21 Jun, 2011

Apa alternatif Kerajaan DAP Pulau Pinang setelah YDPA tolak pilihanraya masjid?

-
Yang Dipertuan Agong (YDPA) Sultan Mizan Zainal Abidin telah bertitah agar pilihanraya masjid yang dicanang oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang dihentikan. Daulat Tuanku! Titah Baginda ini merupakan satu kemenangan yang besar buat seluruh umat Islam. Dan dalam masa yang sama titah Baginda ini menjadi satu tamparan hebat buat Kerajaan DAP Pulau Pinang yang begitu licik menyucuk jarum perpecahan dalam umat Islam.

Cadangan pilihanraya masjid yang dipelopori oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang ini diperkatakan oleh ramai rakyat. Blogger SatD dari blog Pure Shitte membincangkan dan membongkar kepincangan yang dilakukan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang ini melalui beberapa artikelnya. Terdahulu beliau menyingkap kepincangan yang dilakukan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang dalam soal pelaksanaan pilihanraya masjid seluruh Pulau Pinang ini.

Beliau telah mempersoalkan bagaimana Kerajaan DAP Pulau Pinang boleh nekad melaksanakan pilihanraya ini sedangkan prosedur yang ditetapkan tidak diikuti sebaiknya. Beliau membuat penulisan yang agak terperinci dengan mengemukakan data dan fakta berdasarkan thesis seorang pensyarah yang mana menunjukkan Kerajaan DAP Pulau Pinang cuba mengenepikan peranan YDPA yang mempunyai kuasa dan peranan ke atas hal ehwal Islam Pulau Pinang.

Faktanya, Kerajaan DAP Pulau Pinang sama ada sengaja atau tidak, jelas sekali cuba mengenepikan peranan ini dengan tidak mendapatkan perkenan YDPA. Tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang ini saling tidak ubah seperti sebuah kerajaan yang mengamalkan pemerintahan bercorak republik. Seluruh rakyat tidak hairan kerana DAP sememangnya terhasil dari ayahnya di Republik Singapura iaitu PAP. Mentee sudah tentu akan mengikut gaya mentor.

Berikutan kepincangan yang dikesan dalam isu ini, blogger SatD melalui artikel berikutnya menggesa Kerajaan DAP Pulau Pinang yang sentiasa melaungkan CAT menjawab beberapa soalan penting. Soalan-soalan yang mesti dijawab oleh Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang adalah seperti berikut:

1. Siapa yang bertanggungjawab mengemukakan kepada Majlis Islam Pulau Pinang berhubung cadangan pilihanraya masjid seluruh Pulau Pinang?

2. Siapakah NGO yang turut terlibat seperti mana diberitahu oleh Abdul Malik Kassim dalam "Persetujuan Bersama".
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim berkata, kaedah pemilihan yang diperkenalkan itu adalah persetujuan bersama dengan pelbagai pihak termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAI), Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
3.  Siapa individu yang memberikan nasihat perundangan bahawa tindakan itu sah?

4. Adakah Kerajaan DAP Pulau Pinang berunding dengan Penasihat Undang-Undang Negeri terlebih dahulu?

Tersentak dengan gesaan oleh pelbagai pihak, Lim Guan Eng kepanasan dan mengeluarkan beberapa kenyataan menafikan penglibatannya dalam pilihanraya masjid seluruh Pulau Pinang. Blogger SatD sekali lagi melondehkan Lim Guan Eng melalui artikel terbaharunya. Bak kata beliau, Milaka AhBeng Lim Guan Eng mau kencing tapi kantoi! Lu mana mahu lari AhBeng? Baca pendedahan menarik di SINI.
 
Terdahulu, penulis mempersoalkan kenapa Kerajaan DAP Pulau Pinang hanya mahu melaksanakan pilihanraya masjid di seluruh Pulau Pinang? Sengaja penulis menukil tajuk artikel terdahulu seperti berikut iaitu "Kerajaan DAP Pulau Pinang berjanji laksanakan pilihanraya tokong, gereja dan kuil?" secara sinis supaya rakyat boleh menilai sejauh mana kredibiliti, kebertanggungjawaban dan ketelusan (CAT) yang kononnya diamalkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Kepada Kerajaan DAP Pulai Pinang, tidak perlulah diusik masjid yang menjadi simbol perpaduan umat Islam.Apakah alternatif Kerajaan DAP Pulau Pinang setelah YDPA tolak pilihanraya masjid? Jika kerajaan DAP Lim Guan Eng sudah tidak ada kerja lain sangat, elok mereka 'meneruskan janji' mereka iaitu melaksanakan pilihanraya bagi tokong, gereja dan kuil. Itu pun kalau penganut agama lain itu tiada bantahan!

CAT Mr CM? Nah... Zero!
+

19 Jun, 2011

Pendedahan ikhlas Zulkifli Noordin: Kisah sebenar di sebalik fatwa "Konspirasi II" Dr Yusuf Qardhawi

-
Baru-baru ini rakyat dikejutkan dengan pengakuan Ahli Parlimen Bandar Baharu-Kulim, Datuk Zulkifli Noordin (bekas peguambela Dato' Seri Anwar Ibrahim) bahawa beliau memperdaya Ulama Besar Dr Syeikh Yusuf al Qardhawi berhubung pertuduhan liwat yang dihadapi Anwar.



Tujuan Anwar memperdaya Syeikh Yusuf Qardhawi (melalui Zulkifli Noordin) adalah untuk mendapatkan dari mulut ulama besar itu satu ayat iaitu isu Anwar ini adalah isu fitnah, dan perlu dikenakan Qazaf. Apa yang keluar dari mulut Syeikh Yusuf Qardhawi ini digunakan sepenuhnya oleh Anwar dan disebarkan secara meluas kepada masyarakat melalui cetakan video cakera padat (VCD), ceramah politik, dan sebagainya.



Pendedahan menggemparkan yang dibuat oleh Zulkifli Noordin ini disingkap oleh laman AIDC melalui satu wawancara yang dibuat di Bangunan Parlimen pada 14 Jun 2011. Berikut penulis petik sedutan beberapa soalan dan jawapan bagi tatapan kita semua. [Wawancara penuh boleh dibaca di laman AIDC].

AIDC: Saya difahamkan Dr Yusuf Qardhawi mengatakan Anwar tidak bersalah dan minta kes ini di bawa ke Mahkamah Syariah dan YB sendiri ada dalam pertemuan tersebut ?

Zulkifli Noordin: Apabila Syeikh Yusuf Qardhawi datang, seperti yang saya sebut tadi, kita peguam, saya antara peguam, yang diminta supaya memberi taklimat kepada Syeikh Yusuf Qardhawi tentang isu Qazaf. Kita punya perancangan pada masa itu, adalah mahu mendapatkan daripada Syeikh Yusuf Qardhawi tentang fatwa atau pendapatnya tentang isu Anwar iaitu isu Qazaf. Jadi, sayalah orangnya yang memberi taklimat itu dan menyediakan soalan dalam bentuk (khusus) supaya dalam pemikiran Syeikh Yusuf Qardhawi, Anwar ini kena fitnah. Itulah gambaran yang kita bagi. Kita langsung tidak cerita kes yang sebenarnya, (misalnya) Saiful ini (adalah) kakitangan Anwar. Kita tidak cerita yang Saiful ini mengadu diliwat. Kita (hanya) beri gambaran (bahawa) ada fitnah tentang liwat ini. (Apabila) mendengar (penjelasan) macam itu, Syeikh Yusuf Qardhawi (terus) keluarkan fatwa, Qazaf.

AIDC: Adakah ini dirancang oleh Anwar ?

Zulkifli Noordin: Kita atur. Memanglah kita atur. Kita atur supaya keluar daripada mulut Syeikh Yusuf Qardhawi, pasal benda itu (untuk) dirakam. Kita nak (dengar) keluar dari mulut Syeikh Yusuf Qardhawi, ini fitnah..ini Qazaf, kita nak (yang) itu. Jadi, saya main peranan beri gambaran kepada Syeikh Yusuf Qardhawi bahawa ini fitnah. Macam tahun 1998, ini fitnah, dituduh Anwar meliwat, gini-gini. Memanglah, sebagai ulama yang diberi maklumat macam itu pasti dia akan (kata fitnah dan Qazaf). Dan apa yang kita plan itu, menjadi lah.

AIDC: Maksudnya Syeikh Yusuf Qardhawi tidak diberi gambaran yang jelas?

Zulkifli Noordin: Maksudnya begini lah… kita buat silap, kita mengaku buat silap lah. Saya antara orang yang buat silap itu. Dan saya perlu jumpa Syeikh Yusuf Qardhawi untuk perbetulkan balik. Sebab kita nak beritahu, (bahawa) kita memang perdayakan Syeikh Yusuf Qardhawi supaya mempercayai (bahawa) Anwar ini difitnah. Kita tidak beri gambaran (sebenar), iaitu (Saiful) ini kakitangan dia mengadu diliwat oleh Anwar. Kita tidak beritahu kepada Syeikh Yusuf Qardhawi ada DNA, ada itu..(ada) ini, kita tidak pernah beritahu (semua itu). Kita tidak beritahu dia (Qardhawi), bagaimana kalau tidak boleh (kena) hudud tetapi boleh dita’zirkan. (Itupun) Kalau kita betul-betul orang yang mahu hukum Islam. Tujuan kita masa itu, nak dapatkan daripada ulama besar ini, satu ayat daripada mulut dia, (iaitu) isu Anwar ini (adalah) isu fitnah, kena Qazaf. Itu yang kita buat. Saya antara orang yang terlibat. Bila kita tengok balik, banyak dosa kita buat dalam benda macam ini. Sampai ulama macam itu pun, kita boleh perdayakan supaya percaya isu Anwar ini isu fitnah, isu Qazaf. Sebab itu saya buat ucapan dalam Parlimen, kita dah buat silap dan saya minta rakan-rakan yang lain supaya jangan terus buat kesilapan yang sama. Alhamdulillah, Allah sedarkan saya. Saya masih berkesempatan jumpa orang tertentu dan minta maaf. Dan saya dah buat. Antara orang yang perlu saya jumpa ialah Syeikh Yusuf Qardhawi. Kalau lepas itu, Syeikh Yusuf Qardhawi, mungkin daripada maklumat sumber lain pula, masih lagi nak percaya, terpulang kepada dia. Itu bukan kerja saya dah.Tapi, saya antara orang yang terlibat secara direct untuk mendapatkan fatwa Syeikh Yusuf Qardhawi, yang saya percaya kita merancang untuk perdayakan Syeikh Yusuf Qardhawi supaya keluarkan fatwa itu. Saya bertanggungjawab untuk jumpa dia balik perjelaskan dan perbetulkan keadaan. Kalau (masih) boleh diperbetulkan. Kalau dia tidak mahu perbetulkan, itu tanggungjawab dia. Sekurang-kurangnya saya sudah cuba perbetulkan kesilapan saya.

AIDC: Kenapa Anwar perlu fatwa Syeikh Yusuf Qardhawi dalam kes liwat ini, (adakah) dia sendiri tiada perlindungan dalam dirinya sendiri ?

Zulkifli Noordin: Sebab Anwar ini, dia faham mentaliti orang Melayu ini simple. Saya pernah sembang dengan Anwar, dululah. Dia kata, Syeikh..orang Melayu ini, kalau hang keluar tv (televisyen) dia percayalah. Sebab orang Melayu ini, (seandainya) “ustaz tv” keluar itu, (maka) betul lah itu. Kalau kita bergaduh atau bertekak dengan orang Melayu, dia akan kata, hang siapa ? Ustaz tv (itu) kata…dia ambil (pendapat) ustaz tv. Ustaz tv ini kira hebat. Jadi, Anwar faham. Kalau ulama macam Syeikh Yusuf Qardhawi, boleh keluar fatwa bela dia, itu satu pembelaan yang hebat. Dia (akan) gunalah. Anwar ini, dia akan guna siapa sahaja, siapa sahaja yang boleh membawa kepentingan kepadanya. Kalau esok (sudah) tidak ada guna, dia (akan) tendang begitu. Mudah.

Sesungguhnya Zulkifli Noordin telah melakukan satu kesilapan yang cukup besar kesannya kepada masyarakat. Peranan beliau bersekongkol dengan Anwar Ibrahim memperdaya ulama besar seperti Syeikh Yusuf Qardhawi memberikan impak yang cukup besar. Umat Melayu Islam yang sememangnya terkenal dengan ikut apa saja cakap ulama' sudah menelan bulat-bulat fatwa ini. Hasilnya kini, agama Islam dipermainkan. Bukti-bukti seperti video, DNA, air mani, SMS, penyiasatan pihak berkuasa dan sebagainya ditolak mentah-mentah.

Nasihat penulis buat Zulkifli Noordin ialah molek kiranya YB pergi kepada media dan membuat kenyataan terbuka agar seluruh rakyat dapat mengetahui kedudukan yang sebenar. Perbuatan memperdaya ulama besar yang dilakukan atas nama Anwar ini sebenarnya telah memberikan kesan yang amat besar kepada rakyat terutamanya umat Islam. Bukan boleh diperbaiki dengan hanya memaklumkan kepada sebuah laman web berlandaskan internet semata-mata. Berapa ramaikah yang dapat dimaklumkan? Berapa ramaikah yang sudah diperbetulkan pemikirannya? Rasanya, hanya segelintir sahaja.

Kesan fatwa Syeikh Yusuf cukup besar. Amat besar. Penulis masih ingat lagi kata-kata seorang sahabat dari Pas bahawa bukti-bukti seperti video tidak terpakai kerana isu Anwar adalah isu Qazaf dengan memetik kata-kata (fatwa) yang dikeluarkan oleh Syeikh Yusuf Qardhawi. Terlalu ramai yang terpedaya dengan percaturan yang dibuat atas niat jahat. Lihat sahaja betapa banyak blog-blog yang menggunakan 'fatwa' Yusuf Qardhawi ini demi pertahankan perkara yang salah.

Penulis masih ingat betapa ramainya umat manusia yang penulis temui di kampung-kampung bercakap soal ini dengan mengaitkan perbuatan liwat Anwar dengan Qazaf bersandarkan fatwa Syeikh Yusuf ini. Fatwa yang keluar dari seorang yang dihormati seperti ulama memang memberikan kesan yang sangat mendalam. Terlalu ramai yang sudah tertipu. Terlalu ramai!

Syukur Alhamdulillah, Zulkifli Noordin cepat sedar, insaf dan mengakui kesilapannya. Bukan mudah untuk mengakui kesilapan. Tetapi adalah menjadi tanggungjawab YB Datuk Zulkifli Noordin untuk menerangkan kepada masyarakat. Penulis sangat percaya bahawa sehingga ke hari ini masih ramai yang tidak mengetahui cerita dan kedudukan yang sebenar berhubung Fatwa Syeikh Yusuf Qardhawi tersebut terutamanya yang berada di kampung-kampung.

Pakcik-pakcik berketayap masih lagi memegang kuat fatwa "Konspirasi II" Yusuf Qardhawi ini ketika bersembang politik di warung kopi di kampung-kampung. Anak-anak muda masih lagi mati akalnya dek kerana tertelan fatwa yang ternyata tidak benar ini. Segeralah tampil dan buat pengakuan terbuka di hadapan media agar dapat disiarkan di kaca televisyen semoga sampai apa yang ingin diperbetulkan. Bukan sikit umat yang sudah tertelan fatwa ini!
+

13 Jun, 2011

Dr Dzulkifli Orang Pertama Dari PAS Halang Hudud? Nik Aziz Tarik Semula Tiket Syurga Dr Zulkifli?

-
Sengaja penulis tulis tajuk artikel seperti di atas. Sebenarnya, bukan niat penulis hendak tekankan siapa orang pertama atau kedua atau ketiga yang halang hudud Pas yang tidak adil itu. Tetapi kalau ikutkan cara berfikir dan menyerang Datuk Nik Aziz begitulah tajuknya perlu ditulis.

Nik Aziz yang 'termalu' sendiri apabila Pas mencampakkan ideologi "Negara Islam Pas" kerana terkencing disergah Karpal Singh terus sahaja menuding jari telunjuk (1 jari kepada Tun Dr Mahathir 4 jari lagi tanpa sedar ditunjuk ke mukanya sendiri) bahawa Tun Dr Mahathir adalah individu yang menghalang hudud Pas.

Sebelum pergi lebih jauh lagi, elok penulis sertakan surat yang ditulis oleh Dr Mahathir pada tahun 1994 (diperoleh dari blog HHalem) untuk dibaca dan dinilai sendiri oleh para pembaca. Rakyat tidak akan faham jika tidak baca sepenuhnya isi kandungan surat tersebut.



Jelasnya sekali di sini, Dr Mahathir mengambil pendekatan bijaksana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi berkaitan hukum-hukum jenayah. Perkara paling penting yang ditekankan oleh Dr Mahathir di dalam surat beliau ialah keadilan iaitu asas yang paling penting yang ditekankan di dalam agama Islam. Apakah disebabakan ini Dr Mahathir dikecam sehingga kini dengan gelaran yang tidak baik oleh pembangkang?

Baiklah! Jika begitu mari kita sama-sama ikuti pula temubual TVPas bersama Pengarah Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr Zulkifli Ahmad. Dewasa ini rakyat terutamanya penyokong pembangkang sangat sukar menerima hakikat walaupun ditunjukkan bukti. Jika bukti keluar bukan dari kalangan orang-orang mereka sudah pasti ditolak mentah-mentah. Hanya pendapat dan pandangan dari kalangan mereka sahaja yang sah? Jadi kita gunakan sahaja klip di bawah untuk puaskan hati mereka. Ikuti temubual seperti di bawah:


Siri temubual ini menunjukkan Pas cuba untuk memberitahu kepada rakyat bahawa dalam mentadbir negara perlulah menggunakan pendekatan yang bijaksana sebegitu juga dalam soal undang-undang hudud. Dan pendekatan bijaksana itulah juga yang sebenarnya digunakan oleh Dr Mahathir. Cuma Pas buat-buat tidak tahu.

Atau adakah pendapat Dr Dzulkifli ini bohong semata-mata yang sengaja mahu menjatuhkan air muka Nik Aziz? Jika benar, apakah Dr Dzulkifli adalah orang pertama dari Pas yang menolak hudud? Tidak takutkan Dr Dzulkifli sekiranya tiket syurganya ditarik balik?

Rumusan yang kita boleh buat ialah Pas sebenarnya tahu apa yang dibuat oleh Dr Mahathir berhubung isu hudud adalah tepat dan betul! Cuma Pas sengaja tidak mahu terima kerana bongkak kononnya dia sahaja lebih Islam dan betul. Pas tidak boleh terima apa yang dilaksanakan oleh kerajaan kerana ianya dibuat oleh kerajaan bukannya dibuat oleh sebuah parti politik yang ada nama Islam di dalamnya.


+

11 Jun, 2011

TV3 Bikin Ulama' Pas Jadi "Ulama' Bisu"

-
Kemaskini:
Dokumen Negara Islam PAS (dalam format .pdf) yang diterbitkan pada 2003 boleh dimuat turun di blog XPressMinda (Klik SINI).

Posting Asal:
Berikut klip video Laporan Khas Buletin Utama TV3 - 09 Jun 2011 yang diambil dari laman YouTube (dimuat naik oleh XPressMinda). Laporan Khas tersebut menyingkap kembali sejarah perjuangan Pas yang memperjuangkan konsep "Negara Islam Pas".

Walau bagaimanapun, "Peristiwa 6611 Pas" di Muktamar  Pas 2011 memperlihat bagaimana Pas sanggup mencampak apa yang diperjuangkan setelah menerima 'arahan' dari puak-puak pro-Anwar dalam kem Pas itu sendiri. Puak-puak pro-Anwar ini pula sudah dikenali umum terkenal kerana umum sudah tahu bahawa mereka ini dicucuk hidung bak lembu oleh DAP.

Kegagalan TV3 untuk mendapatkan reaksi dari ulama' Pas (yang tidak sebulu dengan pro-Anwar) seperti Dato' Dr Haron Din dan sebagainya adalah dipercayai berpunca kerana mereka ini tidak pernah bersetuju dengan apa yang telah berlaku di Muktamar 2011. Tindakan Hj Hadi membuang "Negara Islam Pas" adalah disebabkan beliau tersepit dengan ancaman puak pro-Anwar yang hebat menguasai kem Pas.

Hj Hadi dikatakan akan disingkirkan dari kepimpinan Pas sekiranya tidak mengikut apa yang telah dipercaturkan dalam kem Pas. Tokoh ulama' seperti Ustaz Nasharudin sudah menerima nasibnya. Cakap-cakap bahawa Hj Hadi dan tokoh-tokoh lain akan disingkirkan sekiranya tidak menyokong Anwar sudah hebat dicanang sejak Muktamar 2010 lagi. Kita melihat bagaimana Ustaz Nasha tersingkir ketika mempertahankan jawatannya dalam kepimpinan Pas.

Percaturan ini dibuat oleh Nik Aziz yang begitu pro-Anwar. Peranannya amat besar dalam memastikan "Negara Islam Pas" dibuang dari perjuangan Pas. Nasihat-nasihat yang diterima dari rakan sekutu PKR dan DAP diterima bulat-bulat oleh Nik Aziz. Penulis amat percaya akan berlaku banyak perkara lain di dalam Pas yang bakal menyentak rakyat selepas ini.

Apa jadi kepada pemimpin Pas yang tidak mahu bersekongkol dengan Anwar? Adakah nanti kita akan dengar individu-individu tertentu dalam Pas keluar dari saf kepimpinan Pas atas alasan bersara? Itu adalah antara persoalan yang bermain di fikiran penulis.

Klip Video oleh XpressMinda


Klip Video oleh MediaMelayu

+

09 Jun, 2011

Kerajaan DAP Pulau Pinang berjanji laksanakan pilihanraya tokong, gereja, dan kuil?

-
Kerajaan DAP Pulau Pinang arah semua tokong, gereja dan kuil turut adakan pilihanraya

Pulau Pinang, 9 Jun - Kerajaan DAP Pulau Pinang berjanji akan turut sama melaksanakan pilihanraya tokong, gereja dan juga kuil memandangkan kerajaan sentiasa mengamalkan dasar competency, accountability dan transparency (CAT).

Ketua Menteri Lim Guan Eng memberitahu pemberita Roketkini bahawa bukan hanya masjid yang diarah melaksanakan pilihanraya tetapi semua institusi keagamaan turut akan diarah berbuat demikian oleh kerajaan DAP negeri.

"Kita telus! Kita mahu semua tokong, gereja dan kuil buat pilihanraya juga", ujar Lim Guan Eng. "Bukan hanya masjid!, tambah beliau lagi.

Pilihanraya tokong, gereja dan kuil akan berjalan serentak dengan pilihanraya masjid. Ini selaras dengan asas perjuangan keadilan dan ketelusan yang sering DAP laungkan. CAT bukanlah hanya omong kosong.

Sumber: Roketkini

Berita di atas itu hanya rekaan penulis. Agak-agaknyalah, adakah kita akan dapat baca berita yang semacam itu? Peratus kebarangkalian - 0 %. Jawapannya - Tidak mungkin! Kalau benarlah DAP telus, penulis cabar DAP arahkan tokong, gereja dan kuil agar dilaksanakan pilihanraya juga.

Apa yang dapat kita perhatikan ialah DAP Pulau Pinang hanya mahu masjid sahaja melaksanakan pilihanraya. Institusi keagaman lainnya tidak diusik. DAP bukannya telus. Tujuan DAP hanyalah mahu memecah belahkan lagi umat Islam Pulau Pinang dengan idea bodoh pilihanraya masjid.

Penulis selalu ingatkan bahawa institusi keagamaan perlulah sentiasa dijadikan sebagai tempat yang boleh memupuk perpaduan, bukannya nanti dikenali sebagai satu lagi simbol perpecahan. Setelah puas rakyat berbalah dan bertikam lidah dalam politik, masjid dan institusi keagamaan boleh memainkan peranannya sebagai penyatu. Adakah kita mahu dalam politik rakyat berpecah, dan bila dalam masjid pun berpecah juga?

Sudahlah umat Islam ketika ini tenat dengan perpecahan di dalam politik. Ditambah pula permainan politik DAP cuba menyusup dan mengheret masjid dengan pelaksanaan pilihanraya ala Malaysian Malaysia DAP ini. Bagi penulis, ini modus operandi DAP yang cukup licik.

Sekiranya dilaksanakan, apa yang akan jadi nanti? Makin bersatukan umat Islam? Atau makin berpecah teruk? Fikirkanlah!

Blogger Mesin Taip Buruk secara sinikal menulis berhubung isu ini di SINI.

+

Layakkah Nik Aziz Memegang Kunci Syurga? & Fitnah Nik Aziz Sebab Terkesan Ucapan Tahniah Tun Dr Mahathir Kepada Karpal

-
Kemaskini:
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU mendedahkan kronologi berdasarkan laporan akhbar di mana Lim Kit Siang pada tahun 1992 begitu lantang juga memberikan 'nasihat' kepada Pas berhubung ideologi "Negara Islam Pas". Sila baca di SINI. Yang pastinya seluruh manusia yang berada di bawah payung DAP sudah pastinya melompat girang! Tun Dr Mahathir yang menghantar surat kepada Nik Aziz pada tahun 1994 hanya mempersoalkan beberapa aspek undang-undang ciptaan Pas yang tidak adil. Surat Tun Dr Mahathir kepada Nik Aziz dan perbincangan akan ketidakadilan undang-undang ciptaan Pas boleh di baca di blog HHalem - rujuk di SINI. Perbincangan lanjut boleh juga dikemukakan di ruangan komen di blog HHalem.

Posting Asal:
Dahulu rakyat ketawa terbahak-bahak bila mana Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz naik berang apabila kelaku buruk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didedahkan oleh (bekas) rakan baiknya sendiri iaitu Datuk Eskay. Datuk Eskay mendakwa Anwar tidak layak menawarkan diri menjadi pemimpin negara. Lebih-lebih lagi jawatan yang diidamnya ialah Perdana Menteri Malaysia.

Datuk Eskay pada permulaannya dengan cara baik meminta Anwar sekeluarga bertaubat dan berhenti dari politik. Tetapi seperti diramal, Anwar tidak mahu juga berhenti. Hanya selepas itulah rakyat dikejutkan dengan pendedahan klip video seorang lelaki mirip Anwar yang sedang asyik 'menyudu' amoi Cina. Datuk Eskay bertegas Anwar adalah individu dalam klip video tersebut.

Perbuatan Anwar 'menyudu' ini disertakan dengan bukti-bukti seperti rakaman video, jam tangan Omega kepunyaan Anwar, kiriman SMS Anwar kepada Eskay dan lain-lain. Aneh tetapi benar -- berikutan pendedahan tersebut Nik Aziz telah mengeluarkan kenyataan bahawa individu yang mendedahkan kebenaran Anwar yang syok 'menyudu' tidak akan cium bau syurga selagi tidak memohon ampun dan cium kaki Anwar.

Pendedahan yang disertakan bukti diserang sedemikian rupa oleh individu yang mendakwa dirinya ulama'. Tetapi bagi penulis, Nik Aziz hanya orang politik yang mahu menjaga kedudukannya. 'Fatwa' Nik Aziz bahawa individu yang menunjukkan bukti kebenaran tidak akan bau syurga nampak jelas tempang dan jelek. Pas secara jahat pula cuba menyembunyikan kebenaran dengan hanya sibuk mencanang "4 orang saksi". Penerangan sumpah dan tuduhan zina 4 saksi boleh diteliti di SINI.

Terbaharu, Nik Aziz mengeluarkan fitnah terhadap Tun Dr Mahathir dalam usahanya mempertahankan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang diberikan ucapan Tahniah oleh Dr Mahathir. Karpal berjaya dalam perjuangannya menggesa Pas melupakan ideologi perjuangan "Negara Islam Pas". Tidak perlu Karpal mati untuk dilangkah mayatnya pun, Presiden Pas, Dato' Seri Haji Hadi telah dengan rela mengikut 'punahnasihat' puak-puak pro Anwar dalam Pas. Puak-puak pro-Anwar dalam Pas ini pula semuanya dicucuk hidung menurut semua sahaja apa yang dirangka oleh DAP.

Akhirnya, pada tanggal 06/06/2011 atau "Peristiwa 6611 Pas" menyaksikan Pas membunuh idelogi "Negara Islam Pas"nya tanpa dimakamkan di pusara malahan lebih jijik lagi Pas secara simbolik mencampaknya ke dalam lubang jamban. Rentetan malu diperli sinis oleh Dr Mahathir ini, Nik Aziz bingkas memfitnah Dr Mahathir. Nik Aziz memfitnah bahawa Dr Mahathir menghalang pelaksanaan Hudud di Kelantan pada tahun 1994. Malu dengan kelemahannya dan cuba memesongkan fakta Nik Aziz menabur fitnah dengan menulis seperti berikut:

"Seingat saya orang yang menghantar surat kepada kerajaan negeri Kelantan agar tidak melaksanakan hudud satu ketika dahulu namanya ialah Mahathir Mohamad bukannya Karpal Singh"

"Barangkali orang yang bernama Mahathir Mohamad ini sudah lupa untuk tujuan mengingatkannya saya boleh tunjukkan surat itu ia masih ada dalam simpanan saya".

Artikel oleh Fantrealika yang dipetik oleh blogger HHalem menerangkan secara jelas pembohongan dan fitnah jahat Nik Aziz. Penerangan HHalem yang ditulis dengan amat jelas boleh dibaca di SINI. Rakyat tidak boleh dibiarkan keliru dan dipesongkan oleh fitnah jahat Nik Aziz dan penyokong tegar Anwar. Nik Aziz mesti bertaubat!

Kepada Nik Aziz dan semua penganut tegar Pas yang pro-Anwar: Jangan salahkan orang lain kalau empunya diri sedar dan rela hati membiarkan DAP menindik hidung kalian! Berbanggalah kamu menjadi 'lembu' peliharaan DAP yang ditindik hidung, ditarik ke hulu ke hilir 'membajak' untuk tuannya!


+

08 Jun, 2011

Pas jangan taksub Anwar sampai berbohong sembunyi hukum Allah (Kemaskini 9 Jun 2011)

-
Kemaskini (9 Jun 2011):
Ralat: Al Fadhil Ustaz Mohammad Kazim bin Elias Al Hafiz adalah merupakan Pengerusi PUSAT PENDIDIKAN AL BARAKAH. Selain mengajar sepenuh masa untuk kelas pengajian di PUSAT PENDIDIKAN AL BARAKAH, beliau juga aktif menyampaikan kuliah dan ceramah bukan sahaja di negeri Perak tetapi juga di seluruh Malaysia. Beliau merupakan penceramah bebas politik. Harap maklum.

Posting Asal (8 Jun 2011):
Klip di bawah menjelaskan serba ringkas tentang zina. Syabas kepada Ustaz ini kerana berani berkata benar walaupun nanti mungkin dipecat dari Pas (yang dipenuhi kaum Anwarinas) dan dicemuh oleh penyokong tegar Anwar Ibrahim dari PKR dan DAP. Berkatalah benar walaupun ianya pahit. Berkata benarlah walaupun perkara yang ingin diberitahu bakal menjatuhkan Ketua Pembangkang bernama Anwar Ibrahim. Kerana apa yang diberitahu itu nanti membawa kebaikan kepada semua rakyat Malaysia setelah mengetahui kebenarannya. InsyaAllah.

Tahniah! Pemimpin DAP bersikap patriotik hantar "Anak Malaysia" ke Sekolah Kebangsaan

-
Penulis tertarik dengan laporan bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menolak permohonan Hannah Yeoh, ADUN Subang Jaya dari DAP untuk mendaftarkan bangsa anaknya sebagai "Anak Malaysia" di ruangan bangsa di dalam Sijil Kelahiran.

JPN tentunya sudah mempunyai garis panduan yang perlu diikuti bagi mengisi ruangan bangsa di dalam setiap Sijil Kelahiran yang dikeluarkan. Semuanya perlu mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan. Bukannya boleh diisi ikut suka hati sahaja. Kalau ikutkan Hannah Yeoh ini mungkin sahaja beliau mahu mengisi "Caucasian" di ruangan bangsa anaknya, tapi takut nampak kelakar dan pelik pula nanti.

Sebenarnya Hannah Yeoh ini sudah tahu bahawa JPN sudah pasti menolak permohonan sebegini. Tetapi atas sebab Hannah ini berbangsa Cina DAP, memang semua perkara mahu dijadikan modal politik. Bak kata blogger RBF, "Masalah Laki Bini Dijadikan Masalah Negara!". Yang suami mahukan anak didaftar berbangsa India. Yang Hannah pula tarik telinga suaminya berkeras mahukan bangsa Cina. Penyudahnya sengaja cipta isu dengan cubaan mahu diisi dengan "Anak Malaysia".

Setelah ditolak, Hannah isi juga bangsa anaknya. Apa jalan penyelesaian yang diambil oleh Hannah Yeoh?Penulis ingatkan bangsa anaknya didaftarkan atas susur bangsa sebelah bapa iaitu berbangsa India. Tetapi bangsa Cina juga dipilihnya. Kenapa? Entahlah. Hanya suami isteri itu sahaja yang tahu apa sebabnya. Elok wartawan tanya kenapa dia pilih bangsa Cina tidak bangsa India?

Kalau ikutkan trend 'patriotik' Hannah Yeoh ini, penulis percaya akan ramailah anak-anak dari kalangan pemimpin DAP akan berebut-rebut memilih sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan mereka. Mungkin bukan setakat berebut-rebut sahaja, tetapi lebih daripada itu. Mungkin kita akan lihat senario di mana pemimpin DAP berebut-rebut menghentam mereka-mereka yang menghantar anak-anak ke sekolah Cina lalu diheret jadi agenda besar negara. Ya! Agenda demi perpaduan sebenar. Tapi semua rakyat tahu, 'patriotik' Hannah Yeoh itu cuma "patriotik kura-kura"! Hanya berpura-pura patriotik!

Kalau ikutkan trend benar-benar ikhlas dan bersikap patriotik sebagai "Anak Malaysia" sudah tentulah Sekolah Kebangsaan jadi pilihan utama. Tapi penulis berani jamin, Hannah Yeoh dan juga spesis "patriotik kura-kura" yang lain sudah tentu 'bermati-matian' menghantar anak mereka ke sekolah Cina.

Bukankah begitu wahai Hannah Yeoh dan mereka-mereka yang tergolong dalam spesis "patriotik kura-kura"?

+

05 Jun, 2011

Kepimpinan ulama PAS mitos dan bid'ah...

-

Bukan penulis yang cakap...

Sekutu Pas juga yang duduk jaja...

Apa maknanya tu?

Pas dijajah ulama selama ini?

Selama ini Pas tidak merdeka?

Malaysia dah lama merdeka, Pas baru dapat mengecap nikmat merdeka?

Selama ini Pas tidak sedar bahawa mereka bergelumang dengan perkara bid'ah?

Kepimpinan ulama sememangnya mitos?

Apa pun Pas sudah tersalah memilih jalan yang sepatutnya mereka pilih...

Pas sudah tidak lagi kenal antara kawan dan lawan...

Biarkanlah!
+

Label

#justiceforMH17 'Masalah Sikap' vs 'Cemburu' 16 September 2008 1Malaysia 22 tahun tanpa konflik kaum 3 billion 31 Ogos 2009 5 Ogos 1957 Abdullah ABIM Acaro Solingan Adik Siti Amynur Ain AIDC Air percuma AirAsia Akta hasutan Akta Hasutan 1948 Akta Pendidikan 1996 Aktivis Al-Fatihah Allahyarham Tun Abdul Razak Altantuya Altel Aman Malaysia Ambiga Anak Bangsa Malaysia? Anak Wayang Pas analisa PRU13 ancaman islam di Malaysia. Anjing Gila Anwar Anwar Ibrahim Azan Azizan Azmin Ali babi Badak Pekak Badut Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia Bahasa Melayu Bajet Pahang 2009 BALACI Bangsa Malaysia Banjir Banjir di Kuantan Banjir di Lipis Bantuan Barisan Nasional Batal Usul Sekat Jualan Arak Behind The Veil Belasungkawa Bersih biadap Biadap Hina Nabi Blogger BN BN Perak BOC Boikot barangan israel Boikot produk Yahudi-Amerika Boikot Secara Terancang Bomoh Boneka BR1M Brader Anwar Bin Ibrahim bubar UMNO Bumi Daku cadbury calon boleh menang Carlsberg halal CDM25 Celaka Ceroboh Tanah Milik TNB Chin Peng Chui Jui Meng Cina Cina Boikot Melayu COMANGO Criminalise War Exhibition and Conference 2009 Cuit: Dilema Melayu Moden DAP Datuk Ibrahim Ali Datuk Mukhriz Datuk Mukhriz Mahathir DEB Demi Negara Demonstrasi DERHAKA diesel Din Turtle DNA babi Dokumen Langkah kajang Dong Zong Double Standard Prosedure Dr Abdul Rani Kamarudin Dr Chandra Muzaffar Dr Khir Dr Novandri Dr Ridhuan Tee Abdullah Dr Sidek Baba Dr Yusri Mohamad Dr Zambry Kadir Dr Zuhdi Dr. M DS Anwar DS Anwar Ibrahim DS Najib DUN DUN Perak Durian Runtuh Dyana Sofya DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah DYMM Sultan Azlan Shah Dyna Sofya DYTM Raja Dr Nazrin Shah Ekonomi Ekonomi Bumiputera ekonomi melayu Elizabeth Wong Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Selangor Erniceda Etnic Cleansing Eurocopter Evolusi Politik Melayu Fatimah Zuhri's Blog Fatwa Anti Tomboy FELDA FGV fitnah Fitnah Undi Pos Flip-flop Forum Peluk Islam Foto gabungan UMNO dan PAS. gaza Gerakan Razak Gobalakrishnan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera Hak Membeli Hak Mengundi Hansard Parlimen Harakah haram harga minyak naik Hari Kemerdekaan hina Hina Fatwa Hina Islam Hina Raja Melayu Hindraf Hipokrit Hishammuddin Tun Hussein Hishamuddin Hj Hadi Awang Hj Naser Disa Hormati murtad hudud Hudud dan Qisas Husam Musa i want to tocuh a dog i want to touch a dog Ideotique IFC india Institusi Raja Islam Islam Agama Persekutuan Islam Agama Rasmi Persekutuan Ismail Mina Ahmad israel Isu CAR Isu Kalimah Allah Isu Ketidakseimbangan Kaum isu lahad datu Isu Menteri Besar Isu Moral Isu Roboh Kuil Isu Scorpene Isu Tanah Kolej Taiping Isu Tanah Perak Jabatan Pendaftaran Negara JAIS JAKIM Jambatan Bengkok Jeff Ooi Jenayah Jom Bantu Jumlah pengundi muda Jurugambar Utusan KAFA Kaki Pembelit kalimah Allah Kamarudin Jaafar KAR1SMA Karpal Singh Kaum Cina Kaum Melayu Kebaikan Kebal Kebebasan Bersuara Kedah Kedai Rakyat 1 Malaysia keistimewaan Melayu Kekejaman Israel ke atas umat Islam kelvin yip Kempen Satu Sekolah Untuk Semua kerajaan islam Keranda 152 Kes Datuk Nasaruddin Hashim (UMNO ke PKR) Kes Liwat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Ketuanan DAP Ketuanan Melayu Ketuanan Pakatan Rakyat Ketum Khalid Ibrahim Kiasu KijangMas Kiki KKM Kongres Ekonomi Islam Ketiga Kontrak Sosial kronisma Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War Kuota Pemilikan 30 % Kuota Pemilikan Rumah 50 % Ladang Babi Lateefa Koya LBGT Lee Kuan Yew lembah klang Lembah Pantai Leong Ngah Ngah LGBT Liberalisasi? Lidah 'tidak rasmi' Pakatan Rakyat = Malaysiakini Lim Guan Eng Lim Kit Siang Lina Joy Logo Halal logo halal JAKIM Lompat Parti Low Siew Moi lowyat M Manoharan M-UPRo Mah Siew Keong Mahkamah Syariah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Muafakat Melayu Majlis Peguam Malay Mail Cyberspot Malaysia malaysia bukan negara sekular Malaysian Airline System Malaysian Malaysia Mangkat Mangkuk Ayun Azmi Shahrom Manifesto bukan janji Marah-Marah Sayang MAS Masjid Besi Putrajaya MB Kedah MB selangor MCA media sosial melayu Melayu Pulau Pinang Melayu Singapura Membina Negara mencari simcard Altel Menteri besar Selangor merdeka riview Meroyan MH17 MH370 Monopoli Ekonomi Muhammad Firdaus Dullah Muhyiddin Murtad Muslim UPRo Mustafa Ali Musuh islam Musuh Melayu Musuh Negara Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 MyKad Najib Najib Tun Razak Nasrudin Hassan negara islam negara sekular Negarawan Ulung Nga kor ming Ngeh Koo Ham Nik Aziz Nilai Nizar Nizar Boneka DAP Nurul Izzah Obama octoberfest octoberfest2014 OKU OKU dikurung OKU terbiar Omar Ong One utama Open Letter by Matthias Chang PAC Pahang Darul Makmur Pakatan Pakatan Haram Pakatan Rakyat Pakatan Rakyat Perak Pakatan Rakyat. pertusan undi cina Palestin Paneh Miang PAP Parlimen Parti tunggal PAS Pas selangor Pas Terengganu PAS youth Pasca PRU-13 PAU Ke-59 Peguam Negara Pelacuran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 PEMBELA Pembohong Pembubaran parlimen Pemuda UMNO Pemuda UMNO Bahagaian Segambut Pemuda UMNO Pahang Penamaan Calon Pencemaran Pencerobohan Tanah Kerajaan Peneroka Pengganas Komunis Pengkhianat pengkhianat negara Pengundi Atas Pagar Penyata Razak 1956 Perak Perbandingan Perdana Menteri Malaysia Ke-6 perkara 11 Perkara 11 Perlembagaan Perkara 12 perkara 121 Perkara 152 Perkara 153 perkara 3 Perkara 3 Perlembagaan PERKASA perkauman Perkhidmatan Awam Pulau Pinang perkongsian kuasa. Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Perpaduan Perpaduan Melayu/Islam Persekutuan Tanah Melayu pesawat MAS terhempas pesta arak pesta arak terbuka Petisyen petrol Petronas Pilihanraya Masjid PKM PKNS PKPIM PKR Polarisasi Kaum Politik Perak Portal Kempen SSS PPSMI PR PRK Bagan Pinang PRK Bukit Gantang PRK Galas PRK Kuala Terengganu PRK Teluk Intan pro-pembangkang produk cina produk melayu Prof Dr Aziz Bari Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim Prof. P Ramasamy PRU12 PRU13 Puasa Ramadhan Pulau Pinang Puppet Master Putera Sultan Selangor Putrajaya Qarinah Qazaf Rabindranath Tagore racist Raja Nong Chick Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia? Rasuah Razak Baginda RBA Reaksi pemimpin politik Reflections: Melayu Lama Ronnie Liu Rukun Negara Rusia Rusia Border Rusuhan Saham FGV Saiful Bukhari Azlan Sakmongkol AK47 Salah Guna Kuasa SAR Sastera Satira Satu Malaysia Sekolah Agama Sekolah Kebangsaan Sekolah Satu Aliran Sekolah Vernakular Seks sekular Selangor Sepitman Begins sesat Shafie Apdal shah alam Sidek Baba Sistem Pendidikan Kebangsaan Skuad Banjir Pemuda sokongan masyarakat kepada MAS Solat Hajat SPR SRJK Persendirian steering lock SUARAM subsidi Sultan Perak Sultan Selangor Sumpah Laknat Sun Tzu'z Art of War surah al kafirun Syed Azmi Alhabshi syiah Tan Sri Isa Samad Tan Sri Khalid Ibrahim Tan Sri Muhyiddin Tanah Kebun Peneroka Techno Crap Teluk Intan tembak Tender Tanah tender terbuka Tengku Adnan Teresa Kok terhempas The Economist The Unspinners The War Crimes Commission and Tribunal 2009 Titah DYMM Sultan Selangor Titah DYTM Raja Muda Perak di Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga Toyota Camry 2.4 Perak Truth for Teoh Beng Hock Tsunami Cina Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Tulisan Jawi Tun Dr. Mahathir Mohamad tuntutan Ukraine UMNO UMNO Seremban Uncle sim Undang-undang antilompat parti wakil rakyat Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Undi cina undi hantu Usahawan Bumiputera Pahang Ustaz Kazim Elias Utusan Malaysia V. Sivakumar video WADAH wall street journal Wan Azizah Wasiat Raja-Raja Melayu Wong Siew Teng aka Agnes Wong Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur Yusuf Qardhawi Zahid Hamidi Zahrain Zaini Hassan Zulkifli Noordin