"UMNO tolak Islam!", kata para pemimpin Pas. Dan itulah 'zikir wajib' yang keluar dari mulut pemimpin dan pendokong Pas bilamana kita bertanya kenapa benci sangat dengan UMNO.
Bila ditanya lanjut apakah bukti yang menunjukkan UMNO tolak Islam, para pemimpin dan pendokong Pas secara mudah menuduh bahawa UMNO dakwa sahaja negara ini negara Islam tapi tidak laksana undang-undang Islam.
Bila ditanya lanjut lagi. Undang-undang Islam mana yang tidak dilaksanakan UMNO? Pemimpin Pas akan kata UMNO menolak hukum Allah SWT iaitu Hudud dan Qisas. Atas sebab ini UMNO didakwa menolak Islam.
Hakikat sebenar bukanlah begitu. Penerangan oleh Hj Khazan Che Mat dalam sidang DUN Terengganu ini diharap dapat menjelaskan salah persepsi umat Islam terhadap UMNO. Harap dapat didengar. [KLIK]
InsyaAllah salah faham akibat diburukkan Pas ini dapat diatasi dan umat Islam sedar hakikat dan situasi sebenar perjuangan kerajaan dalam memartabatkan Islam selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
Wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pemilik blog tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda berikan. Adalah dinasihatkan setiap komen dibuat mengikut lunas undang-undang. Terima kasih.