kepada kumpulan sasaran iaitu golongan miskin, berpendapatan rendah dan sederhana. Inilah yang menyebabkan pembangkang terkedu. Tidak tahu lagi macam mana hendak spin.

Kita tinggalan tentang Bajet 2012. Apa yang ingin penulis tekankan pada artikel pada kali ini ialah sesuatu yang lebih penting jika sekiranya BN mahu memastikan kemenangan yang selesa pada PRU13 kelak. Pasca PRU12, kita dapat melihat bagaimana BN seakan cukup lemah apabila gagal mendapat majoriti 2/3. Walau bagaimanapun, BN dilihat bangkit apabila Dato' Sri Najib mengambil alih teraju kepimpinan BN pada 2009.

Gesaan PM agar seluruh pemimpin BN turun padang dan menyelesaikan masalah dengan segera disambut dengan baik. Rata-rata pemimpin BN cukup rajin turun padang dan banyak masalah dapat diselesaikan dengan cukup berkesan. Berlawanan pula dengan sikap wakil-wakil rakyat pakatan pembangkang yang baharu merasa memegang kuasa tetapi sudah ramai yang terkena sakit malas. Malasnya pakatan pembangkang ini sampai kini tidak terdaya hendak daftar nama "Pakatan Rakyat" itu sendiri.

Dari segi khidmat masyarakat kepada golongan yang memerlukan ini rasanya BN mempunyai kelebihan yang sangat baik berbanding wakil-wakil rakyat dari pakatan pembangkang. Dalam hal turun padang ini, penulis boleh beri markah penuh kepada hampir semua wakil rakyat BN terutamanya UMNO. MIC juga sejak kebelakangan ini cukup yakin mendekati rakyat, turun mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat. Indikator-indikator ini cukup baik buat BN untuk PRU13 nanti.

Walaupun para pemimpin dan pendokong BN sangat komited dengan aktiviti turun padang ini namun penulis merasakan bahawa terdapat kekurangan yang sangat besar yang terdapat dalam diri pemimpin BN dan para pendokongnya. Pemimpin BN dilihat tidak berfungsi sebagai  pemimpin yang mampu membuat penerangan dan serangan. Jauh berbeza dengan para pemimpin pakatan pembangkang yang siang malam asyik menyerang BN. Ceramah sana sini, semua selit dengan serangan. Walaupun kita tahu serangan (cerita itu ini) itu tidak berasas tetapi kebanyakan mereka yang mendengar akan mempercayainya.

Dalam erti kata lain, seluruh pemimpin pembangkang tidak jemu berusaha menyemai persepsi negatif rakyat terhadap BN. Seluruh penipuan pemimpin pembangkang akan digunakan sepenuhnya oleh pendokong pembangkang. Pembangkang memang cukup pandai spin. Semua isu yang mereka cipta sendiri boleh sahaja disalahkan kepada BN kerana mereka ini pakar spin. Contohnya isu Hudud, bila Nik Aziz dapat tahu sokongan kaum Melayu terhadap Pas tinggal hanya sekitar 20% - 30%, maka Nik Aziz mainkan Hudud semula. Habis dia spin, sampai satu tahap Lim Guan Eng buat final spin cakap Pas dan Dap bersetuju untuk tidak bersetuju dengan Hudud. Habis spin sampai tersimpul mati.

Pokok pangkalnya, para pemimpin BN perlu ambil peluang hasil kepincangan pakatan pembangkang ini untuk menyerang dan dalam masa yang sama memberikan penerangan ke atas segala isu yang dimainkan oleh pembangkang. Para pemimpin BN tidak boleh semata-mata mengharapkan blogger-blogger. Blogger-blogger ini cukup setia dengan BN tanpa mengharapkan balasan sesen pun memberikan penerangan yang cukup terperinci berserta bukti dan fakta yang cukup meyakinkan. Rajin google agaknya. Bukti dan fakta yang diberikan oleh para blogger pada pandangan penulis lebih meyakinkan berbanding sesi penerangan yang diberikan oleh mana-mana bahagian penerangan UMNO/BN.

Inilah perlunya pemimpin BN segera menyampaikan fakta sahih yang terperinci kepada rakyat jika adanya isu yang dimainkan oleh pembangkang. Bongkar habis, beri fakta dan data biar terburai penipuan pihak pembangkang. Pemimpin BN perlu agresif memberikan penerangan. Apa yang penulis lihat hanya beberapa kerat sahaja pemimpin BN yang selit penerangan tentang isu semasa dan membongkar penipuan pembangkang apabila berucap di banyak tempat apabila mendapat jemputan perasmian dan sebagainya.

Rasanyalah Dato' Sri Mohd Najib sudah berada dalam mode menerang dan menyerang di samping turun padang tetapi kebanyakan pemimpin BN masih lagi selesa dengan sikap tidak ambil pusing untuk memperbetulkan persepsi negatif rakyat terhadap BN. Sebelah kaki untuk BN memang sudah ada hasil turun padang menyelesaikan masalah rakyat, cuma perlu sebelah kaki sahaja lagi untuk melangkah.

Sekiranya seluruh PEMIMPIN dan PENDOKONG BN berjaya mengambil pendekatan menerang dan menyerang ini, penulis amat yakin bahawa BN mampu menang dengan selesa. Malahan penulis berani katakan bahawa akan ada negeri yang dikuasai Pas, PKR dan DAP kembali kepada BN pada PRU13 nanti.
+

2 ulasan:

  1. ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

    HE!HE!HE!

    Baca ini dulu ye..

    http://sensecredaccountability.blogspot.com/2011/10/ds-najib-sendiri-membunuh-peluang.html

    Wallahualam..

    BalasPadam
  2. Salam sejahtera, mohon dilink blog KL BOYZ disini. Blog KP telah dilink di blog KL BOYZ..Terima Kasih..
    http://klboyzwangsa.blogspot.com

    BalasPadam

Pemilik blog tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda berikan. Adalah dinasihatkan setiap komen dibuat mengikut lunas undang-undang. Terima kasih.