07 September, 2012

PAKATAN RAKYAT TIDAK LAYAK MENYAMBUT HARI MALAYSIA



(Pandangan dari masyarakat marhain)
  1. Penubuhan Malaysia bertujuan untuk menyekat pengaruh Komunis yang menggugat pengaruh politik serantau. 80% penduduk Borneo Utara dan Sarawak telah menyokong penubuhan Malaysia (www.arkib.gov.my, Penubuhan Malaysia 16 September 1963).
  2. Anwar Ibrahim mahu membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia (www.malaysiakini.com, Anwar: benarkan Chin Peng Pulang).
  3. Bendera yang mahu menggantikan Jalur Gemilang hampir sama dengan bendera Komunis Malaya adalah rekaan Mohd Najwan Halimi adalah Timbalan Ketua Penerangan AMK,2007 (pilihan-anda.blogspot.com, Bendera Pakatan Rakyat Diilham dari Bendera Komunis Malaya).

Penubuhan Malaysia adalah bertujuan untuk memerangi dan melawan gerakan komunis di Asia tenggara. Selepas Tanah Melayu Semenanjung merdeka pada 1957, gerakan komunis masih lagi berterusan. Pada ketika itu Parti Komunis Malaya tidak mahu meletak senjata dan terus memerangi Kerajaan persekutuan Malaya untuk merampas kuasa dan berkuasa mutlak di tanah Melayu.  Ancaman gerakan komunis bukan sahaja berlaku di Semenanjung Malaysia, malah berlaku juga di Sabah dan Sarawak. Ketika itu Indonesia telah menjadi Negara komunis, singapura juga telah diresapi dengan pengaruh parti politik haluan kiri, ancaman komunis begitu mendesak sekali.

Demi melawan ancaman komunis ini, Persekutuan Tanah Melayu telah bergabung dengan Singapura, Sarawak dan Sabah. Pada ketika itu penyatuan antara Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak dan membentuk Malaysia adalah penting, kerana untuk melawan pengaruh komunis yang disokong oleh Negara besar seperti China dan USSR bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang enteng. Penyatuan ini adalah begitu signifikan kerana ia membolehkan negeri-negeri kecil ini mempunyai kekuatan untuk melawan komunis. Lihatlah betapa getirnya perjuangan memerangi komunis. Yang kecil terpaksa bergabung dan bersatu untuk meneruskan kehidupan.






Setelah sekian lama komunis sepi, pada 2009 Anwar Ibrahim ingin membawa Chin Peng (Bos Komunis Parti Komunis Malaya) kembali ke Malaysia. Pada 2011, Mohd Sabu telah mengangkat komunis sebagai hero dalam peristiwa bukit kepong (Utusan Melayu, Mohamad Sabu Hina Pejuang, Anggap Pengganas Komunis Hero Sebenar Tragedi Bukit Kepong, 27 ogos 2011). Terbaru pada 30 ogos 2012, bendera yang bakal menggantikan Jalur gemilang dikibarkan di perhimpunan haram “janji bersih” dan bendera itu direka oleh orang PKR dan ia hampir serupa dengan bendera yang ingin dikibarkan oleh Komunis jika berjaya menawan Malaya dahulu.

Menyelusuri kronologi komunis dari Pakatan Rakyat, dari pandangan mata hati penulis dapat melihat Pakatan Rakyat sedang menyuburkan ancaman komunis di Malaysia ini. Setelah 49 tahun Malaysia ditubuhkan, sekarang pihak Pakatan Rakyat mahu menyuburkan kembali komunis di Malaysia. Dulu Malaysia ditubuhkan untuk memerangi komunis, sekarang mereka kembali dengan membawa perpecahan dan perbalahan antara kaum.

Teringat pula penulis pada satu FB yang dibuat untuk melaga-lagakan antara penduduk Semenanjung dan Sarawak, meningkatkan perasaan benci masyarakat Sarawak terhadap semenanjung. Terdapat pihak di Sabah yang mula menghasut rakyat Sabah supaya membenci orang semenanjung dan menganggap parti Politik Semenanjung (UMNO) ini sebagai orang jahat. Adakah ini muslihat mereka?? Memecah belahkan perpaduan antara semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah, kerana satu ketika dahulu perpaduan ini telah berjaya menewaskan komunis.

Sesungguhnya perpaduan dan penyatuan Tanah Melayu Semenanjung, Sarawak dan Sabah adalah untuk melawan komunis dan kita berjaya. Adakah layak pakatan rakyat yang ingin mengangkat martabat komunis itu untuk menyambut Hari Malaysia??. Adakah mereka memahami semangat hari Malaysia yang memerangi komunis sedangkan mereka ingin mengagungkan komunis??

Saya berdoa supaya rakyat Malaysia dibukakan pintu hatinya dan ditunjukkan kebenaran, semoga Malaysia terhindar dari menuju ke arah kegelapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilik blog tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda berikan. Adalah dinasihatkan setiap komen dibuat mengikut lunas undang-undang. Terima kasih.