21 Mac, 2016

CAWANGAN UMNO - PAK TURUT ATAU PEJUANG AGAMA, BANGSA DAN NEGARA?


Berkabung untuk UMNO

Cawangan UMNO akan bersidang di saat UMNO dikuasai oleh pemimpin yang terpalit dengan pelbagai noda dan dosa. Adakah mereka akan terus mempertahankan presiden UMNO yang banyak terpalit dengan skandal ini atau memperjuangkan agenda Agama, Bangsa dan Negara.

Setakat ini, sebilangan besar netizen membenci najib. Cawangan UMNO harus sedar, netizen ini majority adalah anak muda. Sekiranya suara majority anak muda ini terus disisihkan, sudah pasti undi tidak akan berpihak kepada UMNO dalam PRU akan datang. Peratusan kuasa undi anak muda semakin meningkat. oleh itu peluang UMNO untuk mempertahankan 43% undi adalah amat tipis sekali.

Dengan tindakan Najib yang membuang dan memecat semua ahli UMNO dari jawatan mereka adalah jauh dari kebenarannya. Sekiranya terdapat pemimpin UMNO lain yang menyokong tindakan ini, sedarlah bahawasanya kamu sedang membenarkan proses diktator didalam UMNO. Selepas ini, semua pemimpin UMNO terpaksa mengikut sahaja apa kata presiden dan tidak boleh mempersoalkan kebenarannya. Setiap manusia tetap melakukan kesilapan, kerana manusia tidak maksum. Tetapi kalau sesuatu kesalahan itu tidak boleh dipersoalkan dan ditegur itu adalah satu kesilapan yang besar. dan itu juga bertentangan dengan islam, dalam konsep "amal amkruf nahi mungkar". sekiranya apa yang terjadi sekarang tidak dihalang, UMNO akan menjadi parti komunis, yang mana semua pemimpinnya harus mendapat restu dari presiden, dan sudah tentu pemimpin itu bukan daripada pilihan rakyatnya.

Kepada cawangan UMNO, pilihlah untuk berjuang demi Agama, Bangsa dan Negara.

disclaimer: artikel diatas adalah pendapat peribadi penulis dan tidak bermaksud untuk menghasut terhadap apa-apa perkara.

12 Mac, 2016

RED ALERT - PERDANA MENTERI YANG BOLEH DIUGUT DAN BOLEH MENGADAIKAN KEDAULATAN NEGARA

Berkabung untuk UMNO

Masihkah DSN layak menjadi Perdana Menteri sedangkan skandal demi skandal melikari hidupnya. skandal kewangan ini adalah terburuk dalam sejarah negara. Skandal ini juga disiasat oleh beberapa negara seperti USA, switzerland, dan beberapa buah negara lagi. Sekiranya negara-negara yang menyiasat tentang skandal kewangan ini dan mendapat bukti tentang kesalahan DSN, mereka mempunyai kuasa untuk memeras ugut Perdana Menteri. 

Ini adalah isu keselamatan negara. Sekiranya perdana menteri boleh diugut, dan perdana menteri boleh menggadaikan Negara demi menyelamatkan dirinya. Sekarang pun sudah terbukti DSN menggadaikan Partinya untuk menyelamatkan dirinya. Tiada langkah menyelamatkan parti, hanya langkah menyelamatkan dirinya daripada skandal ini. Ini membuktikan dia hanya mementingkan dirinya sahaja. Negara boleh dijajah semula hanya kerana perdana menterinya mudah dijual beli dan boleh di peras ugut.

Apa gunanya menyelamatkan perdana menteri sementara negara tergadai.. tepuk dada tanya selera... SELAMATKAN MALAYSIA...

Disclaimer: artikel diatas hanyalah pendapat peribadi penulis, dan tidak mempunyai maksud untuk menghasut atau segalanya...

06 Mac, 2016

BERKABUNG UNTUK UMNO

Berkabung untuk UMNO

UMNO sekarang sedang diuji dengan hebatnya. Ia di uji dengan diberikan seorang preseiden yang penuh dengan skandal. Ahli UMNO diuji untuk melihat dimanakah perjuangan ahli UMNO itu, adakah perjuangan ahli UMNO untuk agama, bangsa dan negara atau untuk mempertahankan presiden UMNO. Presiden UMNO sekarang hanyalah liability kepada UMNO kerana skandal yang dibuatnya sendiri. Adakah wajar seorang Perdana Menteri menjadi penaung kepada sebuah syarikat (1MDB) yang membuat projek dengan kerajaan? tidak kah itu menimbulkan "confilct of interest".

skandal demi skandal Presiden UMNO yang telah menconteng arang yang amat hitam kepada UMNO. Paling menyedihkan ialah para menteri yang mempertahankan presiden UMNO secara membuta tuli. Tidakkah mereka sedar rakyat (tidak kira parti) sudah jelik dengan tindakan mempertahankan presiden UMNO sekarang?

UMNO sebenarnya adalah parti yang mempunyai sistem dimana presiden boleh dicabar dalam pemilihan. jika presiden itu benar, bertandinglah... tidak perlu takut. Apa yang berlaku sekarang ialah pemimpin UMNO yang mempunyai jawatan takut untuk bersuara. Takut hilang jawatan, tidakkah mereka terfikir kalau UMNO kalah mereka juga turut hilang jawatan. Adakah presiden UMNO yng mempunyai kredibiliti yang amat buruk di mata rakyat boleh membawa kemenangan kepada UMNO? UMNO menang kerana rakyat yakin kepada UMNO bukan kepada presiden UMNO, ingatlah wahai pemimpin UMNO.

Tindakan UMNO menurunkan timbalan Presiden UMNO adalah satu kesilapan, kerana jawatan dalam UMNO adalah melalui pemilihan bukan secara lantikan. Kalau mahu menjatuhkan timbalan presiden, harus ada pemilihan baru bukan dengan mensyuarat dan melantik sesiapa sahaja penyokong presiden untuk dijadikan timbalan. 

Sekarang UMNO dilihat oleh rakyat sebagai parti yang mempertahankan presidennya sahaja. Jiwa UMNO yang mempertahan Agama, bangsa dan negara sudah mati dibawah DSN. Apabila pemimpin UMNO bercakap tentang agama, bangsa atau negara... kedengaran ianya hanyalah retorik, sama seperti PAS, PKR dan DAP. itulah tahap UMNO sekarang.

penulis berkabung untuk UMNO kerana sayangkan UMNO. tidak sangka sampai begini jadinya....

Disclamer: tulisan diatas adalah pendapat peribadi penulis dan tidak berniat untuk menghasut dalam semua perkara.