18 Mei, 2013

PENYATUAN UMMAH DIANGGAP RASIS OLEH DAP??.. ADAKAH UMAT ISLAM TIDAK BOLEH BERSATU?



 pandangan orang melayu
Sumpah Melayu

Dalam surat khabar Utusan melayu pada 17/5/2013, penulis telah terbaca berita tentang Setiausaha Agung Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (PAUiTM), Shukri Ishak, telah dipanggil untuk memberi keterangan kerana laporan yang telah dibuat oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh. Pengerusi DAP itu telah membuat dakwaan rasis dalam program 'Wacana Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah' pada Ahad lalu.

Penulis agak marah juga dengan sikap DAP sekarang ini. Apa sahaja yang masyarakat melayu buat kearah perpaduan  mereka akan tentang. Sehinggakan perpaduan yang mahu dibuat atas nama islam juga mahu ditentang mereka?. Perpaduan ummah itu adalah salah satu dalam ajaran islam. Adakah DAP mahu menentang ajaran islam ini atas dasar kesamarataan itu? DAP berselindung disebalik tuduhan RASIS untuk menafikan hak-hak orang melayu/islam yang mahu bersatu. Serulah melayu untuk bersatu, serulah melayu tolong melayu dalam ekonomi, serulah melayu/islam untuk mempertahankan hak yang telah termaktub dalam perlembagaan. DAP akan tuduh mereka ini rasis. Sebenarnya DAP buat begitu kerana takut melayu/islam itu bersatu. PRU13, Kaum cina yang mewakili 30%++  dari penduduk Malaysia itu bersatu, memberi impak yang ketara dalam politik Malaysia. Bayangkan kaum melayu/islam yang mewakili 60% dalam penduduk Malaysia ini bersatu pula, betapa kuatnya pengaruh melayu jika ini menjadi  kenyataan. 

Bayangkan kekuatan perpaduan melayu/islam itu jika diterjemahkan dalam ekonomi yang menjunjung slogan melayu tolong melayu, utamakan beli dikedai melayu, utamakan beli dikedai islam dan sebagainya yang mendahulukan melayu/islam. Ekonomi melayu/islam akan berkembang pesat. Bayangkan pula kekuatan melayu dalam politik dengan sokongan 60% melayu/islam. Sudah pasti melayu akan melenyapkan impian DAP dan penyokongnya mahu memerintah Malaysia. Ini yang DAP takutkan.

RASIS adalah satu tuduhan yang ingin menakut-nakutkan orang melayu/islam untuk mencapai kekuatan maksimum. Tuduhan RASIS kepada melayu/islam adalah taktik politik DAP dan PKR. Jangan ummat melayu/islam ini takut dengan tuduhan itu. Agak menyedihkan bilamana ada masyarakat melayu yang menjadi takut dituduh rasis. Dan akhirnya menolak perpaduan sesama sendiri, menolak mahu menolong sesama sendiri.

Melayu/islam ini bersatu bukan untuk menghalau kaum lain. Melayu/islam ini bersatu bukan untuk memerangi kaum lain. Melayu/islam ini bersatu bukan untuk menindas kaum lain. Melayu/islam ini bersatu bukan untuk memboikot perniagaan kaum lain. Melayu/islam ini bersatu bukan untuk merampas hak kaum lain. Kenapa DAP harus takut dengan perpaduan melayu/islam??

Melayu/islam ini bersatu untuk menjaga agama Islam. Melayu/islam ini bersatu untuk menjaga hak melayu. Melayu/islam ini bersatu untuk meningkatkan ekonomi sesama melayu. 

Selama lima dekad Malaysia merdeka, pernahkah kita mendengar parti politik cina mempertahankan islam? Mempertahankan hak melayu? Mempertahankan Bahasa kebangsaan (bahasa melayu)? Mempertahankan Raja-raja melayu? Mempertahankan ekonomi melayu?. Sepanjang pengetahuan penulis TIDAK PERNAH!!

Hanya melayu yang tolong melayu. Majority ummat islam mempertahankan islam di Malaysia ini adalah melayu. Bersatulah wahai kaum melayu. Bersatulah wahai ummat islam. Ingatlah, Melayu bukan RASIS kerana bersatu.


Rujukan:
 http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130517/je_06/Dakwaan-rasis-Penganjur-wacana-dipanggil-beri-keterangan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilik blog tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda berikan. Adalah dinasihatkan setiap komen dibuat mengikut lunas undang-undang. Terima kasih.