06 Mei, 2013

PRU-13: SEBAB UTAMA KAUM CINA UNDI DAP

Penulis berpendapat, sebenarnya amat mudah memahami apa di sebalik keputusan PRU-13. Kaum Cina menyatakan sokongan padu kepada semua calon DAP. Peratusan sokongan ada mencecah hampir 95%. Kenapa ini berlaku? Kita lihat apa initipati perjuangan kedua-dua belah pihak.

PRU-13 adalah antara KEKAL status quo perkongsian kuasa antara kaum yang diamalkan oleh Barisan Nasional yang mana menjaga hak-hak seperti termaktub dalam Perlembagaan tanpa mengenepikan mana-mana kaum. Dan PRU-13 juga adalah nekad UBAH segala bentuk status quo dengan sistem Malaysian Malaysia yang mahukan segala bentuk hak-hak istimewa yang mereka dakwa diskriminasi dihapuskan walaupun ianya bercanggah dengan Perlembagaan.

PRU-13 bukannya berkenaan diskriminasi kaum. Kerana dasar-dasar kerajaan terhadap semua kaum sentiasa terbela dalam masa yang sama menjaga hak-hak yang sudah termaktub. Dasar-dasar yang dilakukan oleh Dato' Sri Mohd Najib sangat terbuka dengan mengiktiraf pencapaian semua kaum dengan melihat kepada merit.

Kaum Cina tidak melihat ada ruang lagi bagi mereka melakukan tawar-menawar banyak perkara di dalam BN. Manakala, di pihak PR, Anwar sanggup membuang segala bentuk status quo ini dengan memberikan janji populis berbentuk jawatan strategik seperti Timbalan Perdana Menteri kepada Lim Kit Siang.

Tawaran-tawaran ini adalah tidak baik untuk masa depan negara. Niat untuk memansuhkan dasar-dasar yang baik akan menyebabkan tsunami lebih dahsyat, dalam bentuk keretakan hubungan antara kaum. Sesuatu yang sangat merbahaya kepada masa depan negara. Formula perkongsian kuasa BN adalah yang terbaik. Menjaga hak semua kaum tanpa mengenepikan apa yang termaktub dalam Perlembagaan.

Tawaran memansuhkan dasar-dasar, kebebasan mutlak, jawatan (kuasa) strategik negara seperti Timbalan Perdana Menteri ini tidak pernah wujud dalam landskap politik negara sebelum ini. Tawaran kuasa strategik kepada kaum Cina ini dilihat sebagai satu bentuk peluang besar bagi kaum Cina. Itulah sebabnya kita dengar dalam ceramah-ceramah DAP menegaskan slogan-slogan pembakar sentimen seperti INI KALILAH, UBAH, Now or Never dan berbagai lagi!

Inilah padahnya apabila seorang Melayu bernama Anwar Ibrahim sanggup menggadai segalanya semata-mata mahu memenuhi nafsu menjadi Perdana Menteri tanpa mahu melihat nasib masa depan negara. Kepada Dato' Sri Najib, usah dikorban kepentingan Melayu dan kaum-kaum lain semata-mata mahu menarik sokongan kaum Cina. Dengan peratusan sokongan kaum Cina mencecah setinggi 95% signalnya jelas iaitu mereka memang berniat untuk tidak mahu bersama Kerajaan. Maka keputusan itu wajib dihormati.

Doakan moga Malaysia sentiasa dilindungi Allah SWT dalam apa jua keadaaan. Wallahualam.

6 ulasan:

  1. Kepada DS Najib, inilah masa untuk memperbetulkan segala kepincangan yang telah berlaku. Kaun Ca itu tak perlu lagi diberi muka. Perkukuhkan semula kedudukan orang Melayu jika tuan mahu bangsa Melayu kuat dan berkuasa dimasa yang akan datang.
    PNS

    BalasPadam
  2. Kekayaan dalam tangan mereka.
    Sekarang mereka mahukan kuasa pula.

    Beranikah Melayu, dlm tanah air sendiri, sudahlah tiada kekuatan harta, tiada kekuatan kuasa pula?

    Kuasa terletak dalam kebersatuan bangsa. Yang ini pun sudah berpecah kepada tiga.

    Sampi mati pun kita akan pertahankan sisa-sisa ini.

    Inilah masanya.
    Mudah2an dalan jalan kesederhanaan yang Najib ambil, terdapat sifat kepahlawanan.

    BalasPadam
  3. Sudah terang lagi bersuluh, bersama BN Cina terpaksa akur dgn status quo yg berasaskan kontrak sosial dan Perlembagaan Malaysia...peluang dan ruang utk mengubah status quo ini terbuka luas bila Anu War dan sekutu sekutunya Melayu nya menjadi pemangkin ke arah mencapai hasrat ini...percayalah pada PRU 14 nanti Cina akan terus memberi sokongan padu kpd DAP atau memecah undi Melayu melalui sokongan kpd PKR & PAS kecuali PAS cepat sedar demi kepentingan ummah dgn bersatu dgn Umno....MCA dan Gerakan tidak relevan lg bagi org Cina sbb itu pemimpin Gerakan sudah cadangkan supaya parti parti dlm BN termasuk Umno bergabung jd satu parti pelbagai kaum dan terkuburlah Umno sdg kan DAP, PAS, PKR kekal dlm gabungan PR....Saya yakin Cina telah bulatkan tekad utk bersatu di peti undi Malaysia utk sekarang dan akan dtg....sebarang insentif Kerajaan tidak mgkin mengubah tekad mereka samada yg kerja swasta atau kerajaan...d ball is now on the Melayu/bumiputra's court...survival Melayu di Malaysia hanya bergantung kpd kesatuan ummah yg jati dan kita tak boleh mengharapkan sokongan Cina utk membela dan bersama kita di bumi tercinta Malaysia!

    BalasPadam
  4. yang pasti angka 97% itu menjelaskan undi ahli mca dan gerakan juga boleh diragui...adakah mereka juga mengundi pakatan?

    BalasPadam
  5. orang cina dah termakan hasutan cina dap dengan jaminan jawatan tpm oleh anwar. orang macam anwar ni penyebab rosaknya kuasa politik melayu di Tanah melayu. memang patut sangat tun m pecat anwar dulu. masa mula2 dulu aku penyokong kuat anwar dan marah pada tun sebab pecat anwar. bila tgk permainan politik anwar skrg ni aku mula faham tindakan tun.

    BalasPadam

Pemilik blog tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda berikan. Adalah dinasihatkan setiap komen dibuat mengikut lunas undang-undang. Terima kasih.