31 Ogos, 2012

SELAMAT HARI MERDEKA YANG KE-55, JANJI DITEPATI..

(pemerhatian dari kaca mata masyarakat marhain)



Tanggal 31 ogos 1957 adalah merupakan tarikh keramat tanah melayu yang berjaya membebaskan diri dari penjajahan. Pada hari ini pihak PR masih lagi dibelenggu janji-janji yang tidak terlaksana, mahu membuat perhinpunan janji “bersih”. Masih lagi mahu berjanji, agak pelik juga melihat perlakuan PR ini seperti tidak tahu malu itu. Pengikutnya seolah-olah sudah hilang kewarasannya dan masih menuruti apa saja yg dikehendaki oleh PR (paling sedih adalah pengikut PAS kerana mereka yang selalu ke jalan raya tetapi yang mendapat nama DAP dan PKR.. kesian). 

Pada pagi ini, seperti biasa saya akan membeli surat khabar Utusan Malaysia. Di kedai saya dapati pelbagai berita muka hadapan dari surat khabar pro-kerajaan dan pro-pembangkang. Seperti biasa berita muka surat hadapan surat khabar kerajaan akan menyiarkan sesuatu yang positif tentang kemerdekaan, surat khabar pro-pembangkang akan menyiarkan sesuatu yang negative sebagai menanam benih kebencian. Bagaimanapun yang menariknya surat khabar pro-kerajaan lebih  laris dari surat khabar pro-pembangkang. Pada ketika saya mahu membeli surat khabar Utusan Malaysia pada pukul 9.00am hanya tinggal 3 naskah sahaja lagi, begitu juga surat khabar pro-kerajaan yg lain. Yang banyak belum terjual adalah surat khabar pro-pembangkang. Ini bukan kali pertama, pada hari biasa juga sama seperti itu. Ini adalah petunjuk bahawa majority masyarakat melayu (pembaca surat khabar melayu) menyokong aspirasi kerajaan.

Berdasarkan permerhatian diatas, saya tertanya-tanya dalam hati bagaimana PR boleh memberitahu majority masyarakat melayu menyokong mereka. Saya menetap di Selangor dikawasan DUN dan Parlimennya di menangi oleh PR. Dikawasan ini pun penduduknya tidak menunjukkan sokongan kepada PR dari segi pembacaan hariannya. Saya teringat kawan saya dari Kedah yang menelefon saya selepas ”himpunan Hijau Putrajaya” anjuran PAS, dengan lantang memberitahu majority melayu sokong PR dan pasti mereka akan menawan Putrajaya. Adakah mereka sekadar mahu menerapkan perasaan yang kuat dalam penyokong mereka bahawasanya mereka adalah majority, tetapi bila kalah dalam PRU13 mereka akan menuduh BN menipu seperti sebelum ini?? Wallahualam..

Sempena Hari Kemerdekaan yang ke 55 ini, saya berdoa supaya Malaysia dan rakyatnya dipelihara dari menuju kearah kehancuran. Saya berdoa juga supaya seluruh rakyat Malaysia dibukakan pintu hatinya untuk melihat kebenaran. Sesungguhnya kebenaran akan mengatasi kebatilan.  Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilik blog tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda berikan. Adalah dinasihatkan setiap komen dibuat mengikut lunas undang-undang. Terima kasih.