04 Mei, 2013

ADAKAH PERISTIWA HITAM 13 MEI AKAN BERULANG PADA PRU13?

dari pandangan masyarakat marhaen
 
Semalam lebuh raya sesak kerana warga ibukota pulang ke kampong halaman masing-masing. Rupanya ramai warga kota yang mengundi dikampung. Sehingga sesak lebuhraya seperti hari hari raya aidilfitri gayanya. Apapun pilihanraya pun ‘raya’ juga. Bila difikir kembali, rupanya sokongan ceramah di ibu kota tidak melambangkan sokongan penduduk setempat. Ia mungkin melambangkan sokongan golongan muda, iaitu golongan yang bawah 40tahun. Golongan bawah 40 tahun ini sering menggunakan alamat kampung untuk mengundi, bagi yang berumur atas 40 biasanya mereka telah membuat keputusan untuk menetap di Ibu kota atau kampung. Sekiranya benar telahan penulis ini, maka BN mempunyai peluang cerah untuk menang dalam PRU13. Penulis telah pergi beberapa ceramah PR dan BN, dan juga meninjau tahap sokongan di sekitar ibukota. Penulis dapati sokongan melayu majoriti condong kepada BN, sokongan bukan melayu majority condong kepada PR.

Perarakan 13 mei 1969
Sepanjang tempoh berkempen ini, kedengaran juga dari jentera BN yang menyatakan DAP memainkan isu perkauman dengan kuat. Sehinggakan ada kawasan majority cina, orang cina yang menyokong BN takut untuk memakai baju BN waima
menyatakan sokongan kepada BN sekalipun mereka takut. Adakah DAP telah berjaya memainkan isu perkauman sehingga wujud perasaan benci yang amat dalam kepada BN pada PRU13 ini. Tun Mahathir telah menyatakan bahawa DAP terutama Lim Kit Siang ‘racist’ kerana memainkan isu perkauman untuk menang PRU13 (semasa ceramah di shah alam). 

Apa yang terjadi sekarang sebenarnya sama seperti 13 Mei 1969, pada ketika itu Parti Perikatan juga telah hilang majority 2/3 didalam parlimen. Tetapi masa itu DAP telah membuat perarakan dengan kata-kata penghinaan dan provokasi terhadap melayu di Kuala Lumput. DAP ketika itu berkempen menghentam artikel 153 dalam perlembagaan (keistimewaan melayu), mengatakan melayu ini pendatang, dan banyak lagi (rujukan: laporan MAGERAN). Isu yang dimainkan  pada 1969 sama seperti isu yang dimainkan oleh DAP dalam PRU13. Pada 1969, tempoh kempen adalah panjang juga memberi kesan terhadap emosi perkauman yang dimainkan, ia juga sama seperti PRU13.
Perarakan berserta provokasi terhadap melayu

Terdapat beberapa kawan penulis telah memberi nasihat supaya berjaga-jaga dengan situasi sekarang. Mereka tahu kempen pada PRU13 telah memainkan isu perkauman ditahap yang tinggi. Politik matlamat menghalalkan cara membuka peluang peristiwa berdarah itu berulang tetap ada. Semalam selepas solat jumaat (di Masjid dikawasan PJU), pihak pengurusan Masjid telah mengadakan solat hajat memohon keselamatan pada dan selepas PRU13 ( Seolah-olah mereka mengesan sesuatu yang tidak baik bakal berlaku). Banyak bendera kecil pelbagai warna (bukan bendera parti bertanding), dipacak di sekitar Kuala Lumpur. Terdapat khabar angin yang mengatakan tempat bendera ini diletakkan adalah menandakan kawasan berkumpul bagi pihak tertentu bertujuan mengwujudkan kekecohan (penulis tidak dapat mengesahkan perkara ini). 

Tujuan penulis menulis artikel tentang 13 Mei ini, bukan untuk menimbulkan rasa takut. Jauh sekali untuk memburuk-burukkan kaum cina sebagai musuh melayu. Tetapi kita juga perlu berwaspada terhadap keselamatan kita dan keluarga kita dan juga kestabilan negara. Kita tidak perlu bermusuh antara kaum, kita hanya perlu berkongsi kuasa dan tempat tinggal. Sepertimana yang telah diamalkan oleh BN. PR hanya membentuk kuasa unilateral (untuk cina) dalam kuasa politik (PAS,PKR,DAP hanya mengejar undi kaum cina). Oleh itu UNDILAH BN untuk kestabilan dan keselamatan antara kaum.

(saya berdoa supaya Allah membukakan pintu hati rakyat Malaysia untuk memilih pemimpin yang akan membawa kearah kebaikan dan menolak pemimpin yang membawa kearah kebatilan, saya juga mendoakan Malaysia dirahmati dan diberi kemakmuran)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilik blog tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda berikan. Adalah dinasihatkan setiap komen dibuat mengikut lunas undang-undang. Terima kasih.