24 Mei, 2013
PR semai kebencian sistem "negara Melayu". Apakah itu tidak rasis?
"Sistem negara yang dikuasai Melayu
Ketika mengulas pandangan yang diutaraka Wong Chin Huat, Yong Kai Ping (Editor Malaysiakini, edisi bahasa Cina) berkata, "legitimasi sesebuah kerajaan dalam masyarakat Melayu" merupakan "persoalan struktur" yang perlu dihadapi bukan sahaja PR, tetapi mana-mana parti politik yang bercita-cita untuk menerajui pucuk pimpinan kerajaan di negara ini.
Yong menjelaskan bahawa setelah berpuluh tahun BN memerintah, sistem negara ini telah diubahsuai kepada satu sistem "negara Melayu", di mana sektor perkhidmatan awam dan pasukan keselamatan, termasuk tentera dan polis telah dikuasai sepenuhnya kaum Melayu."
SUMBER: "Bolehkah PR bentuk kerajaan tanpa sokongan majoriti Melayu?", Merdeka Review, 21 Oktober 2009.
Apakah kenyataan yang dikeluarkan di atas tidak dilabel sebagai rasis?
Apakah tsunami Cina yang berlaku pada PRU13 yang lepas disebabkan persepsi negatif dan kebencian yang disemai terhadap "sistem negara yang dikuasai Melayu" seperti dipersoal dalam petikan di atas?
Cukup-cukuplah mempersoal. Belajarlah menerima!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pemilik blog tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda berikan. Adalah dinasihatkan setiap komen dibuat mengikut lunas undang-undang. Terima kasih.