01 Oktober, 2016

PROPAGANDA MO1 DAN KEHEBATAN TUN M

Berkabung untuk UMNO


Samaada kita sedar atau tidak kem MO1 telah membuat propaganda terhadap rakyat Malaysia. MO1 telah membuat propaganda untuk memfitnah Tun M (untuk menjatuhkan kredibiliti), mempromosi diri MO1. Banyak cyber trooper kerajaan MO1 diarahkan untuk melakukan propaganda ini semata-mata untuk MO1 sahaja. Tiada lagi tindakan untuk rakyat, segalanya untuk MO1.

PROPAGANDA MO1
mengapa MO1 amat memerlukan propaganda ini, ia adalah kerana kebanyakan perancangan dia tidak menjadi. sebagai contoh kerajaan MO1 terpaksa melakukan promosi untuk memperlihatkan kejayaan plan transformasi. keluar duit beratus ribu atau mungkin jutaan semata-mata untuk membuat promosi memperlihatkan kejayaan transformasi, tidakkah itu pelik?... ia  terpaksa dilakukan kerana transformasi itu gagal mensejahterakan rakyat. sehingga kini rakyat terpaksa menanggung peningkatan sara hidup, rakyat semakin susah. tiada kesan transformasi ini kepada rakyat. Propagada adalah alat yang digunakan utk menipu rakyat sekali lagi.

kesilapan 1MDB yang semakin terserlah dan menyerlahkan salah guna kuasa oleh MO1. 1MDB di siasat oleh 6 buah negara luar, satu demi satu kesilapan 1MDB  dibongkarkan dan secara tidak langsung membongkar kesalahan MO1. propaganda digunakan untuk menutup kesalahan MO1 didalam negara. nak ke US pun dah takut.

kekuatan Tun M akan menyebabkan parti MO1 kehilangan pengundi. segala macam propaganda dilakukan, memfitnah Tun M dan keluaganya, memperlekehkan kredibility Tun M, kenyataan media yang salah drpd Agong. Sedar ataupun tidak, Tun M mempunyai 1.4 juta tandatangan rakyat yang menolak MO1 sebagai PM yang sebahagian besarnya Ahli UMNO. 1.4 juta ini akan berubah jadi undi kepada Parti BERSATU, satu tamparan yg hebat kepada MO1. SEGALA-GALANYA ZAMAN MO1 HANYALAH KHAYALAN ATAUPUN RETORIK SEMATA-MATA.

KEHEBATAN TUN M
Tun M tidak perlukan propaganda seperti MO1. Perancangan Tun M dapat dirasakan oleh rakyat sehingga kini. Rakyat membandingkan kehidupan zaman Tun M dan MO1, ternyata zaman Tun M masih yang terbaik. rakyat merasainya. wawasan 2020 masih menjadi pegangan rakyat malaysia. kawasan2 perekonomian seperti KL, putrajaya, cyberjaya masih lagi tempat tumpuan ekonomi. tiada tempat tumpuan ekonomi baru yang dibuat oleh MOI. sebab itulah Tun M masih di hormati oleh masyarakat malaysia dan dunia.

pada ketika ini, jika MO1 mahu melawat rakyat, tempat itu telah dimaklumkan terlebih awal untuk dibuat persediaan. MO1 melawat bukan untuk melihat kesusahan rakyat, tetapi untuk mempromosi dirinya. Tun M semasa menjadi PM, melawat kawasan secara senyap untuk melihat kesusahan rakyat, supaya dia boleh menolong rakyat. TUN M MEMIMPIN UNTUK RAKYAT, MO1 MEMIMPIN UNTUK SURVIVAL KUASANYA.

disclaimer: artikel diatas adalah pendapat peribadi penulis dan tidak bermaksud untuk menghasut terhadap apa-apa perkara.

17 Julai, 2016

KEKUATAN UMNO(PARTI NAJIB) ADALAH DAP, KEKUATAN PARTI BARU TUN M


Berkabung untuk UMNO

1. Pada PRU 13, penulis dapat merasakan ketakutan orang melayu sekiranya DAP memerintah Malaysia melalui Pakatan pembangkang. Rata-rata orang melayu takut sekiranya DAP memerintah bermaksud orang cina yang memerintah melayu, takut nya orang melayu Malaysia akan jadi seperti singapore (melayu tiada kuasa). Oleh sebab itu melayu telah menyokong UMNO/BN pada ketika itu. Faktor Najib sebagai PM tidak memain peranan yang besar dlm PRU13. Pada pendapat penulis BN berkuasa semula kerana undi orang melayu kerana takutkan DAP berkuasa.

2. BN berjaya membentuk kerajaan dengan majority mudah dengan kelebihan kerusi parlimen, bagaimanapun peratus sokongan rakyat kepada BN di seluruh negara jatuh kepada 48% sahaja. Dalam penggal ini, Isu 1MDB amat memberi impak dalam kestabilan dan sokongan rakyat kepada BN. Cara Najib menangani isu 1MDB amat buruk sekali, tidak datang forum "nothing to hide" bila mengetahui Tun M sudah ada untuk bertanya soalan, para pengikutnya menjawab dengan putar belit dan tidak berfakta, merombak kabinet untuk penyokong Najib sahaja, memecat sesiapa sahaja dalam UMNO yang mempersoalkan tentang 1MDB, memecat peguam negara yang menyiasat 1MDB, dan banyak lagi. Tindakan Najib ini dilihat bukan untuk mengukuhkan UMNO dimata rakyat, tetapi mengukuhkan jawatannya didalam parti.

3. GST- kegagalan kerajaan BN untuk membuktikan GST berjaya menurunkan harga barang memberikan impak yang besar dalam kepercayaan rakyat. selepas setahun harga barang tidak juga turun. Jawapan daripada penyokong Najib, yang menaikkan harga adalah peniaga bukan GST.. tetapi Najib tidak berjaya mengawal peniaga yg tamak itu- kegagalan di pihak Najib juga.

4. PRN Sungai Burung dan PRN Kuala Kangsar- Parti Najib mendabik dada dengan majority undi yang meningkat. Tetapi pada kajian penulis dan PRN ini, Parti Najib hilang 10% undi ketika pembangkang lemah.

Sungai Besar                                                 Kuala Kangsar
PRU 13 - jumlah undi 18695                           PRU 13 - jumlah undi 14218
PRN 2016 - jumlah undi 16800                       PRN 2016 - Jumlah undi 12653
pengurangan 1895                                           Pengurangan 1565 

adakah ini satu indikasi yang menunjukkan parti najib semakin diterima atau ditolak? Jelas ia semakin ditolak. satu lagi kegagalan najib. Pada kedua2 PRN ini, penulis melihat isu yang memainkan peranan paling besar adalah isu DAP akan memerintah, melayu akan melarat. Sekali lagi melayu terpaksa memilih parti najib, Parti pembangkang pula terus berkeceramuk. Parti Najib menang kerana isu DAP memerintah dan kelemahan pembangkang, bukan kerana kekuatan parti najib.

5. Penubuhan parti baru yang diasaskan oleh Tun M. Adakah parti baru ini akan memperolehi majority kerusi untuk menubuhkan kerajaan? pada pendapat penulis parti ini tidak akan dapat memperolehi majority kerusi parlimen pada PRU 14. Bagaimanapun Parti ini akan berjaya mengecilkan peratus undian kepada BN. Selagi mana parti ini tidak bekerjasama dengan DAP. kerana parti Najib akan menggunakan DAP sebagai alasan untuk meminta orang melayu menolak parti Tun M. Orang melayu dalam segala apa hal pun, tidak akan sanggup melihat Tanah melayu diperintah oleh DAP.

6. Harus di ingat, BN menang PRU 14 dengan 48% undi rakyat Malaysia dan mendapat majority mudah. Jika dilihat trend pengurangan 10% dalam PRN sungai besar dan kuala kangsar, sekiranya penurunan 10% ini berlaku dalam PRU 14... Parti Najib hanya akan dapat 38% undi rakyat Malaysia. Ia mungkin akan mendapat jumlah kerusi yang terbesar, tetapi tidak akan mencapai majority mudah. Jalan paling mudah untuk membentuk kerajaan adalah dengan bekerjasama dengan parti pembangkang yang lain. jika ikut isu semasa, penulis boleh katakan PAS menjadi pilihan sebagai rakan kongsi Parti Najib. Adakah ini yang terbaik untuk Malaysia? jawapannya tidak selagi mana Najib menjadi PM. 

disclaimer: artikel diatas adalah pendapat peribadi penulis dan tidak bermaksud untuk menghasut terhadap apa-apa perkara

21 Mac, 2016

CAWANGAN UMNO - PAK TURUT ATAU PEJUANG AGAMA, BANGSA DAN NEGARA?


Berkabung untuk UMNO

Cawangan UMNO akan bersidang di saat UMNO dikuasai oleh pemimpin yang terpalit dengan pelbagai noda dan dosa. Adakah mereka akan terus mempertahankan presiden UMNO yang banyak terpalit dengan skandal ini atau memperjuangkan agenda Agama, Bangsa dan Negara.

Setakat ini, sebilangan besar netizen membenci najib. Cawangan UMNO harus sedar, netizen ini majority adalah anak muda. Sekiranya suara majority anak muda ini terus disisihkan, sudah pasti undi tidak akan berpihak kepada UMNO dalam PRU akan datang. Peratusan kuasa undi anak muda semakin meningkat. oleh itu peluang UMNO untuk mempertahankan 43% undi adalah amat tipis sekali.

Dengan tindakan Najib yang membuang dan memecat semua ahli UMNO dari jawatan mereka adalah jauh dari kebenarannya. Sekiranya terdapat pemimpin UMNO lain yang menyokong tindakan ini, sedarlah bahawasanya kamu sedang membenarkan proses diktator didalam UMNO. Selepas ini, semua pemimpin UMNO terpaksa mengikut sahaja apa kata presiden dan tidak boleh mempersoalkan kebenarannya. Setiap manusia tetap melakukan kesilapan, kerana manusia tidak maksum. Tetapi kalau sesuatu kesalahan itu tidak boleh dipersoalkan dan ditegur itu adalah satu kesilapan yang besar. dan itu juga bertentangan dengan islam, dalam konsep "amal amkruf nahi mungkar". sekiranya apa yang terjadi sekarang tidak dihalang, UMNO akan menjadi parti komunis, yang mana semua pemimpinnya harus mendapat restu dari presiden, dan sudah tentu pemimpin itu bukan daripada pilihan rakyatnya.

Kepada cawangan UMNO, pilihlah untuk berjuang demi Agama, Bangsa dan Negara.

disclaimer: artikel diatas adalah pendapat peribadi penulis dan tidak bermaksud untuk menghasut terhadap apa-apa perkara.

12 Mac, 2016

RED ALERT - PERDANA MENTERI YANG BOLEH DIUGUT DAN BOLEH MENGADAIKAN KEDAULATAN NEGARA

Berkabung untuk UMNO

Masihkah DSN layak menjadi Perdana Menteri sedangkan skandal demi skandal melikari hidupnya. skandal kewangan ini adalah terburuk dalam sejarah negara. Skandal ini juga disiasat oleh beberapa negara seperti USA, switzerland, dan beberapa buah negara lagi. Sekiranya negara-negara yang menyiasat tentang skandal kewangan ini dan mendapat bukti tentang kesalahan DSN, mereka mempunyai kuasa untuk memeras ugut Perdana Menteri. 

Ini adalah isu keselamatan negara. Sekiranya perdana menteri boleh diugut, dan perdana menteri boleh menggadaikan Negara demi menyelamatkan dirinya. Sekarang pun sudah terbukti DSN menggadaikan Partinya untuk menyelamatkan dirinya. Tiada langkah menyelamatkan parti, hanya langkah menyelamatkan dirinya daripada skandal ini. Ini membuktikan dia hanya mementingkan dirinya sahaja. Negara boleh dijajah semula hanya kerana perdana menterinya mudah dijual beli dan boleh di peras ugut.

Apa gunanya menyelamatkan perdana menteri sementara negara tergadai.. tepuk dada tanya selera... SELAMATKAN MALAYSIA...

Disclaimer: artikel diatas hanyalah pendapat peribadi penulis, dan tidak mempunyai maksud untuk menghasut atau segalanya...

06 Mac, 2016

BERKABUNG UNTUK UMNO

Berkabung untuk UMNO

UMNO sekarang sedang diuji dengan hebatnya. Ia di uji dengan diberikan seorang preseiden yang penuh dengan skandal. Ahli UMNO diuji untuk melihat dimanakah perjuangan ahli UMNO itu, adakah perjuangan ahli UMNO untuk agama, bangsa dan negara atau untuk mempertahankan presiden UMNO. Presiden UMNO sekarang hanyalah liability kepada UMNO kerana skandal yang dibuatnya sendiri. Adakah wajar seorang Perdana Menteri menjadi penaung kepada sebuah syarikat (1MDB) yang membuat projek dengan kerajaan? tidak kah itu menimbulkan "confilct of interest".

skandal demi skandal Presiden UMNO yang telah menconteng arang yang amat hitam kepada UMNO. Paling menyedihkan ialah para menteri yang mempertahankan presiden UMNO secara membuta tuli. Tidakkah mereka sedar rakyat (tidak kira parti) sudah jelik dengan tindakan mempertahankan presiden UMNO sekarang?

UMNO sebenarnya adalah parti yang mempunyai sistem dimana presiden boleh dicabar dalam pemilihan. jika presiden itu benar, bertandinglah... tidak perlu takut. Apa yang berlaku sekarang ialah pemimpin UMNO yang mempunyai jawatan takut untuk bersuara. Takut hilang jawatan, tidakkah mereka terfikir kalau UMNO kalah mereka juga turut hilang jawatan. Adakah presiden UMNO yng mempunyai kredibiliti yang amat buruk di mata rakyat boleh membawa kemenangan kepada UMNO? UMNO menang kerana rakyat yakin kepada UMNO bukan kepada presiden UMNO, ingatlah wahai pemimpin UMNO.

Tindakan UMNO menurunkan timbalan Presiden UMNO adalah satu kesilapan, kerana jawatan dalam UMNO adalah melalui pemilihan bukan secara lantikan. Kalau mahu menjatuhkan timbalan presiden, harus ada pemilihan baru bukan dengan mensyuarat dan melantik sesiapa sahaja penyokong presiden untuk dijadikan timbalan. 

Sekarang UMNO dilihat oleh rakyat sebagai parti yang mempertahankan presidennya sahaja. Jiwa UMNO yang mempertahan Agama, bangsa dan negara sudah mati dibawah DSN. Apabila pemimpin UMNO bercakap tentang agama, bangsa atau negara... kedengaran ianya hanyalah retorik, sama seperti PAS, PKR dan DAP. itulah tahap UMNO sekarang.

penulis berkabung untuk UMNO kerana sayangkan UMNO. tidak sangka sampai begini jadinya....

Disclamer: tulisan diatas adalah pendapat peribadi penulis dan tidak berniat untuk menghasut dalam semua perkara.