11 Oktober, 2009

PRK Bagan Pinang: Pemerhatian 24 jam di Bagan Pinang

-
Proses buang undi sudah berakhir setengah jam tadi. Dan penulis pula sudah pun selamat sampai ke rumah.

Penulis berada di Bagan Pinang pada 10 Oktober (12 tengah hari, Sabtu) sehingga 11 Oktober 2009 (12 tengah hari, Ahad). Sepanjang 24 jam berada di sana, penulis dapat memerhatikan sendiri gelagat kedua-dua belah, penyokong Pakatan dan BN.

Apa yang dapat penulis perhatikan, memang ramai penyokong Pas yang datang dari luar Bagan Pinang membanjiri Bagan Pinang. Riak muka mereka semua satu macam sahaja. Muka orang yang marah. Muka orang yang stress. Tak pernah nak senyum.

Mereka kebanyakannya berada dalam kumpulan-kumpulan kecil antara 5 - 12 orang. Kumpulan-kumpulan ini tak ubah kumpulan samseng yang menunggu di tepi-tepi jalan. Setiap kali kenderaan BN lalu, setiap kali itulah juga mereka-mereka ini menghampiri dengan muka yang penuh rasa marah. Tak tahulah apa sebabnya.

Setiap kali siren kereta dan motorsikal polis yang bergerak berbunyi, setiap kali itulah mereka-mereka ini bagai diset akan berjalan menuju ke tepi jalan. Entah kenapalah marah sangat dengan pihak keselamatan.

Penulis melihat sendiri bagaimana orang luar Bagan Pinang (orang Pas, berdasarkan bendera Pas yang besar dikibar atas kenderaan 4x4nya) bercakap terjerit-jerit apabila bertemu rakan-rakan. Hormatlah dengan suasana kempen dan penduduk tempatan.

Memang terdapat ramai penyokong Pas dari luar Negeri Sembilan yang hadir. Mereka ini merayau-rayau secara berkumpulan. Banyak yang pacak khemah di tepi pantai. Ada yang berkhemah lengkap dengan dapur gas.

Dan mereka-mereka ini jugalah yang membuat kotor di sepanjang pantai. Membuang sampah ikut suka hati walaupun penulis lihat tong sampah berwarna oren ada disediakan (dengan banyak) di bahagian hadapan pantai.

Dalam perjalanan pulang (penulis pulang jam 12 tengah hari), penulis diberitahu oleh rakan bahawa beberapa petugas BN di Teluk Kemang cedera apabila penyokong Pakatan membaling botol dan batu. Keadaan reda setelah FRU mententeramkan keadaan.

Seorang petugas BN (Puteri) pula dikhabarkan dikejarkan ke hospital akibat dicederakan oleh Pas. Pakatan nampaknya sengaja mencetuskan huru hara untuk menakutkan pengundi.
+

4 ulasan:

  1. Dah tahu. Mereka memang dah rancang untuk cetuskan huru hara. Tetapi bloger bloger upahan mereka beria ia menuduh UBM dok buat provokasi. Itu pun adalah persiapan saikologi disamping membakar semangat.

    Tahukah tuan tuan bahawa yang ramai ramai datang itu telah dikumpul terlebih dahulu. Entah macam mana mereka membakar tak tahulah. Sehingga senyum pun jadi tak pandai dan perempuan pun sanggup dipukulnya.

    Mashaallah. Semuga rakyat dan pengundi menjadi bertambah sedar dan mengenali mereka.

    BalasPadam
  2. Kembara Politik

    Perkembangan yang membimbangkan, di mana unsur-unsur ugutan,kekerasan,keganasan nampaknya sudah menyebati dalam proses politik tanah air.Sama-samalah kita rakyat Malaysia membendung dan memastikan perkembangan sedemikian tidak merosakkan dan meruntuhkan demokrasi kita. Salam

    BalasPadam
  3. Che Leh Jangok,

    Terima kasih kerana berkongsi cerita.

    BalasPadam
  4. PakPandair,

    Waalaikummussalam. Inilah masalahnya. Sepatutnya setiap parti yang bertanding perlu menasihati penyokongnya agar ikut undang-undang. Tapi macam mana pengikut nak ikut undang-undang sekiranya pemimpin dah merosakkan kredibiliti pihak keselamatan? Terima kasih kerana memberikan komen di sini.

    Salam.
    :)

    BalasPadam

Pemilik blog tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda berikan. Adalah dinasihatkan setiap komen dibuat mengikut lunas undang-undang. Terima kasih.