29 Ogos, 2014

KEMELUT MB SELANGOR: SPEKULASI KHABAR ANGIN

Kemelut MB Selangor berterusan dengan perkembangan terkini dimana PKR dan DAP menderhaka kepada sultan dengan hanya memberi satu nama iaitu Wan Azizah. Nampaknya DS Anuwar masih berkeras mahukan isterinya menjadi MB Selangor. Ini barulah dikatakan sebagai nepotisme tahap tertinggi. Apapun isu ini telah mengundang perasaan jelek rakyat Selangor kepada PKR, tetapi tidak kepada kaum cina terhadap DAP. Mengapa DS Anuwar mahukan isterinya menjadi MB? Adakah kerana rizab tunai negeri Selangor yang bernilai 3 billion itu? Jika benar kerana rizab tunai itu menjadi sasaran DS Anuwar, kemanakah arah wang itu akan dibelanjakan?

Kronologi politik semasa Malaysia, selain dari isu MB Selangor. Masyarakat juga disajikan dengan khabar angin isu usaha beberapa pihak dalaman UMNO untuk menjatuhkan Ds Najib. DS Najib telah menjadi sasaran kerana kelemahannya menjaga politik dalaman UMNO, terdapat unsur ikut cakap bini, tidak tegas dalam menjaga hak melayu, terlalu mengikut rentak pembangkang walaupun perkara itu menjejaskan hak melayu (isu penghapusan akta hasutan dan kalimah Allah) dan sebagainya. Hujah ini diperkuat dengan penarikan semula sokongan Tun Mahathir terhadap DS Najib.
Terdapat juga khabar angin yang mengatakan rombakan besaran cabinet seharusnya sudah berlaku, disebabkan kelemahan DS Najib dalam percaturan politik dalaman UMNO beliau tidak melakukannya. Ini juga telah menimbulkan kemarahan beberapa MP yang mungkin dipilih menjadi menteri atau jawatan lain dalam rombakan tersebut.

Sekiranya penulis mengangkat khabar angin ini sebagai fakta, ini akan menjurus kepada spekulasi kepada kerakusan DS Anuwar untuk mendapatkan rizab tunai 3 billion itu. DS Anuwar sememangnya dikenali sebagai oportunis. Rizab itu mungkin akan diguna pakai untuk membeli MP yang kecewa dan marah dalam perkembangan politik semasa BN. DS Anuwar perlukan wang tersebut dalam kadar segera sebelum DS Najib membuat langkah untuk memujuk MP yang marah itu atau perkara lain yang berlaku. Ini bukanlah kali pertama DS Anuwar mahu berkuasa dengan menggunakan jalan belakang. Ia pernah berlaku selepas pru12. DAP juga merestui cara DS Anuwar ini, sebab itu mereka menyokong tindakan PKR dalam isu MB Selangor walaupun ia kelihatan begitu jelek sekali. PAS sememangnya tidak pernah bersetuju dalam usaha untuk berkuasa melalui pintu belakang, prinsip ini juga terlihat selepas pru12 semasa PKR dikatakan mahu membeli MP BN, DS Hadi telah mengeluarkan kenyataan tidak menyokong cara untuk berkuasa seperti itu.
 
Apa yang penulis ceritakan diatas adalah berdasarkan cakap-cakap kosong. Tiada fakta yang menyokong cerita diatas. Bagaimanapun sekiranya ini benar-benar berlaku, penulis lihat begitu jeleknya politik Malaysia sekarang. Semuanya hanya berdasarkan kuasa semata-mata. Dimanakah perjuangan untuk menjaga islam? Perjuangan menjaga hak melayu? Perjuangan menjaga rakyat? Apakah jenis pemimpin yang kita ada ketika ini? bolehkah kita bergantung dengan mereka? Begitu banyak persoalan dan tiada jawapannya.

Semoga sempena bulan kemerdekaan ini, kita diberi kesedaran dan petunjuk. kita perlu menyokong pemimpin yang benar-benar pemimpin yang berjuang untuk agama, bangsa dan negara. bukan sekadar kuasa semata-mata. Jangan kita mengambil sambil lewa dalam pemilihan, waima dalam pemilihan ketua cawangan sekali pun. tidak kira ia untuk parti UMNO atau PAS. Dua parti inilah yang akan menjaga Melayu dan islam. Jangan biarkan pemimpin yang gila kuasa menguasainya. 

SELAMAT HARI MERDEKA.... DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilik blog tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda berikan. Adalah dinasihatkan setiap komen dibuat mengikut lunas undang-undang. Terima kasih.