15 Ogos, 2014

ISU MB SELANGOR: PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM SELANGOR



Isu penukaran MB Selangor semakin panas dengan tindakan Khalid memecat semua exco negeri dari PKR dan DAP. Wan Azizah juga telah mengumumkan beliau mempunyai 30 ADUN yang menyokongnya untuk menjadi MB. PAS pula telah memberitahu sekiranya ADUN BN dilantik sebagai exco, mereka akan keluar dari kerajaan campuran itu ( begitu bencinya PAS dengan UMNO, Nampak sangat PAS berjuang atas semangat kebencian). Dua ADUN dari PAS telah mengumumkan mereka menyokong Wan Azizah. Keadaan ini telah menjadikan Khalid semakin tersepit.

Pada pandangan penulis, Khalid mungkin boleh mengumumkan exco negeri semuanya dari PAS. Ini kerana untuk mengelakkan PAS dari keluar dan menyokong Wan Azizah. UMNO telah mengumumkan akan menyokong TSKI tanpa syarat, dan ini membolehkan kerajaan islam menjadi kenyataan. UMNO mungkin kempunan untuk bersama dalam kerajaan negeri, tetapi mereka akan mendapat semangat moral kerana berjaya menjatuhkan PR di Selangor.

Tan Sri Khalid Ibrahim boleh mengumumkan semua exco negeri dari PAS dan seterusnya membuat hebahan umum ini adalah kerajaan islam pertama diSelangor. Menjatuhkan kerajaan ini sama dengan menjatuhkan islam di Selangor. Pada pendapat penulis, ini akan memberikan kekangan kepada PKR dan DAP. Kerana PKR juga mahu sokongan umat islam dan DAP juga begitu, mahu keluar dari perspektif DAP anti islam. Dua ADUN PAS itu juga akan mendapat tempiasnya juga dan akan dianggap pengkhianatan kepada islam.

Terdapat teman penulis yang mengatakan bahawasanya rakyat negeri Selangor tidak pandang sangat penubuhan kerajaan islam dan ini tidak akan memberi impak yang besar kepada isu ini. Tetapi pada hemat penulis, walaupun ini tidak memberi kesan yang begitu mendalam kepada pengundi di Selangor, tetapi ia akan memberi kesan yang besar ke atas politik Malaysia keseluruhan. Usaha DAP untuk menarik umat islam menyertai DAP juga akan terbantut. Semua kesan-kesan ini akan diambil perhatian oleh PKR dan DAP sebelum mengambil langkah seterusnya untuk menjatuhkan TSKI.

Mungkin akhirnya TSKI akan jatuh jua, tetapi biarlah kalau jatuh ia memberi kesan yang maksima kepada DAP dan PKR. “Ibarat menang jadi arang, kalah jadi abu”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilik blog tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda berikan. Adalah dinasihatkan setiap komen dibuat mengikut lunas undang-undang. Terima kasih.