13 Oktober, 2014

"BUY IN ONE UTAMA LAST "- SEBAGAI BANTAHAN PENGANJURAN PESTA ARAK SECARA TERBUKA!!



Grand final Oktoberfest (pesta arak) telah pun diadakan secara terbuka buat pertama kalinya di
Malaysia. Kemuncak pesta arak ini telah diadakan di ruang tempat letak kereta One Utama, pada 11 dan 12 oktober 2014. Ironinya Malaysia merupakan Negara islam dan mempunyai majority penduduk beragama islam.

Papan iklan mempromosikan pesta ini cukup gah di tayangkan di Shah Alam (ibu negeri yang mempunyai majority umat islam.Jika promosi terbuka seperti itu dikatakan hanya untuk orang bukan islam, memang sungguh pelik. Kalau mahu mempromosikan kepada “target customer”, mungkin tidak perlu iklan terbuka seperti di shah alam. 

Umat islam di sekitar lembah klang telah menyuarakan bantahan terhadap penganjuran pesta arak secara terbuka. Tetapi malangnya bantahan ini tidak diendahkan, bantahan juga dibuat oleh parti politik melayu (UMNO dan PAS). Malangnya ada MP dari PAS
yang menyokong pesta ini. Parti politik yang berasaskan kaum lain tidak membantah pesta ini, malah pemimpin dari DAP dan PKR menghadiri pesta arak ini. MB Selangor dari PKR juga tidak mahu membantah pesta ini. Umat islam bukan mahu menidakkan hak penganut agama lain untuk minum arak, tetapi umat islam tidak mahu pesta ini diadakan secara terbuka. Pengiklanan secara terbuka di Shah alam itu juga seolah-olah seperti provokasi terhadap umat islam. Umat islam di lembah klang tidak pun membantah beberapa siri pesta arak ini, kerana ia diadakan secara tertutup, tetapi mereka membantah acara kemuncaknya kerana ia diadakan secara terbuka.

Sensitivity umat islam dinegara ini telah di kacau dengan penganjuran grand final Octoberfest 2014 secara terbuka ini. Segala bantahan umat islam kepada octoberfest ini dipandang sepi. Pemimpin-pemimpin islam hanya mementingkan kuasa daripada menjaga sensitivity umat islam. 

Sekiranya perkara ini dibiarkan, pasti akan ada pesta-pesta yang bersifat provokasi seperti ini pada
masa akan datang. Umat islam perlu bersatu dan melakukan sesuatu untuk mengelakkan perkara ini berlaku lagi pada masa akan datang. Umat islam perlu menggunakan kekuatan kita. Pada ketika ini antara kekuatan umat islam di Malaysia adalah kuasa membeli. Mungkin Umat islam berbelanja di pasaraya lain selain One Utama sebagai tindakan bantahan kerana menganjurkan pesta arak secara terbuka. Mungkin dengan tindakan seperti ini, umat islam dapat memberikan mesej kepada mana-mana pasaraya supaya mengambil endah tentang sensitivity umat islam sebelum menganjurkan apa-apa aktiviti secara terbuka. Umat islam sebelum ini telah Berjaya dalam kempen menyelamatkan Palestine dengan menggunakan kaedah boikot sebuah franchise makan segera terkemuka. Ini membuktikan umat islam di Malaysia mempunyai kekuatan dalam kuasa membeli. Kita perlu menggunakan kekuatan ini sekali lagi untuk mengelakkan pesta seperti ini dibuat secara terbuka di Malaysia.

Ayuh!! Bangunlah umat islam nyatakan bantahan ini. Walaupun pesta itu telah berakhir, tetapi umat islam perlu sampaikan mesej bantahan ini kepada semua rakyat dan pemimpin. Supaya ia tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang. BERBELANJALAH SELAIN DARIPADA ONE UTAMA.

3 ulasan:


  1. aku sokong sangat sangat. buat kempen seluruh negara. tengok mereka mengelupur. Cuma masalahnya golongan melayu modern liberalist bandar je yang tak akan ikut!!!

    BalasPadam
  2. Hello.... yang perigi belanja bukan org melayu tapi org cina. Org melayu mana ada uwang...

    BalasPadam
  3. buat sahaja kempen ni... lihat kesan dia.. sesungguhnya umat islam perlu berbuat sesuatu untuk mencega kemungkaran... bukan setakat menghantar memo bantahan tetapi tidak memberi kesan yg signifikan...

    BalasPadam

Pemilik blog tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda berikan. Adalah dinasihatkan setiap komen dibuat mengikut lunas undang-undang. Terima kasih.