Kali ini penulis tidak mahu menulis panjang lebar.
Cukuplah jika penulis katakan bahawa jika sekiranya Akta Hasutan 1948 itu dimansuh maka sokongan orang Melayu yang sekian kalinya menyelamatkan UMNO dalam setiap PRU akan beralih arah.
Senang cakap, UMNO tidak lagi akan mendapat sokongan orang Melayu. Kerana dengan ihsan undi Melayulah UMNO masih berkuasa memegang tampok negara.
Dato' Najib perlu ingat bahawasanya beliau berkuasa bukan hasil dari undi orang Cina yang ternyata menyokong Pakatan Rakyat dengan peratusan undi setinggi 95%.
Tidak ada sebab untuk Dato' Najib reward kaum Cina dengan pemansuhan Akta Hasutan ini. Akta Hasutan adalah benteng terakhir mengekalkan ketenteraman rakyat yang berbilang agama dan bangsa.
Jika Dato' Najib masih lagi berkeras mahukan pemansuhan dilaksanakan, wajarlah Presiden UMNO itu digantikan.
Itu adalah untuk mengelak bencana yang lebih besar terhadap agama, bangsa dan tanahair.