-
Pertamanya, mari kita jawab soalan berikut dengan seikhlas hati. Sebagai seorang rakyat Malaysia, adakah anda sanggup menyerahkan kerakyatan anda jika ditawarkan dengan segala janji kebendaan?
Apakah jawapan anda?
Jika ditanya soalan itu kepada penulis, jawapannya ialah tidak sama sekali, biar berpisah nyawa dari badan, namun kerakyatan bumi tercinta akan tetap digenggam erat! Kita mesti menjunjung taat setia kita kepada negara Malaysia selaras dengan prinsip Rukunegara kedua iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara!
Penulis sentiasa berpegang kepada pepatah nenek moyang kita iaitu “Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih elok di negeri sendiri”. Kita sebagai rakyat Malaysia sewajarnya bersyukur dan berbangga dengan tanah air tercinta. Penulis sentiasa berbangga menjadi rakyat Malaysia.
Bagaimana dengan anda?
Penulis mengikuti perkembangan isu lebih 500 orang BEKAS rakyat Malaysia yang tamak haloba yang kononnya berasa tidak selamat menjadi warganegara Malaysia. Mereka ini bukan setakat dengan kerelaan mereka melucutkan kerakyatan semata-mata mahu menetap sebagai rakyat British tetapi dalam masa yang sama telah melemparkan fitnah keji terhadap negara bernama Malaysia ini!
Fitnah mereka ini sangat berat untuk diterima oleh seluruh rakyat Malaysia. Mereka yang tamak haloba ini sanggup melemparkan fitnah yang sangat hina terhadap Malaysia melalui media barat.
New Straits Times (11 Oktober 2009) memetik laporan AFP seperti berikut:
LONDON, Sun: Hundreds of Malaysians who tore up their passports and set off for Britain in the belief they could claim citizenship under a quirk of colonial law have found themselves stateless and desperate.
“Dee”, a trained architect from Penang, is now reduced to washing dishes in a Chinese restaurant in central London — a victim, he says, of a “citizenship that is not real.”
“I have become an illegal immigrant... actually even worse because at least they have their own country to go back to. I don’t,” the 34-year-old told AFP.
A little-known legal clause gave residents of Penang and Malacca the status of British Overseas Citizenship (BOC) when Malaysia gained independence in 1957.
Ethnic Chinese in the two regions that were part of a British colony in the former Malaya, wary of discrimination under an independent nation dominated by Muslim Malays, had sought assurances they could resort to residing in Britain.
**Baca lanjut di SINI.
Perbuatan menyerahkan kerakyatan bagi individu yang tidak cintakan negara memang sangat dialu-alukan oleh penulis dan seluruh rakyat Malaysia. Jika ada lagi yang mahu mengikuti jejak langkah mereka-mereka ini, bolehlah berbuat demikian. Masih belum terlambat!
Dalam masa yang sama, penulis mengutuk sekeras-kerasnya sebarang usaha yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu untuk membawa pulang mereka-mereka ini. Sudah ada kedengaran gesaan yang dibuat oleh pihak yang mempunyai agenda terselindung agar Malaysia menerima mereka kembali sebagai rakyat. Maaf! Tiada tempat bagi pengkianat di Malaysia ini! Sekali anda telah membuang kerakyatan anda, kami di sini tidak akan sekali-kali menerima anda!
Kita dapat melihat bagaimana pihak seperti Majlis Peguam (Bar Council) yang ditunggang Pakatan Rakyat ini cuba menjadi hero dengan usaha-usaha yang sangat menyakitkan hati. Mereka tanpa rasa bersalah telah menggesa agar Malaysia mengembalikan kerakyatan mereka yang tidak mempunyai sebarang kewarganegaraan ini.
Berikut petikan laporan New Straits Times pada 13 Oktober 2009:
KUALA LUMPUR: The government has been urged to restore citizenship to the stateless Malaysians in Britain if they are victims of circumstances.
Bar Council Human Rights Committee chairman Edmund Bon said if the British government did not want to take them, then the best solution would be for the Malaysian government to give them back their citizenship.
"If they are willing to apply for Malaysian citizenship and can prove that they were born here and were Malaysian citizens before, then the government should take them back."
A lawyer, Latifah Koya, said it was strange that the people had renounced their citizenships without getting any confirmation from the British government on their application for new citizenship.
Edmund Bon says they must be taken back if they are victims of circumstances.
"We also have cases of people migrating to Australia and usually they don't renounce their citizenship until they know for sure or have confirmation of getting new citizenship."
She said if the people were ill-advised by shady lawyers, then they should lodge a police report against them.
"This doesn't look like a normal application, but more like a syndicate."
She said the Malaysian government could choose to take back the people as the constitution protects citizens from being stateless.
**Baca lanjut di SINI.
Usaha oleh para peguam dari Majlis Peguam yang di dahinya ‘tertera’ cop Pakatan Rakyat seperti Edmund Bon dan Latifah Koya ini sangat memualkan rakyat! Kepada Edmond Bon dan Latifah Koya: Usah cuba-cuba membela mereka yang sudah jelas tamak haloba sehinggakan sanggup melucutkan kerakyatan Malaysia.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussein kerana dalam hal ini bersikap tegas dengan menyatakan bahawa mereka yang melucutkan kerakyatannya sewajarnya tahu akibat dan risiko berbuat demikian.
New Straits Times (13 Oktober 2009) turut memetik kenyataan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman seperti berikut:
Rahman said under the Citizenship Act, once a Malaysian renounced his citizenship, he was simply no longer a Malaysian."
They made the decision fully aware of the consequences and risk”.
Mereka yang tamak haloba ini saling tak tumpah umpama kata pepatah: “Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”. Kepada pihak berkuasa yang berkenaan, kami rakyat Malaysia memohon agar tidak dilayan sebarang permohonan mereka ini. Tolak sahaja permohonan mereka ini. Malaysia tidak memerlukan individu yang sudah jelas tidak mengamalkan prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara!
Satu ayat buat mereka ini khas daripada penulis: PADAN MUKA!
+
Mungkinkah pada mereka ianya hanya sekeping kertas yang tidak bernilai?
BalasPadamhttp://ondastreet.wordpress.com/2009/10/14/my-malaysianationality-a-non-negotiable-and-tradable-trait/
~ OnDaStreet
Sangatlah setuju dengan penulis. PADAN MUKA!
BalasPadamKami pun nak mengarang artikel tentang hantu-hantu tanpa negara ni.
Jangan harap Tanah Melayu nak menerima mereka balik.
Kalau ambil balik,tak guarantee lepas tu mereka tak akan pergi ke negara lain,apply jadi rakyat sana dan buang kerakyatan Malaysia semula.
BalasPadamKerana mereka dulu pergi tanpa hormatkan Negara ini. Kemudian mencerca pula. Hamba tak nak buat terlahan terlahan walau pun ada macam macam dalam akalan. Hamba mahu buat bandingan begini: SETELAH MENCERAIKAN KAMI KAMU MELUDAH PULA KEMUKA KAMI. KINI KAMU MAHU KEMBALI DENGAN LIDAH KAMU YANG BUSUK ITU UNTUK MENJILAT BEKAS LUDAH ITU DI MUKA KAMI. MENCALITKAN BUSUK YANG BARU PULA.
BalasPadamDemikianlah bandingan hamba. Terlahan pun tergambar juga tersirat dalam bandingan itu. Wassallam.
Salam bro,
BalasPadamMY TOUGHTS ....just ignore their applications or reject outright before it being submitted.... nyusah je... kang mampos kat Malaysia kita kena saman lagi macam penjenayah hero sekor tu... hahaha dah la hidup nyusah orang jadi penyamun mati lagi susahkan orang ....
Sdr ondastreet,
BalasPadamNampaknya begitulah. Mereka langsung tidak menghargai apa yang ada. Dan akhirnya yang dikejar tak dapat, yang dkendong berciciran. Padan muka.
Saya telah membaca penulisan Sdr dan saya bersetuju bahawa perkara berkenaan kerakyatan ini bukanlah sesuatu yang boleh ditukar ganti, ditawar menawar dan dijual beli.
Kita menggesa Kerajaan bertindak tegas untuk tidak melayan karenah mereka-mereka ini. Dan tindakan Bar Council yang mahu membela mereka ini dikutuk sekeras-kerasnya.
Sdr Pemuda UMNO Permatang Pauh,
BalasPadamMari sama-sama berikan signal yang cukup jelas kepada pihak-pihak yang berkenaan.
Teruskan menulis.
Sdr Tanpa Nama,
BalasPadamKita mungkin agar longgar jika sekiranya mereka ini tidak melemparkan fitnah sebegitu rupa terhadap Malaysia. Cuba baca fitnah berat yang mereka lemparkan. Adakah patut kita terima mereka jika begitulah perangai busuk mereka?
Sdr Che Leh Jangok,
BalasPadamSama-sama kita tentang pengkhianat ini. War-warkan perkara ini dalam blog Sdr.
Terima kasih kerana sudi memberikan pendapat.
Bro DNL,
BalasPadamYup. It is the responsiblity of the Govt NOT TO ACCEPT their application. Of course, they have the right to submit the application to any country (including Malaysia) but the trick is: Reject theirs at the first sight. We have the right to do that!
mengikut kebijaksanaan orang tua2 kita mereka ni macam anjing..
BalasPadam'bak kita melepaskan anjing tersepit' kita menerima mereka dengan tangan terbuka 'mereka mengigit kita pula', mereka ini orang tamak haloba 'macam anjing dengan bayang2'.
nah! terimalah padahnya! satu pengajaran kepada kalangan mereka yang mempunyai kecenderungan yang sama.
kepada kumpulan penyokong kpd penkhianat tsbt marilah sama kita tentang musang berbulu ayam tsbt
BalasPadam"Perbuatan menyerahkan kerakyatan bagi individu yang tidak cintakan negara memang sangat dialu-alukan oleh penulis dan seluruh rakyat Malaysia" -
BalasPadamBukan sahaja yang tidak "cintakan" negara (patriotic), juga mereka yang tidak "ta'at" (loyal) kapada negara.
Cintakan negara itu bermakna sanggup memperjuangkan nama baik dan murtabad negara sampai ke mana pun, sanggup mati kerana negara, sanggup masuk angkatan bersenjata atau menjadi pahlawan sukarela bila ada kegentingan keadaan di negara.
Ta'at kapada negara itu bermakna hormat kapada Perlembagaan, ia itu panji negara, undang undang yang paling ulung, dari mana undang undang lain di gubal dan di tubuhkan. Ta'at setia itu sanggup hidup mengikut Perlembagaan, ia itu segala peruntukan yang ada di dalam nya, termasuk berkenaan Bahasa Resmi, Kedudukan Istimewa Melayu yang telah di persetujui datuk nenek mereka sebagai balasan (in exchange for) hak kerakyatan yang di persetujui datuk nenek kita di masa Merdeka, yang telah di gelar Kontrak Sosial.
Cintakan negara memang susah di harapkan di kalangan pendatang. Menerima perkataan pendatang pun susah. Mereka tak tahu sejarah negara, tak mahu terima Kontrak Sosial di antara pemimpimpin kita dan pemimpin mereka sabelom dan di masa Merdeka.
Itu lah sebab nya Kumpulan Pemblog Demi Negara telah mengeluarkan cadanagan Satu Sekolah Untuk Semua (SSS), yang sekarang susuli mereka di blog Kempen SSS. Antara lain, cadangan itu mengsyorkan supaya mata pelajaran sejarah di mestikan di semua sekolah di negara ini.
Saya menyeru kapada semua pembaca melawat blog Demi Negara dan Kempen SSS dan sokong lah SSS dengan cara menanda tangani Pungutan Suara (Petition) di situ, agar Cadangan itu di terima Kerajaan dan kurang lah timbul nya di masa hadapan kes BOC penderhakaan kapada negara saperti yang di bincangkan di sana sini sekarang.
Mereka ada lah penderhaka, mengoyak paspot tanda murtabad negara kita, mengeluarkan kata kata yang membusukkan negara kita. Mereka tidak boleh di terima balik. Mari lah kita beramai ramai menyuarakan pengkejian kita terhadap mereka dan membantah ura ura Menteri Luar Negeri memberi simpati kapada mereka atau sesiapa lain yang mencadangkan tindakan simpati kapada penderhaka negara.
Kalau tidak sempat memberi komen membantah, pergi ke blog berikut (saya tak ada blog) dan tekan butang undi di situ -
http://tersenarai.blogspot.com/
Dot.
Dear Sir and Readers,
BalasPadamPlease do excuse me for posting something out of topic.
Please cast your vote for this survey:-
"SHOULD the British Overseas Citizen (BOC) BE OFFERED BACK Malaysian Citizenship ?"
at:-
http://tersenarai.blogspot.com/
(Alternatively, you can CLICK HERE TO VOTE)
Thank you for your time. I appreciate it.
Kenn
sorry!!! disregard the first sentence.. not out of topic after all !!! heheheehheh
BalasPadamAgreed with you totally, Sir KP.
BalasPadamAlso, I believe that human beings can only do certain things to a certain level. Don't be too arrogant in life, we are at HIS mercy....That is why we must have a bit of humility, but apparently these "pengkhianats" do not believe in it. They are what we call "taksub"?.
I believe that God/Allah/Tuhan is trying to show something to other ungrateful, unpatriotic Malaysians. Spreading lies about a country that has sheltered them before or after their arrival in Britain is considered as "Dosa" or Sin....When human beings become hyper arrogant, then this is what they get....it is God's will, in my opinion, KP. In Malay, we call it "daulat" or something like that...It is also God's way of saying "enough is enough you traitors and fiends....!!!".
Yes, let them rot and wash plates till eternity....and do not let them be M'sians again. If not, it would be seen by other "pengkhianats" as a sign that they can do the same thing too. A citizenship is not something to be mocked at or even making fun of. Period.
A message for the government, stop being so soft hearted, be firm please.....They have decided to be disloyal, let them just be where they are ....Let them be the citizens of China or India or Indonesia or Pakistan if they decide to be loyal to these countries or other countries for that matter. Malaysia needs Malaysians.
Ciao.
ps.....sorry if anyone is not happy with my comments...no intention of being disagreeable but fact is fact....don't deny it...
Korang sume pun bingong! kalau baca catatan mereka yang melucutkan kerakyatan Malaysia tu, jelas mereka pun tak minat nak balik Malaysia dan mohon kembali warganegara. Mereka meminta simpati kerajaan British supaya terima mereka. Langsung tak minta pun kat kerajaan Malaysia. Kan mereka dah koyak passport, ape lagi? Tak nak patah balik lah tu!
BalasPadamYang bangang macam Edmund and Latifah tu ape hal? Nak offer pulak pada orang yang tak minat! Nak dapat publisiti murah ke?
Selama ni tak perasan pun korang takde kat Malaysia. Cuba apply kat Australia pulak kot, Kanada ka, US ka. Maybe PKR can help? DAP tak mau jadi hero ka?
BalasPadamMereka terang-terang telah memutuskan untuk memansukhkan kerakyatan Malaysia.Dengan jelas juga mereka telah menyatakan yang mereka berasa tidak selamat di Malaysia.Tidakkah wajar kita menghurmati keputusan mereka?
BalasPadamthey dont even love the country.. let them die & rot as stateless man..
BalasPadam