04 April, 2013

SEBAB RAKYAT MALAYSIA MESTI MENOLAK PAKATAN RAKYAT



Tanggal 3 April 2013 genap empat tahun DS Najib sebagai Perdana Menteri, tarikh ini juga menjadi tarikh pembubaran Parlimen untuk memberi peluang proses pilihanraya umum yang ke 13 dijalankan. Sebagai rakyat Malaysia, sekarang tibalah masanya kita menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.  Dari pandangan penulis, Barisan Nasional mesti diberi mandat untuk terus memerintah Malaysia dan rakyat Malaysia mesti menolak Pakatan Rakyat. Mandat kepada Barisan Nasional bukan bertujuan untuk memberikan kelangsungan politik BN, tetapi untuk memastikan kelangsungan kedamaian dan perpaduan di Malaysia.  Antara sebab saya menyeru rakyat Malaysia memberi undi kepada BN dan menolak PR adalah kerana:

1.       Isu kalimah Allah, isu islam agama rasmi boleh membawa pergolakan antara kaum.
Seperti yang umum tahu PR menyokong isu kalimah Allah untuk  bukan islam  dan juga mahu mengugurkan islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaan Malaysia. Kedua-dua isu ini adalah sensitif dalam masyarakat melayu yang menjadi kaum yang terbesar di Malaysia. PR berterusan memainkan isu sensitif ini, sebenarnya telah mengugat keamanan di peringkat nasional. Agama adalah sesuatu yang amat dekat dengan kaum melayu, dan mereka sanggup berperang untuk menyelamatkan agama islam. Sekiranya PR diberi mandate, isu ini akan berterusan malah akan jadi lebih teruk. Oleh itu berilah mandate kepada BN untuk mengekalkan keamanan dan menamatkan isu yang sensitive ini.

2.       Tender terbuka menjarakkan ekonomi antara kaum
Dalam manifesto PR terdapat cadangan untuk memansuhkan tender bumiputera dan digantikan dengan tender terbuka. Sekiranya ini berlaku, tender kerajaan akan dimenangi oleh satu kaum sahaja kerana monopoli kaum ini terhadap kebanyakan perniagaan. Tender bumiputera sebenarnya mengurangkan jarak ekonomi antara kaum, kerana walaupun tender ini diberikan kepada bumiputera tetapi kerjanya dilakukan oleh kaum lain. Ini menjadikan hasil keuntungan tender bumiputera itu dinikmati bersama oleh kaum lain. Tetapi kerana ketamakan kaum yang telah memenopoli perniagaan ini mereka mahu menghapuskan tender bumiputera ini. Ini akan menyebabkan jurang ekonomi antara kaum kembali besar dan boleh menjurus kepada perpecahan seperti yang berlaku pada 13 mei 1969.

3.       Tiada sifat patriotisma dikalangan pemimpin
Dalam isu keselamatan Negara, pemimpin PR telah menunjukkan mereka tiada semangat patriotism yang tinggi. Isu pencerobohan lahad datu mereka telah politikkan demi keuntungan politik dan membendung ‘political damage’. Disini penulis dapat simpulkan bahawa politik merupakan pertimbangan yang utama sebelum perkara lain. Sekadar Contoh: Sekiranya PR menjadi kerajaan, dan terjadi satu serangan/pencerobohan ke atas Malaysia, dan pencerobohan itu memberikan keuntungan politik kepada PR. Penulis yakin PR akan membiarkan pencerobohan itu berlaku. Akhirnya, keamanan Malaysia yang tergadai. Sanggupkah kita melihat perkara ini berlaku?

4.       Tanpa kontrak sosial dalam pentadbiran kerajaan Malaysia.
Kontrak social adalah satu perjanjian beri-memberi semasa kemerdekaan. Setiap kaum telah diberi status quo masing-masing. Kontrak social ini masih berjalan dan adakalanya berubah mengikut pertimbangan semasa. Sebenarnya kontrak social inilah yang telah menjadikan Malaysia ini aman. Tanpa kontrak social mungkin sampai sekarang kita masih berperang sesama kaum, demi mempertahankan kaum masing-masing. Dan mungkin kita masih menggunakan undang-undang rimba (yang kuat dapat semua) dalam segala hal. Pada pandangan penulis hanya BN sahaja yang berpegang pada kontrak social ini. Tanpa kontrak social ini adakah kita yakin kita akan hidup aman damai bersama? Lihatlah apa yang terjadi dengan pemilihan kerusi dalam PR, masing-masing mahu lebih kerusi. Ini terjadi kerana tiada kontrak social dikalangan pemimpin PR, tiada unsur beri-memberi, dan akhirnya akan ikut undang-undang rimba. Bagaimana konsep pengagihan kuasa dalam kerajaan nanti? Sepertinya akan bercelaru dan yang ruginya adalah rakyat Malaysia.

5.       Manifesto bukan janji
Khalid Ibrahim pada 29 Ogos 2012, telah menyatakan bahawa manifesto bukanlah janji. Sekiranya ini prinsip yang dibawa oleh PR, PR boleh melakukan apa sahaja tanpa mengikut manifesto. Jadi kenapa harus percaya dan mengundi untuk PR, manifesto mereka sendiri pun mereka tidak mahu ikut, inikan pula permintaan rakyat. Mungkin tidak akan dipenuhi.

semua yang diatas adalah antara sebab rakyat Malaysia perlu tolak Pakatan Rakyat dan menyokong dan memberi undi kepada BN. Banyak lagi sebab yang boleh diberikan.BN merupakan parti yang paling berwibawa dan tersusun di Malaysia. Mungkin BN ada kekurangannya, tetapi PR mempunyai 10 kali ganda lebih kekurangan berbanding BN. 

Jadi UNDILAH BN….

(saya berdoa supaya Allah membukakan pintu hati rakyat Malaysia untuk memilh pemimpin yang akan membawa kearah kebaikan dan menolak pemimpin yang membawa kearah kebatilan)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilik blog tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda berikan. Adalah dinasihatkan setiap komen dibuat mengikut lunas undang-undang. Terima kasih.