23 Oktober, 2014

ISU SENTUH ANJING: DAP DAN PKR CUBA MENGALIHKAN ISU KEPADA ISU POLITIK SUPAYA ISLAM BERPECAH



Isu kempen “ I want to touch a dog” masih lagi hangat diperkatakan. Umat islam di Malaysia majoritinya menolak kempen ini. umat islam bersatu dan mempunyai satu suara yang menolak kempen seperti ini. kempen ini juga mempunyai unsur-unsur fitnah terhadap islam dan dilakukan dengan ilmu yang cetek terhadap islam. Kempen ini juga di khuatiri sudah diresapi dengan fahaman islam liberal yang boleh menjadikan akidah umat terpesong. Memang sepatutnya umat islam itu bersatu dan menolak kempen seperti ini. Bersatu kerana agama islam.

Disebabkan umat islam itu bersatu dalam hal ini, dan ini telah meresahkan musuh umat islam dan juga orang-orang tidak mahu islam itu bersatu. Beberapa update didalam twitter dan FB telah dikesan cuba menjadikan isu “I want to touch a dog” sebagai isu politik. Dimana umat islam itu mudah berpecah jika ia melibatkan politik. 


Pada Mulanya Nurul Izzah mengucapkan tahniah kpada penganjur- sedangkan kempen ini tiada kaitan dengan PKR pun. 

Kemudian Nga Kor Ming- secara tiba-tiba mengaitkan isu ini dengan UMNO. Tiada seorang pemimpin UMNO yang bersuara tentang kempen ini, macam mana tiba-tiba Nga Kor Ming ini boleh mengaitkan isu ini dengan UMNO. Dimana logiknya? 

Para penyokong PR pula telah memuat naik gambar-gambar pemimpin UMNO dan mengaitkan mereka dengan kempen ini. seolah-olah mereka mahu mengatakan “pemimpin UMNO juga ada buat dosa, apa salahnya umat islam buat dosa lagi dengan kempen sentuh anjing ini”.

PR cuba mensensasikan isu ini supaya menjadi isu politik. Apakah tujuan sebenar mereka membuat ini? adakah mahu memastikan umat islam itu terus berpecah, supaya islam itu jatuh tersungkur di Tanah Melayu ini. 

Ayuh umat islam jangan terpengaruh dakyah golongan ini. Teruskan mengecam orang-orang yang membuat kempen ini, supaya tiada lagi orang yang mahu menganjurkan kempen yang secara tidak langsung membuat provokasi dan fitnah terhadap islam. Teruskan boikot pasaraya yang menjadi tempat kempen maksiat seperti “ I want to touch a dog” dan “octoberfest”, supaya pada masa akan datang tiada pasaraya atau tempat lain yang berani memberikan tempat untuk tujuan seperti ini.

21 Oktober, 2014

KEMPEN SENTUH ANJING, ONE UTAMA, ISLAM LIBERAL DAN POLITIK

Pada 19 october  2014, satu kempen saya ingin sentuh anjing ( I want to touch a dog) telah diadakan di One Utama shopping center. Tujuan kempen ini adalah membuang stigma dan mengatasi persepsi negatif orang Islam dan Melayu terhadap anjing. Satu kempen yang dibuat khas untuk umat islam. Adakah pada pandangan penganjur kempen ini, islam menggalakkan umatnya berlaku kejam terhadap anjing? Adakah penganjur kempen ini (Syed Azmi Alhabshi) kurang didikan agama islam atau dia mempunyai agenda mengliberalkan islam (seperti kata ustaz Kazim Elias).

Sekiranya penganjur ingin menyatakan umat islam ini berlaku kejam terhadap anjing. Untuk pengetahuan pembaca, Islam tidak pernah mengajar umatnya bersikap kejam terhadap mana-mana binatang. Jika tujuan akhir kempen itu, untuk menggalakkan umat islam membela anjing seperti membela kucing, itu sama seperti menggalakkan
umat islam membuat dosa. Tidakkah pengajur kempen (merupakan umat islam) sekiranya rumah mempunyai anjing malaikat tidak masuk rumah. Pada pandangan penulis, melihat kempen ini dari segi apa pun ia lebih memberikan perspektif negative terhadap islam dalam erti kata lain kempen ini memfitnah islam. Seolah-olah ingin menunjukkan islam ini kejam terhadap anjing dan juga ajaran islam tentang anjing adalah salah. Dan yang paling menyedihkan ada surat kebenaran MAIS dan juga tazkirah membenarkan umat islam menyentuh anjing tanpa darurat. Sepertinya ustaz yang memberi tazkirah itu tidak mempunyai ilmu yang cukup. cukup menyedihkan.

Bagaimanapun umat islam dan para ustaz, ulama diseluruh Malaysia menentang kempen ini. Umat islam nampaknya bersatu menentangnya. Tetapi dengan tidak semena-mena Nurul Izzah (anak DS Anwar Ibrahim), mengucapkan tahniah terhadap penganjuran kempen ini. Selepas itu, para penyokong PKR yang beragama islam bermati-matian mempertahankan pendapat pemimpin mereka itu. Dan akhirnya umat islam yang bersatu tadi berpecah dua kerana politik. Apakah tujuan Nurul Izzah mengucapkan tahniah kepada penganjur? Mahu memesongkan isu ini menjadi isu politik dimana umat islam itu berpecah. Nanti pada akhirnya kempen meng-liberalkan islam mencapai kemenangan. Sudah acap kali isu agama dipesongkan menjadi isu politik oleh penyokong PKR. Sebelum ini isu video menghina Nabi Muhammad di luar Negara, tetapi disini menjadi isu politik. Yang berpecah umat islam, yang rugi juga islam, fikirkan…

Dalam bulan oktober dua kemungkaran besar telah berlaku di One Utama, pesta Arak (octoberfest) dan Kempen menyentuh anjing (I want to touch a dog) target audience nya adalah umat islam. One utama sekali lagi menjadi tempat pengajuran aktiviti yang mencabar isla. Apa yang berlaku terhadap umat islam di Bandar Utama dan sekitarnya? Adakah mereka telah diresapi oleh islam liberal? Adakah disana menjadi pusat menjatuhkan umat islam. Umat islam di sekitar Bandar utama kebanyakannya merupakan mereka yang telah Berjaya dan kaya raya. Samaada mereka diresapi oleh islam liberal atau tidak “wallahualam”.

Tetapi kita sebagai umat islam harus bersatu dan menentang kempen seperti ini. Boikot One Utama kerana penganjuran Octoberfest dan kempen "i want to touch a dog". Terus tingkatkan kecaman terhadap orang islam yang menganjurkan kempen yang salah di sisi Islam. Berikut adalah fatwa kebangsaan  tentang pegang anjing http://www.e-fatwa.gov.my/sites/default/files/kedudukan_anjing_dan_hukum_berkaitannya.pdf

13 Oktober, 2014

"BUY IN ONE UTAMA LAST "- SEBAGAI BANTAHAN PENGANJURAN PESTA ARAK SECARA TERBUKA!!



Grand final Oktoberfest (pesta arak) telah pun diadakan secara terbuka buat pertama kalinya di
Malaysia. Kemuncak pesta arak ini telah diadakan di ruang tempat letak kereta One Utama, pada 11 dan 12 oktober 2014. Ironinya Malaysia merupakan Negara islam dan mempunyai majority penduduk beragama islam.

Papan iklan mempromosikan pesta ini cukup gah di tayangkan di Shah Alam (ibu negeri yang mempunyai majority umat islam.Jika promosi terbuka seperti itu dikatakan hanya untuk orang bukan islam, memang sungguh pelik. Kalau mahu mempromosikan kepada “target customer”, mungkin tidak perlu iklan terbuka seperti di shah alam. 

Umat islam di sekitar lembah klang telah menyuarakan bantahan terhadap penganjuran pesta arak secara terbuka. Tetapi malangnya bantahan ini tidak diendahkan, bantahan juga dibuat oleh parti politik melayu (UMNO dan PAS). Malangnya ada MP dari PAS
yang menyokong pesta ini. Parti politik yang berasaskan kaum lain tidak membantah pesta ini, malah pemimpin dari DAP dan PKR menghadiri pesta arak ini. MB Selangor dari PKR juga tidak mahu membantah pesta ini. Umat islam bukan mahu menidakkan hak penganut agama lain untuk minum arak, tetapi umat islam tidak mahu pesta ini diadakan secara terbuka. Pengiklanan secara terbuka di Shah alam itu juga seolah-olah seperti provokasi terhadap umat islam. Umat islam di lembah klang tidak pun membantah beberapa siri pesta arak ini, kerana ia diadakan secara tertutup, tetapi mereka membantah acara kemuncaknya kerana ia diadakan secara terbuka.

Sensitivity umat islam dinegara ini telah di kacau dengan penganjuran grand final Octoberfest 2014 secara terbuka ini. Segala bantahan umat islam kepada octoberfest ini dipandang sepi. Pemimpin-pemimpin islam hanya mementingkan kuasa daripada menjaga sensitivity umat islam. 

Sekiranya perkara ini dibiarkan, pasti akan ada pesta-pesta yang bersifat provokasi seperti ini pada
masa akan datang. Umat islam perlu bersatu dan melakukan sesuatu untuk mengelakkan perkara ini berlaku lagi pada masa akan datang. Umat islam perlu menggunakan kekuatan kita. Pada ketika ini antara kekuatan umat islam di Malaysia adalah kuasa membeli. Mungkin Umat islam berbelanja di pasaraya lain selain One Utama sebagai tindakan bantahan kerana menganjurkan pesta arak secara terbuka. Mungkin dengan tindakan seperti ini, umat islam dapat memberikan mesej kepada mana-mana pasaraya supaya mengambil endah tentang sensitivity umat islam sebelum menganjurkan apa-apa aktiviti secara terbuka. Umat islam sebelum ini telah Berjaya dalam kempen menyelamatkan Palestine dengan menggunakan kaedah boikot sebuah franchise makan segera terkemuka. Ini membuktikan umat islam di Malaysia mempunyai kekuatan dalam kuasa membeli. Kita perlu menggunakan kekuatan ini sekali lagi untuk mengelakkan pesta seperti ini dibuat secara terbuka di Malaysia.

Ayuh!! Bangunlah umat islam nyatakan bantahan ini. Walaupun pesta itu telah berakhir, tetapi umat islam perlu sampaikan mesej bantahan ini kepada semua rakyat dan pemimpin. Supaya ia tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang. BERBELANJALAH SELAIN DARIPADA ONE UTAMA.

04 Oktober, 2014

Buku Mesti Baca: The Colour of Inequality


Penulis baharu sahaja menerima kiriman Poslaju buku di atas pada sebelah pagi tadi daripada MPH yang mana penulis membelinya secara online dengan harga RM40 (perlu ditambah RM7 kos penghantaran).

Buku yang berjudul "The Colour of Inequality: Ethnicity,  Class, Income and Wealth in Malaysia" ditulis oleh pakar ekonomi, Dr. Muhammed Abdul Khalid, PhD.

Buku yang mengandungi 6 bab ini secara umumnya membincangkan secara ilmiah tentang jurang agihan pendapatan dan kekayaan di Malaysia.

Penulis baharu sahaja selesai membaca Bab 1 - Pengenalan dan Latarbelakang (Chapter 1 - Introduction and Background).

Dalam bab pengenalan ini sahaja pembaca sudah dibentangkan dengan gaya penulisan yang sangat menyakinkan dengan semua pernyataan yang diberikan disokong dengan fakta dan angka dari pelbagai sumber.

Dengan menghabiskan bab pengenalan yang padat dengan facts dan figures yang menarik ini sahaja membuatkan pembaca rasa sangat teruja untuk meneruskan bacaan sehingga ke muka surat terakhir!

02 Oktober, 2014

MINYAK NAIK: KENYATAAN KERAJAAN VS LUAHAN RAKYAT




KENYATAAN KERAJAAN
LUAHAN RAKYAT
MOF on the fuel subsidy subsequent to last night:
"Subsidi RON95 & Diesel:
Sedikit penjelasan.

1. Selama ini rakyat Msia samada yg kaya, sederhana & berpendapatan rendah mendapat subsidi RON95 & diesel tapi ramai yg kurang sedar kewujudan subsidi itu walau ada dimaklum di pam2 minyak.

2. Jumlah subsidi Kjaan utk RON95 & diesel thn lepas sahaja ialah rm24.8 billion & tahun ini sekitar rm21-22 billion. Purata rm2b sebulan!! Ini kerana ketika minyak tinggi harganya, subsidi seliter adalah juga tinggi antara 50-80sen seliter.

3. Bila ditarik subsidi 20 sen, maka RON95 berharga 2.30 seliter & diesel 2.20 seliter. Harga terkini sebenar di pasaran utk RON95 ialah 2.58 seliter, tapi harga Msia 2.30. Bermakna Kjaan masih beri 28 sen seliter subsidi. Utk diesel pula harga terkini sebenar 2.52. Harga Msia 2.20. Bermakna 32 sen masih lagi diberi subsidi oleh Kjaan.

4. Hampir rm2 ribu juta sebulan dibelanja utk subsidi bahan bakar yg tentunya "hangus terbakar". Rm2 ribu juta boleh bina 2 ribu dewan org ramai di 2 ribu kpg dgn harga rm1 juta sebuah dewan. Boleh bina 4 universiti sebulan dgn harga rm500 juta sebuah. (48 universiti setahun!!) Boleh bina 2ribu kilometer jalan kpg utk Sabah & Sarawak. Tapi semuanya tak boleh dibuat sbb kita beri subsidi utk RON95 & diesel.

5. Siapakah penerima terbesar subsidi rm2billion sebulan itu? Data yg ada mendapati 70% diguna oleh mereka yg berpendapatan tinggi & sederhana tinggi. Sbbnya mereka miliki lebih banyak kenderaan & kuasa / CC kereta lebih besar. Rakyat di kpg2 & pinggir2 bandar hanya guna motorsikal & kereta2 yg kecil.

6. Subsidi sepatutnya diberi kpd mereka yg miskin bukan kpd yg kaya. Jadi subsidi diesel & petrol ini telah sekian lama tersasar. Ini adalah tidak adil & tidak rasional. Dulu ketika minyak murah & kenderaan tidak sebanyak kini, subsidi minyak cuma rm2 billion setahun yg kini rm2billion sebulan. Semakin kecillah peruntukan kpd rakyat terbanyak yg boleh diberikan.

7. Maka utk lebih adil, subsidi minyak itu perlu dikurangkan. Penjimatannya boleh diberi kpd rakyat yg lebih layak. Pengurangan subsidi 20 sen sebelum ini berjumlah rm4 billion & diberi dlm bentuk BR1M yg telah menafaatkan hampir 7 juta rakyat & keluarga di negara ini.

8. Tentu rakyat sedang menunggu berita2 baik yg akan diumum oleh YAB PM dlm Bajet 2015 pada 10/10/14 ini. Semuanya itu perlu kpd peruntukan yg banyak. Sbhgnya tentu drpd subsidi minyak yg telah dijimatkan lagi sebanyak 20 sen seliter utk faedah kpd ramai rakyat yg lebih memerlukan.

9. Msia mmg negara pengeluar minyak, lebih kurang 600 ribu tong sehari. Minyak kita berkualiti tinggi maka kita eksport & dapat hasil yg lebih kpd negara. Arab Saudi & USA lebih 1.7juta tong sehari. Kita negara pengeluar yg ke 27 di dunia. Jadi minyak yg ada di stesyen seluruh negara adalah diimport & harganya ikut pasaran dunia.

10. Memang sukar utk membuat keputusan yg tidak popular. Tapi keputusan itu adalah utk membetulkan ketidakadilan yg berlaku. Subsidi minyak yg banyak itu boleh diagih kpd rakyat dgn lebih bersasar & tepat spt BRIM yg lebih tinggi jumlahnya & juga utk pembangunan luar bandar yg lebih baik.

11. Rakyat terbanyak skrng ini masih menikmati subsidi tepong, gas memasak, beras ST15, minyak masak, diesel, RON95, kesihatan/perubatan, pendidikan, rm100 utk anak sekolah, rm250 voucher buku. Utk pesawah ada pelbagai subsidi padi, ada sara hidup nelayan rm200 sebulan, bantuan2 JKM, Kedai Rakyat 1Msia dll.

12. Kebajikan yg banyak ini akan diteruskan malahan akan sentiasa diperbaiki. Namun, utk membetulkan ke arah yg lebih adil & rasional, khususnya ttg subsidi minyak secara pukal yg tersasar itu, ianya memerlukan kefahaman & kesabaran ramai & banyak pihak. Komitmen kpd kesejahteraan rakyat tetap jadi keutamaan Kjaan.


1.      Harga minyak naik mendorong kepada harga barangan lain naik juga. Total harga barang keperluan naik melebihi BRIM yang diberi, memberi tekanan kos sara hidup.
2.      Kerajaan cakap akan halang kenaikan harga barang, tetapi hakikatnya harga barang tetap naik walaupun kenaikan harga barang adalah daripada manipulasi pihak yang tidak bertanggungjawab. Kerajaan tidak serius dalam menghalang harga barang naik.
3.     Kerajaan mengejar status Negara maju sebagai alasan rasionalisasi subsisdi. Tetapi apakah makna Negara maju sekiranya rakyat berhadapan dengan tekanan kos sara hidup yang tinggi?
4.   




SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA, KITA BOLEH MENYATAKAN KESUSAHAN DAN MEMINTA KERAJAAN CARI JALAN LAIN SELAIN NAIKKAN HARGA MINYAK.

BAGAIMANAPUN UNTUK MEMILIH PAKATAN RAKYAT SEBAGAI PENGGANTI BN
ADALAH SUATU KESILAPAN YANG BESAR, KERANA APA YANG TELAH DILAKUKAN DISELANGOR DAN PULAU PINANG JELAS MENGGAMBARKAN PR LEBIH TERUK DARIPADA BN. MEREKA LEBIH MEMENTINGKAN KUASA DARIPADA RAKYAT.

ADALAH LEBIH BAIK RAKYAT MEMPERBAIKI BN DARIPADA MEMILIH PAKATAN RAKYAT.