25 April, 2013

Putrajaya Oh Putrajaya....

          Ini adalah luahan rasa seorang sahabat saya yang tinggal di Putrajaya. Beliau menelefon saya dan memaklumkan bahawa ada puak yang tidak diundang & semestinya tidak disukai sedang menabur janji kosong di kuarters Putrajaya tempat beliau tinggal. Saya bertanya, "Puak mana pulak tu?". Beliau menjawab dengan nada geram, "Pas la, puak mana lagi" Apa yang beliau kesalkan adalah sikap segelintir penduduk di kuarters tersebut yang sanggup mengikut telunjuk Pas yang semua sedia maklum, datang hanya dengan satu tujuan, merebut Putrajaya yang sebelum ini Pas dan konco-konconya labelkan sebagai contoh pembaziran oleh Barisan Nasional. Saya menjadi tertarik untuk mendapatkan penjelasan sahabat saya dengan lebih lanjut. Jadi saya terus bertolak ke Putrajaya untuk bertemu beliau di kedai mamak. Setelah beberapa ketika, beliau pun memulakan bicaranya. Beliau meminta saya menulis kata-kata berikut:

       "Cabaran ini aku tujukan kepada semua penduduk di kuarters ini yang bekerja dengan Barisan Nasional tetapi menyokong Pakatan, kalau betul kau anak jantan, aku cabar kau kibarkan bendera Pas di balkoni rumah kau, jangan jadi hipokrit la, pagi bekerja dengan Barisan Nasional, malam bekerja dengan Pas, berani kerana benar la, takut kerana salah. Segala kemudahan & bantuan yang Barisan Nasional berikan, kau ambil tanpa segan silu, kau tak rasa malu ke? Pada aku, kau adalah contoh terbaik orang yang bersifat hipokrit, depan majikan puji melambung, belakang majikan bersekongkol dengan puak yang nak rosakkan masa depan anak cucu kau. Kalau kau tak faham maksud hipokrit, mungkin kau faham perkataan munafik, samalah maknanya tu. Dulu Pas tuduh pembinaan Putrajaya adalah membazir, sekarang kenapa pulak nak sibuk rampas Putrajaya? Pas memang gemar jilat ludah sendiri, kan? Jadi sekali lagi aku cabar kau, kibarkan bendera Pas di balkoni rumah kau kalau betul kau di pihak yang benar & bukannya munafik."

      Sebelum meninggalkan Putrajaya, saya singgah sebentar di Perbadanan Putrajaya untuk menikmati keindahan Putrajaya di waktu malam. Baru saya faham kenapa Pas beriya-iya mahukan Putrajaya. Putrajaya adalah sebuah bukti nyata kejayaan pentadbiran Barisan Nasional di Malaysia khususnya & dunia amnya. Pas hanya melihat Putrajaya sebagai medan untuk membalas dendam terhadap Barisan Nasional. Alangkah ruginya jika ada penduduk dari Putrajaya sendiri sanggup bersekongkol dengan Pas untuk meruntuhkan Putrajaya yang selama ini tersergam indah sebagai simbol kejayaan Malaysia yang kita cintai.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilik blog tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda berikan. Adalah dinasihatkan setiap komen dibuat mengikut lunas undang-undang. Terima kasih.