14 Jun, 2012

Pandangan pengundi tentang isu pendaftaran partai Pakatan Rakyat

-
 Penulis tertarik dengan beberapa pendapat dalam artikel bertajuk "Pakatan Rakyat: Pakat Tetapi Tidak Terikat" yang diberikan oleh pembaca blog The Scribe A Kadir Jasin. Berikut penulis perturunkan beberapa komen yang penulis fikir menarik untuk kita semua memahami kenapa DAP-PKR-Pas suka bermain tarik tali dalam isu pendaftaran Pakatan Rakyat. Pendapat asal boleh dibaca di blog Dato' A Kadir Jasin di SINI.


Pendapat 1: Leman Tapai

Ubi rebus yang tidak empuk - satu kiasan yang tepat dan sesuai dengan orangnya.

Pakat tetapi tidak terikat - dalam rumah tangga bila suami dan isteri tidur berasing bilik, susah tu.

Sebab waktu ini sajalah segala masalah harian keluarga boleh di bincang tanpa perlu di tunjuk di hadapan anak anak.

jika setakat tergigit lidah itu, perkara biasa sebagai suami isteri.

Pendapat 2: Anak Tanah Rancangan

As salam Dato' dan semua,

Saya ingin memberikan pandangan sebagai seorang pengundi atas pagar yang mengundi PAS dan PKR di PRU12 yang lalu.

Pertamanya saya memberikan undi saya kepada PAS (tidak wujud lagi istilah Pakatan Rakyat seperti mana kini) kerana tidak senang dengan corak pentadbiran PM sebelum Dato' Najib.

Keduanya, saya mengundi PAS bukan sebab dia (Pas) bergabung dengan DAP dan PKR. Masa itu tidak pun digemburkan berkenaan pakatan ini. Tidak wujud pun nama Pakatan Rakyat sebelum PRU12. Pakatan Rakyat hanya dimomok selepas kejayaan luar biasa PKR-DAP-PAS semasa PRU12.

Ramai pengundi atas pagar macam saya yang mengundi PAS ketika PRU12 adalah kerana yakin kononnya PAS boleh berjuang bersendirian tanpa perlu berkawan dengan DAP yang begitu lantang menentang perjuangan PAS.

Saya mengundi PKR bukanlah sepenuh hati sebaliknya kerana tidak suka kepada mantan PM sebelum Najib. Bukan undi PKR kerana perjuangannya.

Setelah PAS mendapat kemenangan yang agak besar, saya lihat PAS tersalah membaca sokongan rakyat yang diperolehinya. Pas beranggapan bahawa sokongan yang diperolehi adalah sebab kesepakatannya dengan PKR dan DAP.

Hakikatnya, pengundi atas pagar, TIDAK mengundi atas sebab kononnya kesepakatan DAP, PKR dan PAS atas nama Pakatan Rakyat. Sebaliknya sokongan diberikan atas 2 sebab:

1. Tidak suka dengan corak pentadbiran BN semasa di bawah mantan PM sebelum Najib.

2. Percaya yang PAS akan jadi dominan menggantikan UMNO ketika itu. Bukan sebaliknya seperti yang berlaku kini yang mana PAS mengikut telunjuk DAP dan PKR sahaja.

PAS nampaknya dibuai mimpi kononnya rakyat terutamanya orang Melayu menyokong PAS kerana kesepakatan mereka membentuk Pakatan Rakyat. Sebaliknya itu tidak ada dalam kotak fikiran orang Melayu.

Sekian. Wallahualam.

Pendapat 3: Orang Kampung

Dato'

Pada pandangan sayalah parti-parti dalam Pakatan Rakyat tidak akan mengikat diri mereka dengan satu ikatan rasmi yakni yang menggunakan satu simbol untuk semua. Lebih lagilah dalam masa dekat-dekat dengan pilihan raya umum ini.

Simbol yang digunakan secara berasingan la ni sudah sebati dengan pengundi dan bakal pengundi.

Menukar simbol maknanya mencetuskan kekeliruan di kalangan pengundi dan bakalpengundi.

Jadi apa yang penting sekarang ini ialah memperhebatkan kempen perang saraf serta propaganda agar simbol yang sedia ada itu sentiasa melekat kuat di dalam minda orang ramai.

Dengan itu mudahlah diterjemahkan ingatan itu di petak undi bila sampai waktunya.

Melainkan apabila mereka sudah berkuasa dan telah dapat memperkukuhkan kedudukan.

Waktu itu mungkin sesuai barangkali untuk disatukan simbol atau dirasmikan ikatannya. Wallahu alam .

Pendapat 4: Abg Is

Assalamualaikum Dato'

Ada orang PAS tak suka PKR dan DAP tapi tetap pangkah PAS.

Kalu buat satu logo, takut orang-orang seperti ini akan rosakkan kertas undi. Rugikan PAS.

Kalu serius nak berpakat, amat molek atas satu nama..baru kukuh. Jangan jadi macam orang dulu-dulu, tolak pusaka pakai mulut sebab parcaya, akhirnya bila meninggal pusaka jatuh kepada orang yang berkuasa iaitu penerima amanah 'mulut'. Anak-anak arwah huru hara dan lintang pukang berebut yang sedikit.

Dewasa ini semakin tak sehaluan dan mereka cuba tunjuk mereka serasi.

Pendek kata dulu tidur satu katil, lain lain bantal dan mimpi, tapi sekarang tidur satu rumah, tapi lain-lain bilik, katil, bantal dan yang 'baru' sama hanya satu mimpi iaitu putrajaya.

Ada cerita pasal 'Nasi Besan' di blog sy. Mungkin Dato boleh panjangkan..

Wassalam.

Pendapat 5: Azhar

Salam dakj

dasar beza langit dengan bumi mana boleh bersatu.

kalau bersatu dia akan merosakkan satu sama lain.

ketika mereka menang PRU 2008 mereka adalah entiti lain lain.tiada pakatan rakyat sebelum sebelumnya.itu pasal negeri yang diperintah oleh tiga parti pakatan sangat kecoh.

kalau perintah malaysia entah dasar apa yang boleh semua orang setuju.tapi elok dijauhkan dari terjadi.musibah rasanya.

Pendapat 6: BenDol

Datuk,

1. Saya pun macam Anak Tanah Rancangan tapi saya bukan dari masyarakat Felda, saya dari masyarakat padi macam Datuk.

2. Saya dan ramai adik beradik beralih undi Pas pada tahun 2008 bukan sangat sokong Pas jauh sekali Pakatan Rakyat, tapi sebab menyampah dengan Pak Lah dan budak2 tingkat empat.

3. Negeri saya undi Pas, federal yang rosakkan undi sebab DAP bertading lawan MCA. Saya pun menyampah juga dengan MCA.

4. Bagi pilihan raya akan datang, saya tak akan undi Pas lagi sebab YB Pas bisu dalam DUN dan yang dia cakap hanyalah dia bantah bina panggung wayang di kawasan dia. DAP lagilah saya tak undi. Tapi Umno pun half past six juga.

5. Kalau saya undi Umno ialah kerana saya benci dengan PR, Ambiga&Samad Said, Bersih dan tunjuk perasaan. Itu saja. Bukan suka sangat dengan Umno, tapi dah naik meluat dengan Pas yang jadi hamba DAP, PkR dan Bersih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilik blog tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda berikan. Adalah dinasihatkan setiap komen dibuat mengikut lunas undang-undang. Terima kasih.