20 Mei, 2013

Hak Rakyat Merdeka: Hak Mengundi & Hak Membeli!

1. Kita akur dengan keputusan PRU13. Setinggi 90% kaum Cina membuat keputusan mengundi DAP. Itu sudah jadi sejarah. Sejarah yang perlu diteliti oleh semua rakyat. Lebih-lebih lagi orang Melayu dan Bumiputera.

2. Kaum Cina telah melaksanakan hak sah mereka sebagai rakyat Malaysia iaitu hak mengundi untuk mencorak halatuju politik tanahair.

3. Bagi kaum Melayu dan Bumiputera pula kita kena ambil tahu juga bahawa kita juga ada hak yang sah sebagai rakyat merdeka untuk tentukan halatuju ekonomi kaum Melayu dan Bumiputera. Kita pun mahu kaum Bumiputera duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan kaum Cina dalam bidang ekonomi dan perniagaan.

4. Jika 90% kaum Cina boleh bersatu dalam melaksanakan hak mengundi pada PRU13, apakah kaum Melayu dan Bumiputera tidak boleh bersatu dalam melaksanakan hak sah sebagai pengguna dan rakyat Malaysia iaitu hak membeli?

5. Mari sama-sama gunakan hak membeli untuk tingkatkan penguasaan ekonomi Bumiputera! Sokonglah sebarang kegiatan ekonomi kaum Melayu dan Bumiputera!

Nota: Saya sudah lama menjadi ahli PPIM dan sekian lamanya melaksanakan hak membeli saya dengan menyokong produk Melayu dan Bumiputera.

1 ulasan:

  1. Mari kita sama-sama membantu bumiputra dan melayu maju dalam perniagaan. Utamakan barangan dan perkhidmatan keluaran syarikat org melayu dahulu.

    BalasPadam

Pemilik blog tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda berikan. Adalah dinasihatkan setiap komen dibuat mengikut lunas undang-undang. Terima kasih.